Saturday, September 24, 2011

PEOPLE.PLACES (4)

Hari tu masa cuti penulis keluar berjalan-jalan dengan kawan sekolah rendah. Petang tu, kawan-kawan penulis ajak pergi mengambil gambar dekat satu kawasan tanah lapang yang ada 2 banglo separuh siap yang terbiar. Sampai je dekat situ, penulis nampak ada satu kumpulan pekerja asing tengah main kriket. Lepas tu ada seorang kawan penulis ajak, “jom Amad kita pergi join diorang main nak?”

Penulis pun sapa la salah seorang pekerja asing tu. Minta izin nak ambil gambar, lepas tu penulis pun berbual-bual ringan dengan pekerja yang asalnya dari Bangladesh dan dah 4 tahun katanya duduk Malaysia. Umur dia 26 tahun. Dalam-dalam berbual tu dia tanya la penulis buat apa? Penulis cakap la, penulis datang dengan kawan-kawan nak ambil gambar je. Lepas tu dia pekerja asing tu pun mula la bercerita.


Dia kerja dekat syarikat TITAN Pasir Gudang. Katanya dah lama dia tak balik Bangladesh dan dia memang nak balik pun. Dari butir-butir percakapan, dia kata macam dia ditipu oleh orang yang bawa dia datang Malaysia dan juga oleh majikan. Diorang ni kerja gaji memang dibayar, tetapi lepas tu diorang terpaksa bayar duit tu dekat orang tengah, so tinggal ciput mana je la duit yang diorang ada.

Agaknya la, penulis rasa pekerja asing ni ditipu kononnya bila dah masuk sini baru semua urusan passport and imigresen orang tengah akan uruskan. Lepas tu bila kena tipu, diorang dipaksa pula kerja. Kalau report dekat pihak berkuasa, diorang tak dapat duit gaji. Ni andaian penulis daripada butir-butir perbualan yang kurang jelas *harap memahami* Tapi dari raut wajah, memang diorang ni sungguh-sugguh nak balik.


Diorang ni sebenarnya ingat penulis dengan kawan-kawan yang lain daripada TV3 or sumtin. Penulis cakap la bukan, kami freelancer je. Diorang kata, “ambil la gambar kasi masuk itu paper bagitahu ini semua.” Penulis tak pasti benda macam ni kena rujuk dengan siapa, kalau la penulis ni wakil rakyat memang penulis cuba sedaya yang boleh untuk tolong.

Satu je la nasihat penulis, tak baik kita aniaya orang tak kira dia warganegara apa. Kalau kita aniaya orang, mana tau Allah balas kena kat orang kita plak yang ada kat tempat orang. Jadi fikir-fikirkan lah. *senyum*

Khairul

1 comment:

N a r a t o r said...

salam

setiap manusia ada hak untuk hidupnya. hidup cuma sekali . kejilah manusia yang merampas hak manusia lain untuk hidup bahagia .

btw , thanks , baru perasan kau link blog aku - aihhh segannyee >.<