Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Monday, July 21, 2025

TOPIK DI RADIO: SAMPAI BILA IBU BAPA PERLU MENANGGUNG ANAK-ANAK?

                             Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada miggu lepas saya terdengar topik perbincangan ini di radio Zayyan. Ia bermula daripada perkongsian seorang hamba Allah ini di media sosial tentang ibu bapanya yang mampu untuk menunaikan haji secara pakej yang menelan belanja sehingga RM 120K tetapi tidak mahu membantu menanggung kos pengajiannya di universiti. Saya sempat juga mendengar beberapa respon daripada pemanggil Zayyan dan ada juga komen dan pandangan yang sempat dikongsikan oleh Fynn Jamal.

Secara peribadi saya tiada pengalaman seperti itu, tetapi saya ada beberapa kenalan dan percaya ramai di luar sana mengalami pengalaman yang sama. Perkongsian hamba Allah di media sosial itu mungkin atas dasar beliau melihat ibu bapanya sebagai mampu untuk membantunya dalam menanggung kos pengajian tetapi mereka tidak berbuat demikian sehingga menyebabkan beliau terpaksa membuat pinjaman atau tidak dapat menyambung pengajian.

Pemahaman kita selama ini, ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak dari segi pakaian, makan, tempat tinggal, pendidikan sehingga mereka boleh berdikari atau bekerja sendiri. Saya lebih cenderung kepada apa yang ditekankan dalam Islam iaitu, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Pada pendapat saya tiada siapa berada di pihak yang salah sama ada ibu bapa atau hamba Allah tersebut. Satu benda yang kita perlu jelas adalah perkara yang paling bernilai disisi ALLAH S.W.T adalah ketakwaan. Sebagai contoh, seorang anak itu ingin meminjam daripada ibu bapanya wang untuk menyambung pengajian, atas dasar ehsan dan takwa Si Ayah memberi tanpa pinjaman kepada anaknya, maka Si Ayah sudah mendapat pahala sunat bersedekah.

Perbetulkan saya jika ada yang saya terlepas pandang, tetapi islam tidak mengajar kita meminta-minta harta daripada sesama makhluk.

“ Dan bahawa tidak ada (balasan) bagi seorang manusia kecuali apa yang dia usahakan” - Surah Al-Najm 53:29-

Mintalah daripada ALLAH yang Maha Kaya, Maha Mendengar, Maha Pemurah, dan Maha Penyayang. Tujuan Islam menyarankan kita jangan meminta-minta tanpa berusaha adalah untuk mendidik jiwa setiap Muslim itu untuk rajin bekerja dan mengharap pergantungan daripada Allah semata-mata. Dalam hal ini ibu bapa tidak salah kerana duit yang mereka ada itu adalah atas hasil usaha mereka sendiri yang disimpan untuk hari tua mereka, tetapi saya tertarik dengan satu komen daripada Fynn Jamal “anak-anak yang berkira membesar dalam rumah tangga yang berkira”.

Dalam pada masa yang sama, Islam menyarankan kita perbanyakkan bersedekah, dan sesungguhnya sedekah kepada ahli keluarga itu lebih utama.

“(Ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi, perut, dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, “inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu”

- Surah Al-Taubah 9:35- 

Peringatan ini untuk diri saya sendiri dan juga rakan-rakan pembaca. Percayalah kita semua akan dipersoalkan dengan segala harta yang kita ada di dunia ini. Jika kita berkemampuan menabunglah untuk anak-anak bermula daripada mereka kecil lagi, janganlah menabung untuk hari tua kita samata-mata. Bayangkan wajah anak-anak kita waktu mereka baru nak memulakan kehidupan 10-20 tahun akan datang, dan kita cakap pada mereka “anak-anak ini duit yang abah dah simpankan untuk kamu semua, gunakanlah untuk memulakan hidup kamu. Ini sedekah jariah abah untuk kamu semua”. Sudah pasti mereka akan terharu dan berasa sangat bersyukur, malah kita secara tidak langsung menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk anak-anak kita contohi.

Sebagai anak jika anda terasa hati dengan ibu bapa, nasihat saya kita cubalah untuk belajar menerima seadanya pemberian ibu bapa walaupun kita rasa mereka mampu. Kadang-kala mungkin terasa berat tetapi dengan melepaskan perasaan itu, insyaAllah hati kita akan lebih tenang. Sebagaimana anak-anak merupakan ujian untuk ibu bapa, ibu bapa juga adalah ujian untuk anak-anak. Buat semua ibu bapa muda diluar sana sama-sama kita tanamkan azam untuk buat yang terbaik bagi anak-anak kita kerana sesungguhnya sangat beruntung orang yang mana hari ini lebih baik daripada semalam. Jika dulu kita hidup susah, kita pastikan generasi anak cucu kita tak melalui kesusahan yang sama.

A.KHAIRUL

Monday, May 10, 2021

COVID-19: LELAH

LELAH. Itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan dan luahkan melihat kepada keadaan yang melanda negara “Tanah Tumpahnya Darah Ku” ini. Pada awal kita sama-sama berjuang membendung penularan wabak COVID-19, video tentang negara kita tular di laman YouTube. Saya percaya setiap rakayat Malaysia pasti berasa sangat bangga dan terharu pada ketika itu. Kita setanding malah lebih baik daripada kebanyakan negara maju pada peringkat awal wabak ini melanda negara kita.

Namun bak kata pepatah, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. KITA ALPA, KITA TAMAK, KITA LUPA DIRI. Selepas 4 bulan berjuang dan pada ketika rakyat baru boleh bernafas, kita laksanakan PRU SABAH. Maka berduyun-duyunlah jentera pilihan raya daripada setiap parti politik turun padang ditambah dengan penduduk Sabah yang pulang untuk mengundi. Natijahnya, kini kita kembali kepada keadaan awal malah lebih teruk lagi.

Jika peringkat awal PKP dilaksanakan, orang awam masih lagi boleh mematuhi arahan kerana terdapat bantuan moratorium, simpanan kecemasan atau harta yang boleh digadaikan, namun setelah PKP 2.0 dan 3.0 bagaimana dengan daya tahan hidup rakyat? Tiada lagi moratorium, tiada lagi barang untuk digadai tetapi masih memerlukan perbelanjaan untuk keperluan harian

Dari pandangan orang awam pada ketika ini, pada saya mereka sudah tidak endah dengan statistik COVID dan sebagainya daripada KKM, MKN atau mana-mana Menteri. Kerana apa? Kerana pegawai dan kakitangan kerajaan gaji mereka masih berjalan sepanjang tempoh COVID ini, namun tidak bagi kakitangan swasta dan yang bekerja sendiri. Ada diantara mereka yang  terpaksa diberhentikan kerja dan hilang mata pencarian, hal ini menjadikan mereka lebih terdesak

Dari pandangan anggota kesihatan dan pemerintah, mereka bimbang dengan kadar penyebaran wabak ini dan dalam pada masa yang sama keberlangsungan sektor ekonomi. Apa yang paling dikhuatari oleh pihak kesihatan adalah jika bilangan kes terus meningkat dan kapasiti kita sudah berada di tahap ‘nazak”, tidak mustahil kita akan jadi seperti negara India di mana petugas kesihatan mereka tidak dapat menampung kesemua pesakit COVID yang datang ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Pada ketika ini kita perlu kembali kepada matlamat asal kita, ELAKKAN PENULARAN WABAK. Ahli politik tanpa mengira pembangkang dan pemerintah perlu duduk berbincang secara fizikal atau maya untuk mencari solusi terbaik untuk rakyat dan negara. Jika perlu lockdown menyeluruh seperti PKP 1.0, pastikan ia dibuat dengan terperinci dengan mengambil kira keperluan hidup rakyat. Orang awam juga perlu mengawal emosi dan rasa amarah mereka demi kemaslahatan masyarakat dan keluarga mereka sendiri.

Jangan kita ambil mudah jangkitan COVID -19 ini hanya kerana kita sudah ‘lali’ dengan laporan statistic harian daripada DG KKM. Jika ada peluang berjumpa dengan pesakit COVID yang pernah dimasukkan ke ICU, tanyakanlah kepada mereka betapa ngeri dan takutnya disaat untuk menarik nafas yang mudah pun terasa sukar. Hendak bercakap pun susah. Berapa kerap kita mengatakan rasa syukur kepada Allah atas nikmat udara untuk bernafas sepanjang kita hidup, Allahuakhabar. Kami petugas kesihatan yang merawat pesakit covid sendiri berasa sedih dan pilu melihat keadaan pesakit yang semakin merosot dari hari ke hari. Jadi sekali lagi saya pesan, janganlah ambil mudah hanya kerana

Bukan ahli keluarga kita yang bertarung di wad-wad COVID.

