Sunday, December 30, 2012

Wira dan Putri (15)

Wira:

Wira tekun menelaah buku sejarah yang ada di hadapannya, tatkala itu Helmi menegurnya

“Wira, kau tak penat ke?”

“Erm, aku nak habiskan baca ni malam ni,” Wira membalas

“Kau nak tau tak, malam tadi aku mimpi ngeri duh~”

Wira memberhentikan pembacaannya. Dia menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin diperkatakan oleh sahabatnya itu.

           “Kenapa pula, kau mimpi apa?” Wira cuba bertanya

“Aku mimpi masa tu aku dengan adik aku tengah tunggu kat platform komuter, entah macam mana aku macam tertolak atau sengaja tolak adik aku jatuh dari platform lepas tu dia terus kena langgar dengan komuter. Bila aku terbangun rasa cuak gila,” cerita Helmi dengan sungguh-sungguh.

Wira tersenyum mendegar cerita Helmi. Jarang sekali teman sebiliknya itu ingin bercerita hal sebegitu kepadanya.

Kalau kau, apa yang kau rasa kalau benda macam tu jadi kat kau,” Helmi bertanya kepada Wira.

Sunday, December 9, 2012

Movie Pick of The Week (18)



Salam and good day everyone. Been quite some time I haven’t post anything new in this humble blog of mine. The thing is I was busy managing my time with the new working environment. As for now, I’m doing my clinical phase a.k.a Junior Clerkship of MBBS degree in Melaka. Once in awhile I’ll be going to Muar too. I’ve finished my surgery (pembedahan) and obstetrics & gynaecology (sakit puan) posting for the past two months and currently I’m in paediatric posting (kanak-kanak) right now. That’s it, the latest update about me.

Last Saturday (1/12/2012) A.K.N.I watched Life of Pi at Jusco AEON Tebrau. This is one of the movies that my late brother-in-law and I looking forward to watch this year. The movie was directed by Ang Lee the same director for Crouching Tiger Hidden Dragon (2000), Hulk (2003), Brokeback Mountain (2005) and starring Suraj Sharma, Irrfan Khan, Adil Hussain.

Wednesday, November 21, 2012

We will definitely miss you




ABANG…
Dari kecil lagi saya teringin nak rasa ada seorang big brother, sebab tu bila along kenalkan Bang Fee kepada kami sekeluarga, saya teruja sangat. Memang BIG brother betul-betul, hehehe. Akhirnya ada juga abang yang boleh ajak lepak keluar kedai mamak malam-malam.

DENGAN KAMI…
Bang Fee memang peramah orangnya. Baik, bertimbang-rasa, penyabar, caring, senang cerita Bang Fee memang ada ciri-ciri seorang abang yang sejati. Tak pernah sekali pun saya dengar Bang Fee tinggikan suara, even masa tengah drive. A very down to earth type of person, Bang Fee memang boleh mesra dengan semua orang. Bila kitorang adik-beradik kumpul bersama, kami memang suka sakat-menyakat satu sama lain gurau-gurau orang kata, tapi of course la Bang Fee yang selalu menang. Ada je benda yang dia nak “bahan” kitorg. Bang Fee selalu kata kitorg ni kelakar, padahal dia lagi kelakar sebenarnya *senyum*. Saya dan adik saya, Syira tak kisah pun kalau gurau-gurau dengan Bang Fee sebab kami memang suka gelak-gelak. Lagi pun, dengan kakak saya Bang Fee memang layan dia dengan baik sangat-sangat. Dia memang sangat-sangat romantic daripada apa yang saya lihat dan dengar. 

Wednesday, September 19, 2012

Oh yes, I am very worried!!!


At this moment, all over the world people are talking about Sam Bacille and his film “Innocence of Muslims”. As a Muslim I am too, feel offended after hearing about it. All of us Muslims love our Prophet Muhammad (SAW), but never in my imagination that I think Prophet Muhammad will agree with the violence that some of us used to ‘teach’ those who are not-yet-Muslim. In my personal opinion, this is not right. We are angry with one person, but we are being outraged and hurting others. From what I see, what we did was approving to what they had said about Islam, that it is a religion that promoting terrorism. I remember one scene from the movie “Kingdom of Heaven” where the city was being surrounded by Salahuddin and his men, but they didn’t attack the city blindly. Salahuddin and the King of Jerusalem met each other face-to-face, and negotiated the term for what they think is best for both sides. ISLAM adalah ugama yang bertamadun, amuk yang melampau-lampau bukan ajaran ISLAM.

Let’s talk about Malaysia now shall we? I want to share with you guys what I feel now about this country. Few months back in the news, the media reported that Malaysia was one of the safest countries in the world. When I read the report and compared it with the crime cases reported in the newspaper, “one of the safest countries” really? Sorry, but I’m not convinced.

Tuesday, September 18, 2012

Pictures: My Stuff

23rd Birthday gift!!!

Mine and conan's

Khairul

Sunday, September 9, 2012

Malu Beragama??

Beberapa hari lepas, penulis ada menonton sebuah rancangan di TV Al-Hijrah saluran ASTRO. Dalam rancangan tersebut ada satu segmen di mana ustaz tersebut menghampiri orang awam yang sedang menunggu dan mengajaknya berzikir. Pakcik yang ditemuduga itu kelihatan malu-malu apabila diminta menyambung doa zikir yang dibaca, manakala si isteri yang duduk di sebelahnya hanya senyum-senyum sambil memandang ke arah lain. Kemudian penulis bertanya pada diri sendiri di dalam hati,

“kalau aku la kan, tetiba orang tak kenal datang ajak berzikir macam tu, aku boleh buat tak?”
 
Saban kali apabila melihat orang lain berbuat kebaikkan yang penulis sendiri tidak buat, hati ini akan terdetik “macam lemah je iman aku ni?” Persoalan yang penulis cuba lontarkan di sini adalah berkaitan tentang individu muslim segan mempamerkan identiti dirinya sebagai seorang yang beragama ISLAM. 

Tuesday, September 4, 2012

AdaMu



Salam people. For the past 2 weeks I haven’t post anything on this blog so that was on me. Been busy with my comprehensive exams and beraya. Just want to share one song which I found very pleasing to the ears with you guys. I was in the car with my sister, and then this song was aired on the radio. I must say the lyrics really got me. “Siapa nyanyi lagu ni?” I asked my sister but she didn’t know, so I waited till the song ended. I did recognize the voice but I wasn’t sure because never before this I listened to her sang this genre. Honestly, this is a beautiful song Najwa Latif- AdaMu.

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu 
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
 

Khairul

Sunday, August 19, 2012

Dan Brown's Books



Voila!!! Finally I have all the Dan Brown’s novels!!! *smile* I just started reading his novel this year, the first one that I read was The Da Vinci Code. Before this many people told me that the novel was much better than the movie. I already watched the movie before this, and I think everyone will agree with me if I said the movie was superb. So when they said the novel was more intriguing, that made me even more excited to read the book.

The thing is international books in Malaysia are quite expensive. Every time I went to a bookstore I just browsed around and keep telling myself that one day I’ll buy the whole collection of my favorite authors. Alhamdulillah, one of my dreams came true this year.

I really like thriller novels. My favorite author for Malay thriller novel is Ramlee Awang Murshid. You might be knowing him if you had read ADAM, TOMBIRUO, SEMANGAT HUTAN and BAGAIKAN PUTERI. And now I already have my favorite english author, Dan Brown. InsyaAllah, I’ll allocate some time to read these books other than medical books.We should do that no? Don't just read school textbooks, spend sometime to read other types of books also to broaden our knowledge and horizons, so we can look at the world from different perspectives. Keep on reading people!!!

Khairul

Saturday, August 11, 2012

Ustaz Hussain Yee


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah pada Ramadhan yang lepas, saya telah "ditemukan" dengan Dr. Zakir Naik dan InsyaAllah di kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca SONOFANWAR tentang seorang lagi Sheikh yang baru saya kenali pada Ramadhan kali ini. Beliau adalah Sheikh Hussain Yee.

