Saturday, October 29, 2011

Movie Pick of The Week (11)


Baru sahaja lepas menonton sebuah filem thriller, Unknown lakonan Liam Neeson. It’s a great movie for me kalau anda suka filem seperti Island dan Inception lakonan Leonardo DiCaprio. Pada pendapat peribadi, saya bagi rating 3.5/5. Seperti biasa, saya akan kongsi sedikit spoiler dan mesej/pandangan peribadi saya tentang filem ini.

Pada permulaan cerita Dr. Martin (Liam Neeson) tertinggal beg bimbitnya di airport dan dalam perjalanan balik ke airport, dia terlibat dalam satu kemalangan. Selepas 4 hari koma di hospital, dia pergi ke hotel untuk berjumpa dengan isterinya. Walaubagaimanapun isterinya tidak mengenalinya dan seorang lelaki telah mengaku bahawa dia adalah suami kepada wanita yang berdiri di hadapannya itu. Merasakan identiti dirinya telah dicuri, satu-satunya perkara yang boleh membuktikan kebenaran adalah passport yang ada di dalam beg bimbitnya yang tertinggal di airport. Inilah mesej pertama yang saya nampak,

“Perkara buruk yang berlaku pada kita mungkin akan menjadi penyelamat kita di lain masa.”

Atau ayat yang biasa orang pakai dan biasa saya tulis dalam penulisan saya ‘setiap sesuatu pasti ada hikmah’ ‘bad things happen for a reason’. Kalau kita tertinggal barang mesti dah kelam-kabut kan? Tu tak kira lagi “zikir” segala macam bagai. Sebagai penonton pula mesti ada yang kata, “hish, cuai betul la dia ni. Beg macam tu boleh tertinggal,” emosi sungguh orang-orang yang macam ni. *senyumnakal*. Dalam kebanyakkan filem memang kerap kali mesej ini cuba disampaikan, tetapi adakah kita sebagai penonton dapat menerimanya atau hanya sekadar menonton filem itu sebagai sebuah hiburan semata-mata.

Okay back to the story. Akibat daripada kemalangan awal-awal tadi, Martin telah hilang ingatan sedikit dan dia merasakan bahawa dia tidak kenal dirinya sendiri. Pada pertengahan cerita barulah dia tahu yang dia ni rupa-rupanya seorang pembunuh upahan dan dia telah merancang untuk satu pembunuhan berbulan-bulan lamanya. (baca gaya Eric Leong) Nak tau apa jadi lepas tu? Mesti nak punya kan~ hehehe. Selepas ingatannya kembali pulih, dan dia sendiri pun macam tidak percaya, Martin telah berusaha untuk menghentikan plot pembunuhan tersebut. Mesej kedua yang saya dapat disini adalah,

“Kita sebagai manusia fitrahnya adalah baik walau sejahat mana pun kita.”

Martin selepas terlibat dalam kemalangan tersebut dan mengalami amnesia, emosinya dan pemikirannya seperti sudah di reset kepada default, fitrah insan untuk berbuat baik. Dan praise to god, dia tetap berpegang pada fitrah tersebut walaupun selepas memorinya kembali pulih, otherwise beribu nyawa orang yang tidak bersalah akan melayang.

Filem ini mungkin hanyalah rekaan semata-mata, tetapi mesej tersirat disebalik jalan cerita itu yang menarik minat saya. Dan saya percaya serta yakin segala yang baik itu datangnya dari Allah. Salam and selamat berhujung minggu. *senyum*

Khairul

No comments: