Monday, October 10, 2011

India Chapter: Part6


Minggu lepas berkesempatan untuk mengikuti satu program di Summer Sun Beach Resort, Mangalore. Saya adalah salah seorang daripada AJK yang terlibat bagi menguruskan program tersebut. Kali terakhir menjadi urusetia dan merancang modul seingat saya semasa saya di Kolej Mara Seremban (KMS), itu pun kami hanya mengendalikan program untuk pelajar-pelajar menengah rendah. Merancang sesuatu program untuk rakan sebaya I must say is a big challenge for me. Lepas itu saya membenarkan diri untuk jadi MC bidan terjun which is new to me, sebab saya biasa buat kerja belakang tabir je. Saya pujuk diri saya untuk buang jauh-jauh persepsi negatif orang lain dan buat sebaik yang saya mampu. Tu tak cerita lagi pasal feedback yang ‘sangat inspiring’ *tangan didada mata ke atas* =D

Speaker jemputan telah diterbangkan khas dari Malaysia, penulis buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga, Murabbi Cinta dan Rindu Bau Pohon Tin. Beliau adalah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Masa mula-mula jumpa Ustaz face-to-face, teruja habis! Jantung dah dub dab dub dab rasa macam nak jerit je, tapi saya tak la tunjuk perasaan excited tu,. Maintain cool je kan~ *senyum*. Sepanjang 2 hari dengan 7 slot bersama Ustaz tentang The 7 Habits of Highly Effective People, saya dapat rasakan perkara-perkara yang dikongsikan oleh Ustaz termasuklah contoh daripada pengalaman hidupnya sangat-sangat bermakna dan inspiring. Dalam hati, saya sangat mengagumi insan yang berdiri di depan saya ini. Itulah perkara paling bahagia berlaku pada saya minggu lepas.

Di penghujung program dengan segala cabaran dan dugaan yang ada, keletihan fizikal dan mental, bukan sahaja peserta malah fasilitator juga, harapnya kami semua dapat pelajari sesuatu yang baru tak dapat banyak sikit pun jadi la. Untuk diri sendiri, saya akan berusaha untuk buat yang terbaik di masa akan datang apabila perlu mengendalikan program dengan rakan sebaya, dan terima kasih kepada HICOM SEMPOI 2011, rakan-rakan AJK modul yang lain ( Nami, Nadiah, Atikah, Atiq) serta fasilitator yang turut terlibat dalam mengendalikan program. It’s been a pleasure working with you guys. Kepada Ustaz Hasrizal, terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan InsyaAllah ada masa kita akan berjumpa lagi.

“Syurga Allah itu adalah tempat untuk orang-orang ‘hebat’. Maka berusahalah untuk menjadi ‘hebat’ supaya kita dapat bersama-sama dengan mereka yang hebat (Para Nabi, Rasul, dan Sahabat)”

p/s: Ada orang tanya saya ratio good:bad secara overall program yang dijalankan, saya akan bagi 30:70. Ini pendapat jujur yang saya nyatakan sebab saya rasa kami mampu buat yang lebih baik. Tapi takpe, bagi la peluang pada mereka yang pertama kali terlibat dalam pengendalian projek belajar daripada kesilapan. Kalau awal-awal dah gempak nanti ‘kembang’ la plak. Tak ada konsep aku-aku kau-kau bila bekerja dalam kumpulan, baik buruk adalah KITA. b(^_^)d

Khairul

2 comments:

farid said...

insyaAllah segala usaha akan ada ganjaran...selagi peserta2 SEMPOI amalkan apa yang diorg dpt selagi itu insyaAllah akan ade sebhagian pahala yang mereka dapat...*peace*

Anonymous said...

ok je kot sempoi tu.u were great as bidan terjun. n i was hepi.dapat jumpa ustaz.n all my frens were hepi.xada apa2x komen pun dr kawan2x sy(except for foods!vegie,ktorang smua terus cari kfc lpas hbis program!haha)..Alhamdullilah,it was a gOod getaway from d hectic life.