Serba sedikit tentang latar belakang beliau. Sheikh Hussain Yee lahir pada tahun 1950 dalam keluarga Cina beragama Buddha dan mula memeluk Islam pada usia 18 tahun. Beliau pernah menuntut di Universiti di Madinah dalam ilmu Hadith, dan kemudian pernah bertugas di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada tahun 1984. Selain bertindah sebagai pengerusi Institusi Al-Khadeem di Kuala Lumpur, beliau juga adalah salah seorang speaker di PeaceTV bersama-sama dengan speaker lain seperti Dr. Zakir Naik. Terdapat banyak video ceramah beliau yang boleh di tonton di YouTube. Jika ada kelapangan pada bila-bila masa, sama-samalah kita mendengar ceramah agama beliau. Mudah-mudahan penghayatan kita terhadap ajaran Islam semakin bertambah, InsyaAllah.

Khairul

Sunday, August 5, 2012

Be a cheerful Muslim

Some people think by being religious, we Muslims are not allowed to be cheerful and have a sense of humor. Everything is HARAM!!! This is not true at all. In Saheeh Muslim, it says that the Prophet (pbuh) said:

“Do not think little of any good deed, even if it is just meeting your brother with a cheerful countenance”

We can see the difference between this sublime society and the materialistic society. I must admit, sometimes I am too preoccupied with my gadgets in a public place. If you really are in a tight schedule once in a while, that’s fine. People can understand that, but still at least smile when you meet others. “Ala kita senyum nanti bukannya orang tu nak senyum balik. Muka nak ‘ketat’ je.” Brother let me ask you this question, do you smile all the time? If not, don’t whine about it. You smile to someone, even if that person doesn’t smile back, do it anyway. *smile*

Can Muslims tell jokes? Of course we can. Even our beloved Prophet Muhammad (pbuh) used to joke, but he never said anything but the truth in his jokes. There’s nothing wrong to joke with people when it is appropriate to do so, but do it without going to extremes or saying anything hurtful. Prophet Muhammad (pbuh) every time he told a joke, he did so to cheer people up, unlike some of us who tells joke to humiliate others. 

Saturday, July 28, 2012

Kempen Sambutan Kemerdekaan atau dot dot dot

A few days back, I noticed a trending topic in Malaysia, 55th Merdeka logo. Everybody was talking about the logo and I was like "what's up with the new logo?" because I haven't seen it yet at that time. I was curious. Later that evening when I reached home, I googled . Let's not be biased, so I'm going to show you the 55th Merdeka logo and lagu tema first, and later you can read my response.



Friday, July 27, 2012

Wira dan Putri (14)


Wira :

Ramadhan menjelang tiba. Ini merupakan kali pertama Wira menyambut kehadiran Ramadhan di bandar metropolitan Paris, kali pertama juga bagi Wira menyambut Ramadhan pada musim panas. Di negara Eropah jika sekiranya Ramadhan itu pada musim panas, jarak waktunya antara Subuh dan Maghrib begitu jauh, maka tempoh berpuasa di siang harinya adalah lebih lama jika dibandingkan dengan di Malaysia. Tetapi jika Ramadhan itu pada musim salju, tempoh berpuasa di siang harinya adalah lebih singkat berbanding di Malaysia.

Wira berehat sebentar setelah selesai menulis sebuah artikel. Dia membuka program Skype di komputernya. Kebiasaannya apabila anak-anak berjauhan dengan keluarga, emak Wira pasti akan menghubungi mereka selang beberapa hari sebelum bulan Ramadhan bermula. Disebabkan emaknya sibuk dengan urusan kelas Al-Quran di masjid kawasan mereka, Wira tidak berpeluang menghubungi keluarganya di Malaysia. Seketika kemudian, Wira menerima panggilan daripada keluarganya melalui Skype.

Assalamualaikum Wira, sapa emaknya di Malaysia.

“Waalaikumsalam,” Wira dapat melihat adik-beradiknya yang lain berkumpul di belakang emaknya.

“Semua balik kampong awal puasa ke mak?” menjadi kebiasaan orang Melayu bertanya sesuatu yang sudah jelas sebagai pembuka perbualan.