Bukan ahli keluarga kita yang terlantar memenuhi katil-katil ICU COVID.

Bukan ahli keluarga kita yang meninggal dunia kerana COVID.

Semoga Allah berikan petunjuk dan ilham kepada kita dalam mengharungi dugaan daripada wabak COVID-19 ini.

Dr A.KHAIRUL

 

 

Monday, November 13, 2017

Rahsia keputusan cemerlang dalam SPM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Tidak dinafikan peperiksaan SPM adalah peperiksaan yang paling mendebarkan untuk setiap pelajar di Malaysia, namun ini tidak bermakna peperiksaan lain seperti UPSR dan PT3 tidak bermakna. Debaran yang dirasai bagi calon-calon SPM lebih mendalam kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bergantung pada keputusan yang akan diperoleh itu nanti.

Kembali pada tajuk utama, bagaimana untuk mendapat 10A dalam peperiksaan SPM. Saya tujukan tip-tip ini khas untuk ibu bapa dan adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar terutamanya peperiksaan SPM. Sila baca sampai habis dan hadamkan mesej yang ingin saya sampaikan.

Tuesday, August 15, 2017

Menjaga Kesihatan Adalah Ibadah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam 2 tahun pengalaman saya bekerja di hospital, saya telah bertemu dengan berbagai-bagai jenis ragam pesakit dan keluarga pesakit. Dalam pemerhatian saya kebanyakkan daripada rakyat Malaysia masih lagi kurang kesedaran tentang penjagaan kesihatan, terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi (hypertension), dan sakit jantung (heart disease).

Banyak kemasukkan pesakit ke wad boleh dielakkan jika mereka mengambil ubat seperti yang dinasihatkan dan mengamalkan pemakanan seperti yang telah disarankan. Dukacitanya, masyarakat kita masih ramai yang makan ubat ikut selera sendiri dan mengambil mudah dari aspek pemakanan.

Alasan yang sering diberi adalah, “kalau ambil ubat kencing manis lama-lama nanti buah pinggang rosak” “Saya tak ada rasa sakit buat apa makan ubat darah tinggi Doktor.” “Saya cuba ambil produk XYZ, depa kata boleh bagi baik sakit saya Doktor”. Tuan Puan, adakah anda Tuan Puan tahu punca Tuan Puan boleh dapat penyakit kencing manis & darah tinggi? Salah satu penyumbangnya adalah kerana KURANG PENJAGAAN DARI SEGI PEMAKANAN.

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Hadis riwayat muslim)
"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" (Surah al-A'raf:31)

Tujuan doktor bagi ubat dan nasihat pemakanan dan kesihatan adalah untuk mengawal masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi Tuan Puan agar tidak bertambah teruk dan MENIMBULKAN KOMPLIKASI YANG LAIN, seperti rosak buah pinggang, stroke, jantung tersumbat dan sebagainya. Kerisauan tentang kesan sampingan ubat, pada hakikatnya akan terjadi kalau Tuan Puan tidak mengikut nasihat doctor. Oleh sebab itu doctor di Klinik Kesihatan/ swasta akan memberi temu janji mengikut tarikh tertentu untuk memantau keadaan kesihatan Tuan Puan dalam pada masa yang sama memastikan Tuan Puan mengikut nasihat kesihatan yang telah diberikan seperti PENJAGAAN PEMAKANAN, SENAMAN dan sebagainya.

Jika bacaan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi Tuan Puan dalam keadaan baik, tiada masalah untuk doctor MENGURANGKAN BILANGAN UBAT YANG DIAMBIL SECARA BERPERINGKAT, dengan syarat Tuan Puan perlu mengikut arahan pemakanan ubat seperti yang disarankan. Apa yang paling menyedihkan, terdapat sesetengah pesakit lebih percaya kepada produk komersial lain yang tiada bukti saintifik dan kajian menyeluruh tentang keberkesanannya berbanding ubat-ubatan hospital yang terbukti berkesan dari segi saintifik dan kajian klinikal.

