Monday, September 12, 2011

What's up: Cherita Khairul 2


Pagi tadi kawan ikut mak kawan bawak Danial pergi Hospital Sultan Ismail sebab Danial ada appointment doctor. Adik kawan memang kena pergi hospital setiap 6 bulan untuk buat pemeriksaan telinga, gigi dan speech therapy. Kitaorang pergi pukul 7am dan habis semua sekali dalam pukul 12pm. Nak kata penat menuggu tak juga la, sebab kawan memang dah bawa siap2 benda nak baca tambah lagi bila Danial masuk jumpa doctor kawan pinjam la dia punya IPad main Angry Bird. *sengih*

Floor tempat Danial buat checkup tu memang floor untuk ENT, Psychiatry, Paediatric, Bedah Mulut. Punya la ramai budak-budak main lari sana-sini dah tak macam hospital, jadi macam playground budak-budak. Kawan memang suka suasana “nakal yang terkawal” so takdela hospital tu macam dull je kan, ala macam dalam cite Patch Adams yang Robin Williams berlakon tu. Lagi satu benda best pasal Hospital Sultan Ismail ni sebab building dia macam hospital dalam cerita HOUSE. Kawan dah duk terbayang lagi 10 tahun nanti kawan akan berjalan guna tongkat macam House kat HSIJB, InsyaAllah.

Dalam tengah menuggu tu kawan tengok-tengok juga la cara staff-staff hospital tu bekerja, ye la sekurang-kurangnya boleh tengok cara diorang communicate dengan pelawat. Kesabaran tu penting yop, jangan ingat yang pergi hospital tu semua boleh cakap bahasa melayu. So far cara layanan staff Hospital Sultan Ismail yang kawan nampak semuanya ‘mesra alam’ je.

Masa Danial tengah check telinga, kawan ada berbual dengan seorang akak ni. Anak dia ada problem dengan telinga and pernafasan lepas buat lymph node biopsy untuk TB. Anaknya, Sufian dulu kurus je tapi lepas buat operation badan dia terus naik, tapi itulah kena ulang-alik hospital every 2 months. Masa kakak tu bercerita muka dia senyum je, tapi banyak kali dia cakap “nak buat apa lagi ye dik, sabar jela,” terserlah kasih-sayang seorang ibu tu. Betul orang kata, jadi doctor ni bukan setakat nak cegah/ubat penyakit tapi kita juga kena jadi pendengar yang baik sebab kadang-kadang mereka yang datang hospital ni tak ada orang teman. Sebab tu tadi kawan boleh nampak Melayu, Cina, India duduk bersembang pasal family diaorang walaupun baru sahaja jumpa. Agaknya bila bercerita dengan orang, terasa kurang sikit kerisauan sebab ada orang yang senasib atau lebih teruk daripada kita.

“Thank you Allah for today’s lesson”

Khairul

4 comments:

Anonymous said...

adik sakit apa?sori..but fOund ur other links..it caught my fUlL konsentrasi..haha!keybOard+dslr..omg!very interesting pson,indeed..keep it up=))

A.KHAIRUL said...

to anonymous: adik paling kecik syndromedown, tak sakit apa pun just kena buat regular check-up. Thanks for visiting this humble blog of mine. =)

Anonymous said...

oic..cousin sy pun ada juga mcmtu=)) welkam.found ur blog on my fren's wall,btw.=) kan?seronok jadi mcm dlm cite patch adams..i always wanted to do service like bringing ballons to hosp(juz to make d kids hepi) tapi xada rezeki lagi.haha owh,lagi satu..wira+putri tu..itu novel ke apa?dun reli understand it actually..=)

A.KHAIRUL said...

Wira dan Putri just a story that i wrote bila ada masa terluang. Tak sure nak panggil novel ke apa, tapi sangat special bagi saya. *smile*