Tuesday, June 30, 2009

Pain, Kesakitan, Kepedihan


Dalam beberapa hari yang lepas, saya sebenarnya mengalami sedikit kecelaruan emosi/perasaan *sebabnya terpaksa dirahsiakan*. Sebab tu tak ada ape-ape entry baru dlm beberapa hari lepas. Biasanya kalau tensen saya akan tido atau keluar jogging, but this time I tried something out of ordinary. Saya layari internet, mencari-cari tips menguruskan ‘tekanan jiwa’ (bukan yang serious ok) so terjumpe la satu tips yang sangat menarik and Islamic. Dia cadangkan bace tafsir Al-Quran. Kebetulan saya ade satu pocket size “The Meaning of THE HOLY QUR’AN” so dalam beberapa hari ni tu la bahan bacaan saya. - Sekadar maddah pembuka bicara-

Actually I want to share with you guys my view on the word PAIN, atau sinonim dengan KESAKITAN dan KEPEDIHAN. SAKIT itu bukan hanya sekadar secara zahir sahaja, tetapi keSAKITan itu juga boleh melibatkan lahiriah (emosi, mental, aqidah). Jika hendak dibandingkan antara SAKIT zahiriah dan SAKIT lahiriah, SAKIT lahiriah yang paling susah nak di ‘ubati’. Macam kata pepatah Melayu “luka di badan boleh dilihat, tetapi luka dihati siapa yang tahu?” . Dalam suatu masa kadangkala kita akan merasai kedua-dua keSAKITan itu. Pada saya keSAKITan itu sebagai suatu keperluan dalam kehidupan kita, kerana dari keSAKITan itulah kita dapat pelajari sesuatu.

“Or do you think that you shall enter the Garden (of bliss) without such (trials) as come to those who passed away before you?” The Heifer [2:214]

Jika waktu kecik dulu apabila kita dipukul oleh mak atau ayah, mesti ada terlintas di benak hati “mak abah dah tak sayang aku.” Ya kita akan nangis pada masa itu, tapi dalam pada itu juga mesti kita terfikir kenapa mak and abah marah sangat? Mesti kita dah buat benda yang diorang tak suke. Saya pasti lepas tu mesti kita dah tak buat lagi kesalahan tu dan kita akan ingat perkara tu sampai bila-bila.

SAKIT lahiriah sangat menakutkan saya. Saya dah mengalaminya beberapa kali dan dalam tempoh itu, saya lebih banyak berdiam diri, mencari nilai makna diri. Sedaya upaya mengukir senyuman di bibir bimbang orang lain turut risau. Sometimes I feel like someone is pointing a revolver at my head and I am force to make one tough decision, antara prinsip hidup dengan perasaan orang lain. Saya rasa itulah dugaan yang agak besar dalam hidup. Tersilap langkah, even the most generous guy can turn into a serial killer, boleh jadi anak derhaka, boleh terlari aqidah. Saya hanya boleh bermohon kepada Sang Pencipta agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian-Nya. Amin~

“But fear Allah, and know that Allah is with those who restrain themselves.” The Heifer [2:194]

Terima kasih kepada emak and abah yang dah membesarkan angah, mendidik angah tentang kehidupan dengan asas-asas agama, betapa keSAKITan itu sebenarnya banyak hikmah. Kepada pendidik-pendidik saya, sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hingga di kolej, terima kasih atas tunjuk ajarmu. Bukan sahaja pada academic, malah tentang jati diri, tanggungjawab dan peranan. Kepada alam yang menjadi tempat saya menimba pengalaman, terima kasih kerana mendekatkan aku dengan Tuanmu.

Khairul

1 comment:

wankhai said...

Yup. Really.
Kesakitan itulah yang mematangkan dan juga memandu ke jalan kebenaran.
Masakan tidak, Rasulullah sendiri merasai kedua-dua jenis kesakitan itu.
Siapa boleh lupa Rasulullah dibaling batu semasa berdakwah di Taif, sehingga berdarah-darah? Tetapi Rasulullah maafkan.
Siapa yang tidak tahu pemulauan, cercaan, godaan yang dihadapi baginda yang bagi kita inilah, sudah lama kita berputus asa.
Tapi tidak Rasulullah.

Pain is part of the process.

Rama-rama bersusah payah bersakit-sakit cuba memecahkan kepompongnya yang keras itu, barulah dia boleh mengembangkan sayapnya yang cantik itu.

Peace~