Lebih mendukacitakan ada sesetengah pesakit sanggup membuang bekalan ubatan yang diberikan dek kerana lebih percaya pada produk sampingan. Ini jelas menunjukkan masyarakat kita masih lagi tidak tahu menghargai penjagaan kesihatan dan MENGAMBIL MUDAH TENTANG PENYAKIT “BIASA” YANG MEREKA HIDAPI KERANA ADANYA BANTUAN SUBSIDI KERAJAAN UNTUK UBAT-UBATAN. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini, adakah masyarakat kita akan lebih peka tentang penjagaan kesihatan jika kita perlu mananggung sendiri segala kos perubatan?

Sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat bermula dari sekarang, dan hargailah nikmat tubuh badan yang sihat yang telah Allah berikan. Sesungguhnya menjaga kesihatan itu juga adalah satu ibadah.


DR A. KHAIRUL

Thursday, May 7, 2015

Mohon “Share”, Mohon Sebarkan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Untuk post kali ini, saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsi pandangan peribadi tentang satu ‘trend’ baru dalam kalangan masyarakat dunia, terutama di Malaysia yang semakin menjadi-jadi. Saya pasti netizen sudah biasa dengan ayat-ayat seperti “mohon share”, “mohon sebarkan” dan sebagainya di dalam mana-mana laman social seperti facebook, twitter, dan whatsapp khususnya.

Pada peringkat awal saya melihat ‘trend’ ini sebagai satu perkara yang baik, kerana kita boleh berkongsi maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan dan ahli keluarga dengan cepat. Sebagai contoh, mungkin kita berkesempatan mengikuti mana-mana majlis ilmu, dan kemudian kita gunakan media social yang ada untuk berkongsi nota-nota yang telah kita ambil dalam majlis ilmu tersebut. Perkara seperti ini adalah sangat digalakkan. Contoh baik yang lain mungkin jika berlaku kemalangan atau kes-kes jenayah, kita boleh maklumkan kepada ahli keluarga kita supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. Kegunaan seperti ini adalah untuk kebaikkan dan keselamatan bersama, jadi tidak salah jika ia dikongsikan bersama.

Namun kini ‘trend’ “mohon share” “mohon sebarkan” ini semakin berleluasa sehingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain. Ditambah lagi dengan sikap masyarakat kita yang cepat melatah dan cepat menghukum, ini telah memburukkan lagi suasana dan mentaliti dalam kalangan masyarakat kita. Saya bukan mencadangkan kita supaya berdiam diri dan buat tak endah dengan berita yang kita terima, tetapi saya ingin mengajak kita supaya menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepada kita untuk berfikir dahulu sebelum memberi komen dan menyebarkan berita itu kepada orang lain. Bukankah di dalam Al-Quran Allah ada mengajar kita supaya berkata yang baik-baik sahaja, dan jika sekiranya kita tidak ada perkara yang baik-baik untuk diperkatakan, maka berdiam itu adalah lebih baik. Allah berfirman di dalam surah An-Nisa: 83

“Dan apabila sampai kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka langsung menyiarkannya. Padahal apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya daripada mereka (Rasul dan Ulil Amri). Sekiranya bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu akan mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara kamu)”

Friday, April 4, 2014

Pandangan: Pengharaman Buku Ultraman

Photo credit: http://ultra.wikia.com/wiki/Ultraman_(character)
Bismillahirrahmanirrahim,

Penulisan entri untuk kali ini adalah sekadar untuk menzahirkan pendapat dan pandangan saya tentang isu yang hangat diperkatakan tidak lama dahulu iaitu berkaitan tentang pengharaman buku Ultraman The Ultra Power oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Rata-rata tindak balas orang ramai yang saya lihat di laman sosial terutamanya pada ketika itu adalah mempersoalkan keputusan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri tentang pengharaman buku tersebut. Tidak kurang juga terdapat sesetengah pihak yang cuba menimbulkan sandiwara politik berkaitan dengan hal itu. Antara komen yang banyak dikongsikan oleh orang ramai yang dapat saya ingat adalah “buku ultraman diharamkan, majalah mangga tak pulak.”