“Haah. Kak Long dengan Abang Long ada, Dayang pun balik ni, Wira je tak ada~”

Sunday, July 22, 2012

Bejumpa Dengan Doktor


Picture from http://www.art-of-patient-care.com
Kebanyakkan kita apabila berjumpa dengan doktor akan mempunyai tanggapan “doktor mesti tahu semua benda”. Tidak dinafikan seorang doktor itu perlu mengetahui pelbagai jenis penyakit dan pilihan rawatan yang ada. Namun begitu  ini tidak bermakna seorang doktor itu boleh menjadi seperti watak “bomoh” yang biasa kita lihat di dalam drama, belum pun sempat orang tu melangkah masuk ke dalam rumah, bomoh tersebut sudah tahu masalah dia. Hebat!!!

Seorang doktor itu boleh diumpamakan sebagai detektif yang mana salah satu tugasnya adalah untuk membuat diagnosis, mecapai kepada satu konklusi daripada aduan dan tanda-tanda yang dapat dilihat pada pesakit. Sesetengah penyakit itu boleh dikesan daripada pemerhatian sahaja, dan untuk memastikan diagnosis yang dibuat itu tepat beberapa prosedur pemeriksaan perlu dilakukan.

Selain daripada pemerhatian dan pemeriksaan, aduan pesakit juga dapat membantu para doktor untuk membuat diagnosis tentang penyakit yang dihidapi. Untuk itu amat penting bagi pesakit untuk mengetahui serba sedikit tentang kesihatan dirinya sendiri. Selain daripada itu aduan yang diberikan perlulah jujur dan tepat. SOCRATES boleh dijadikan panduan bagi kita untuk mengadu masalah kepada doctor (Site, Onset, Character, Radiation, Aggravating factors, Time duration & progress, Easing factors, Severity)

Monday, July 16, 2012

Kehadiran Ahmad Danial


Kelmarin adik perempuan hantar pesanan, "angah, online oovoo, mak rindu." Tersentuh hati bila saya membaca mesej yang dihantar, walaupun baru seminggu lebih tidak menelefon rumah. Sekarang ni di rumah adik-beradik semua ada kecuali saya, ditambah lagi ipar pun ada sama, meriah sungguh rumah.

Begitulah situasinya apabila anak-anak sudah membesar. Memang jarang-jarang dapat kumpul bersama semenjak kami adik-beradik masuk ke sekolah berasrama. Kalau ada seorang yang balik bercuti, yang lain kadang-kadang ada program lain di tempat belajr. Kemudian apabila semua sekali dah balik ke tempat belajar tinggal lah mak, abah, along, dan Danial. Hari-hari biasa apabila abah dan along kerja, mak dan Danial berdua je la ada di rumah.

Sunday, July 8, 2012

True Muslim is Straightforward

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. The other day, I told something in twitter which I didn’t intend to do in the first place. But something happened and I think I should clear things up for everyone. Honestly, to talk about something personal like relationship status openly is not my style. That is why I only shared about it with my twitter friends, 55 of them not hundreds or thousands.

I don’t like to gossip about others and others to gossip about me. Whenever people talk about other’s personal life, I prefer not to be an “investigating officer”. Dengar sekadar dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau tuan empunya badan nak bercerita dia akan cerita, kita tiada hak untuk campur tangan masalah peribadi orang. That is my principle. If people want to say I’m anti-social because of that, you can say what you want. *smile*

“…. Nor speak ill of each other behind their backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, you would abhor it. But fear Allah: for Allah is Oft-Returning. Most Merciful.” (Quran 49:12)

Sunday, July 1, 2012

Movie Pick of The Month (17)


Khairul rating: 4/5 .I just watched this film today. The focus of this movie was on Ruben 'Hurricane' Carter's case, which put him for life imprisonment for a crime that he didn't commit. In the movie, Ruben was 50 years old man and he had served time behind the bars for 20 years. He personally asked his wife Mae to divorce him, because he can't bear the pain of wanting to be with his beautiful wife and daughter. 