Saudara saudari, perkara seperti inilah yang akan berlaku apabila kita terlalu cepat melatah dan mengeluarkan komen tanpa membuat rujukan dan memproses maklumat yang diperoleh dengan teliti. Yang diharamkan itu hanyalah buku Ultraman The Ultra Power dan bukannya kesemua jenama Ultraman, oleh itu jika anda merupakan peminat tegar Ultraman sekali pun anda masih boleh membeli barangan Ultraman yang lain. Kenapa perlu “menghentam” KDN?

Monday, March 24, 2014

Selfie: When to do, When not to.

I have always talk about serious issues in this blog, so this time I decided to write about something less serious than the usual stuff that I usually post in this page of mine. Most of us know what ‘selfie’ is right? It is a type of self-potrait photograph, typically taken with a hand-held camera or camera phone by the person him/herself and so the term ‘selfie’ came into use. It is either they take the picture at a very high or very low angle.

When ‘selfie’ first became a trend, I really can’t understand why people want to take a picture that way, and the most annoying thing is when these people post their ‘selfie’ pictures almost every day in social network site like facebook!!! Since they are in my friend list, their posts keep appearing in my timeline and I was mentally abused by these people. The only logic I can think of is, these people must be that they are suffering from a condition known as chronic narcissism *pun intended*.


After sometime people get creative and they are now able to use ‘selfie’ in an appropriate way, and I can still tolerate to this kind of ‘selfie’. So these are my personal guideline for doing ‘selfie’. Do ‘selfie’ only;

When you go for vacation at some place, and you want to prove it to your friends that you have been there physically. TAKE SELFIE

When you go for a gathering and want to take a group picture and you want everybody including you, the photographer to be included in the picture. TAKE SELFIE

Other than these two reasons if you are in my friends list, please, please, please I’m begging you not to post your ‘selfie’ pictures in the social network. Masuk public toilet selfie, keluar jamban selfie, masuk restoran selfie, makanan sampai selfie, habis makan selfie, naik kereta selfie, nak tidur selfie, bangun tidur selfie.  That is totally not normal okay!!! Yes, I know that you are pretty or handsome or baby-face but please be moderate people. You can consider this as my kind and polite advice. A true friend will point out the good and the bad in you, I'm trying to be one for you. *smile*

A.Khairul

Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370


From sympathizing with victim's family, people are now arguing about unnecessary things. =( At this very moment, I really think that we should stop making our own speculation and share it in social media networks... Let's put our differences aside and pray for the ease of search and rescue operation. May God bless us all.

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
(Al-Imran: 173)

A.Khairul


Sunday, March 9, 2014

#HappyWomenDay

Kadangkala mereka menjengkelkan…

Kadangkala mereka terlalu beremosi…

Kadangkala mereka terlalu sensetif…

Kadangkala mereka seperti sukar untuk difahami…

Kadangkala mereka juga berego tinggi...

Tetapi jangan kita lupa,

Mereka juga insan biasa…

Mereka juga punya hati yang penyayang…

Mereka juga banyak bersabar...

Mereka juga bekerja keras untuk insan tersayang…

Dan mereka selayaknya disayangi dan dihormati…

Selamat Hari Wanita Sedunia.

(8 MAC 2014)
A.Khairul


Thursday, February 27, 2014

Sikap: Menganggap Agama Sebagai Trend

Beberapa kali penulis cuba untuk menulis tentang isu ini, tetapi setiap kali itu juga pelbagai dilemma yang datang mengganggu perasaan dan membuatkan penulis terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Walaubagaimana pun untuk kali ini, penulis cuba untuk mecari kekuatan diri dan berharap agar penulisan ini dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada diri penulis dan anda yang membaca. Perkara yang ingin diperkatakan mungkin agak sensetif bagi sesetengah individu, tetapi niat penulis adalah untuk kita sama-sama muhasabah diri.

Apa yang penulis ingin kongsikan di sini adalah tentang sikap kebanyakan daripada kita yang pada amatan penulis menganggap agama itu sebagai satu trend tidak kira sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak. Apa yang penulis maksudkan adalah, sikap sebahagian daripada kita yang hanya menggunakan agama untuk menonjolkan diri dan bukannya untuk menunjukkan keindahan Islam itu sendiri.