"I do that by not allowing myself to want or to need anything... I'm free in here because there's nothing I want out there." -The Hurricane 1999-

Tuesday, June 26, 2012

Sakit Mental, Jiwa dan Stigma Masyarakat

Kelmarin terbaca di Sinar Harian 23 Jun 2012, tajuk beritanya RAMAI PESAKIT MENTAL DI NS.  Memandangkan saya ada mengaji sedikit tentang sakit mental (masalah jiwa) atau mental disorder izinkan saya berkongsi serba sedikit maklumat. Tidak dinafikan memang wujud satu stigma dalam masyarakat tentang penyakit mental. Apabila berkata tentang pesakit mental, perkara pertama yang akan kita bayangkan adalah orang gila, aggresif, pakaian yang comot, suka meracau dan sebagainya. Namun begitu masih ramai lagi yang tidak tahu atau kurang jelas tentang kes-kes lain yang boleh dirujuk kepada Pakar Psikiatri seperti masalah ketagihan (addiction), kerisauan (anxiety disorder), masalah tekanan perasaan (depression), dan juga bipolar disorder.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat masalah jiwa, sama ada disebabkan oleh penyakit semulajadi (seperti schizophrenia dan Alzheimer), kesan sampingan pengambilan ubat/dadah, atau pun faktor persekitaran (tekanan tempat kerja, di rumah, trauma). Oleh yang demikian, keluarga dan rakan-rakan harus peka dengan beberapa perubahan personality yang boleh memberi indikasi seseorang itu mengalami masalah jiwa:

Monday, June 18, 2012

Being Nice and Being Close

Being nice and being close to someone, is there any difference between these two? Bunyi macam sama je kan. It is easier for a person to be nice to everybody, but not everybody can be close to a person.  That is why we have to know the difference between being nice and being close. This is important for doctors especially because professionalism comes first before any emotional feeling, but that doesn’t mean we can treat our patients like a mannequins. 

Being nice is superficial, there is no emotional attachment involves. Everybody can be nice to other person, for example holding the door open for a person behind you, give up your seat to a pregnant woman, a warm smile to your customers, treat people for lunch or dinner, helping a friend, greet your friends and ask them “dah makan ke?” “buat apa semalam?” “banyak nyamukkan sekarang?”, etc. 

Being close to someone involves emotional attachment, kalau tak banyak pun, sikit tetap ada. Being close is a step further than being nice. You genuinely are interested to know about that person, about his/her problem. When she cries, you will cry, when she’s happy, you‘re going to feel happy for her too. 

Sunday, June 10, 2012

Change, Why Wait?



In the name of Allah the Most Gracious, Most Merciful
We heard about it so many times, we watched it in many Malay dramas and it comes to me to ask this question “Why do we have to wait until the person who gives us advice is gone, only then we’ll change for good? Why?” Yes people this is the ugly truth about us.

Only after the parents had passed away the son will say, back then his parents had told him to do this and that. Alhamdulillah the son finally realized what his parents tried to teach him, BUT at that time the parents are not around anymore to witness his change, to be proud and happy for him. 

Wednesday, May 30, 2012

Movie Pick of The Month (16)



War Horse is a 2011 epic war film directed by Steven Spielberg. It is an adaptation of the 1982 children's novel of the same name, by British author Michael Morpurgo. The film was nominated for six Academy Awards including Best Picture, two Golden Globe Awards and five BAFTAs.

Review:

War Horse is a great movie. Basically the main character of this film is the horse named Joey, by which you’ll be experiencing the adventure of Joey during the First World War. Nonetheless Steven Spielberg managed to portray all the good values in the movie admirably. Don’t hold your manly tears guys. *smile* However there’s a few scenes which I think a bit prejudice towards the Germans. They’re like whatever good things the Germans do, in the end fate will not favor them. Overall I give this movie 3.7/5 for the great storyline, the good values, and of course the horse. 

Khairul

Monday, May 28, 2012

Kanser dan Ketumbuhan (Bhg. 2)

Mengenal pasti tanda awal kanser sangat penting kerana ia dapat membantu pemilihan rawatan yang sesuai sekaligus mengurangkan risiko sel kanser merebak ke bahagian lain tubuh badan. Terdapat beberapa simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser. Suka untuk saya maklumkan di sini bahawa simptom-simptom yang dinyatakan bukan khusus untuk penyakit kanser semata-mata. Untuk sebarang kepastian anda dinasihatkan berjumpa dengan doctor.

Simptom
 
Darah, pendarahan semasa membuang air, batuk berdarah, muntah berdarah atau pendarahan secara tiba-tiba daripada mana-mana bahagian badan. Ketumbuhan, kebanyakkan orang kadangkala menyedari atau dapat merasakan sesuatu yang keras muncul dengan tiba-tiba pada mana-mana bahagian badan seperti leher, perut, lengan, kaki, dan payudara. Kenal pasti jika ada sebarang perubahan secara tiba-tiba pada tanda lahir seperti saiznya semakin membesar, berlaku pendarahan atau pun kemunculan  banyak tahi lalat baru sekitar tahi lalat yang sedia ada. Luka atau ulcer, terutamanya luka atau ulcer yang tidak sembuh-sembuh setelah sekian lama. Sebarang bengkak sama ada yang menyebabkan rasa sakit atau tidak untuk satu jangka masa panjang perlu juga dicurigai. Simptom-simptom awal lain yang boleh dikaitkan dengan kanser adalah:

Sunday, May 20, 2012

Kanser dan Ketumbuhan (Bhg. 1)

Cancer dan tumor?

Pada asasnya cancer dan tumor adalah perkara yang sama, dalam Bahasa Melayu ia disebut sebagai kanser atau ketumbuhan. Pada saya penjelasan ini sangat perlu kerana masih terdapat mereka yang keliru dengan maksud perkataan tersebut. Apabila berbicara tentang ketumbuhan, ramai orang menganggap ia adalah sekadar penyakit biasa, bukan kanser.

Apa itu kanser?

Badan manusia terdiri daripada beberapa sistem (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem pembiakan, sistem perkumuhan). Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Setiap organ terdiri daripada beberapa tisu badan, dan setiap tisu badan terdiri daripada beberapa sel. Kebiasaannya  pertumbuhan sel badan adalah terkawal, tetapi apabila ia sudah hilang kawalan dan tumbuh “sesuka hati” maka itu yang dipanggil sebagai kanser. Contohnya penyakit leukemia yang merupakan salah satu kanser sel darah putih yang disebabkan oleh bilangan sel darah putih yang melebihi  normal.

Thursday, May 17, 2012

Do It Anyway

Today in the OPD, I stumbled upon Mother Theressa's "anyway" poem. What a beautiful poem.

Mother Teresa – Do It Anyway

People are often unreasonable, illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough; 
Give the world the best you’ve got anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.

Wednesday, May 9, 2012

Anologi Durian



Buah durian boleh mengisi perut. Jarang-jarang ada, sebab durian buah bermusim.

Ada orang suka sangat buah durian. Sanggup naik kereta jalan jauh nak pi cari durian.

Ada orang sangat tak suka buah durian. Bau buah durian je pun dah rasa nak muntah.

Ada orang suka sangat pun tak, benci pun tak. Kalau tak menyusahkan orang lain untuk cari durian dia pun pergi la. Kalau tak boleh makan buah durian, dapat makan pengat durian, cendol durian pun boleh.

Masing-masing ada citarasa tersendiri. Yang suka buah durian makanlah sepuas-puasnya, tak perlu nak gaduh dengan orang yang lain cita rasanya. Begitu juga sebaliknya.

Khairul

Sunday, May 6, 2012

Black n White


Sekadar mencuba sesuatu yang baru. Gambar-gambar yang telah diedit dengan tema "hitam putih". Hanya menyerlahkan warna subjek utama yang ingin dipamerkan dalam gambar. Unik.
 
Khairul

Tuesday, May 1, 2012

Mewarisi Mukjizat Terbesar

Al-Quran, The Book of Life. Mukjizat paling agung yang diberikan kepada insan bernama Muhammad Bin Abdullah untuk disampaikan kepada umat manusia. Kitab yang didalamnya tersimpan banyak pengajaran dan panduan untuk manusia. Ia adalah Kalam Allah, Tuhan yang mencipta segala-galanya, yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi.

Saya percaya sebagai seorang Muslim kita tahu dan sedar akan hakikat semua itu, tetapi adakah kita betul-betul ‘mengangkat’ dan ‘menjunjung’ Al-Quran setimpal dengan kedudukannya? Adakah kita membacanya setiap hari? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Setahun sekali atau hanya pada bulan Ramadhan sahaja? Adakah kita ada cuba untuk memahami ayat-ayat Al-Quran yang kita baca?

Friday, April 27, 2012

Pilihanraya Umum 13


Pilihanraya Umum 13 dah semakin dekat, bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Sekarang ni tengah sibuk-sibuk pula pasal Bersih 3.0. Penulis pasti, akan ada golongan yang buat nak-tak-nak ambil tahu pasal pilihan raya yang akan berlangsung nanti, golongan atas pagar kata orang "Si luncai mahu terjun dengan labu-labunya, biarkan-biarkan". Tak kita la atas pagar ke, luar pagar ke, lompat pagar ke undian setiap rakyat Malaysia yang layak adalah sangat bernilai.

Penulis tidak pernah menghadiri mana-mana ceramah atau kempen pilihan raya, hanya sekadar menonton video-video kempen di YouTube. Oleh sebab itu penulis tidak pasti sama ada setiap kali selepas sesi ceramah/kempen pilihan raya, akan ada sesi soal jawab dengan YB yang berkenaan atau tidak. Kalau ada, penulis ingin mencadangkan kita tanya calon berkenaan,

“pembaharuan apa yang YB akan buat kalau YB menang pilihan raya ini? Kami nak pembaharuan yang boleh  bertahan untuk tempoh 8 tahun”

Thursday, April 26, 2012

Movies Pick of The Week (15)

This week I watched two adventure movies, Extremely Loud And Incredibly Close (ELAIC) and the other one was an animated movie The Adventure of Tintin. I decided to watch ELAIC because two of my favorite actor and actress were in the movie, Sandra Bullock and Tom Hanks. The Adventure of Tintin on the other hand was directed by the famous director, Steven Spielberg. Strictly speaking I really have a very high expectation from those two movies.

About Extremely Loud and Incredibly Close, the child actor was Thomas Horn who played Oskar Schell. To be honest during the first one hour of the movie, I have to turn down the volume because that kid, Oskar shout a lot. He became like that after the ‘worst day’ where his father died in the 9/11 tragedy.  Then one day he found a key which he believed was left by his father and that was when he began his adventure to find a person whose name is Black. Early in the story I see Oskar as a young boy who's still in the state of denial for his loss, but throughout his adventure to find Mr/Mrs/Miss Black, he met new people and discover new things and slowly he became more matured.

The Adventure of Tintin was a great movie. The animation was great, the storyline was great, everything just great. The movie lives up to my expectations. 5 stars!!! Every time I watched animated movie, I’ll always think “I'm gonna bring Danial to cinema and we gonna watch animated movie together, Just the two of us.” *smile*

Khairul

Sunday, April 22, 2012

Wira dan Putri (13)

Wira:

Malam itu Wira leka mengimbau peristiwa silam di dalam hidupnya. Bermula dari pertemuan di restoran Indonesia itulah mereka berempat berazam memulakan perniagaan restoran. Dia, Adi Putra, Iskandar dan Irfan. Kini perniagaan mereka sudah berusia hampir 4 tahun dan mempunyai cawangan di Teluk Danga, Taman Dato’ Onn dan Senibong Curve. Restoran mereka begitu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kota. Selain itu terdapat beberapa orang rakan lama Wira yang turut membantu menguruskan restoran-restoran mereka. Kini Wira dan rakan-rakannya sudah boleh tersenyum kerana usaha keras mereka sudah menampakkan hasilnya. Perniagaan untuk berbakti kepada masyarakat. Restoran eksklusif bertaraf antarabangsa dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.