Contoh yang penulis boleh berikan adalah sikap kita selepas menghadiri majlis ilmu. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat semakin banyak program-program dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan dan masyarakat secara umum turut memberi sambutan yang cukup positif. Tetapi haruslah diingatkan bahawa kita perlu tanamkan niat di dalam jiwa, bahawa kita menghadiri kelas pengajian ilmu Al-Quran atau Hadith atau kitab agama itu adalah kerana ingin menimba ilmu supaya diri ini boleh menjadi mukmin yang lebih baik. Bukan jumlah majlis ilmu yang telah kita hadiri yang menjadi ukuran peribadi kita, tetapi perubahan positif yang kita prakitikan daripada majlis ilmu itu yang lebih utama dan penting pada hemat penulis.

Ingin penulis tegaskan di sini, perbincangan ini bukan mempersoalkan kehadiran individu ke majlis-majlis ilmu, tetapi permasalahannya adalah pada sikap sebahagian daripada kita yang menjadikan agama itu seperti fesyen. Sangat menyedihkan apabila Agama itu hanya digunakan untuk menarik perhatian masyarakat, untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi dalam perkara lain seperti hak orang lain kita abaikan. Mengutamakan jawatan di masjid sehingga urusan rumah tangga tidak diberi fokus. Menghadiri banyak majlis ilmu, tetapi kebajikan jiran tetangga tidak diambil peduli.

Sikap menganggap agama sebagai trend ini dapat kita kenal pasti dalam diri sekiranya kita lebih banyak berbudi kepada orang lain yang lebih jauh sehingga mengabaikan urusan rumah sendiri, seperti kata pepatah anak kera di hutan di susukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan. Kesimpulan yang ingin penulis sampaikan adalah, hayatilah amalan agama itu sedalam-dalamnya kerana kita percaya dan yakin akan hikmahnya dan bukan hanya sekadar ikut-ikutan semata-mata kerana ramai orang melakukannya. 

A.Khairul

Friday, December 27, 2013

Work Harder and Earn More


Most Malaysians are well informed (I assumed) with the increasing price of certain goods and services for the next coming years, petrol, sugar, house, toll, electricity just to name a few, and so without any doubt it will affect the living cost majority of the people (the rakyat) in the near future . I believe most of the people are taken aback by the announcements, and this we can see from the countless numbers of negative remarks been made in social networks, blogs, newspaper column, and interviews.

Few days back I have read an article from an interview with a well known motivational speaker in the country about how we should response to the current situation. In the article it says she encouraged people to look at the situation from a different perspective, instead of being carried away by our emotions. She mentioned that if we look at it negatively then the outcome will be negative, but if we look at it with positive mind then the outcome will also be positive. As usual, there are few comments from the readers who didn’t agree with her view. They claimed that, she didn’t know what are those people from the low and medium income group have to go through since she is a professional with a stable income.

I do agree with what the readers had commented, and at the same time I also agree with what she is trying to tell us to do. I think it is normal for people to react that way when their life and their family’s life are at risk. Yes, I was once like that too. What I recommend is, brothers and sisters, give yourself some time to calm down and think. You know when you are angry, so don’t make decisions when you are angry because you cannot reason well during that period of time.

Tuesday, December 24, 2013

2013: Peristiwa dan Pengajaran

Sudah lama rasanya penulis tidak menulis tentang keadaan semasa, menyepikan diri dan berada di dalam zon selesa sendiri itu lebih baik sekali sekala. Kita sudah pun hampir sampai ke penghujung tahun 2013. Jika dilihat kembali kepada rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini, tidak salah jika penulis katakan tahun 2013 adalah tahun yang banyak memberi pengajaran dan peringatan buat kita, rakyat Malaysia khususnya.

Untuk negara Tanah Tumpahnya Darahku ini, pada awal tahun negara masih lagi dengan krisis pengganas di Lahad Datu Sabah, namun itu tidak menghalang kempen pilihan raya umum ke 13 yang mana kemuncaknya menyaksikan parti komponen Barisan Nasional memperoleh mandat untuk menerajui negara bagi tempoh satu penggal lagi. Seperti mana musim-musim pilihan raya yang lepas, PRU13 tidak lari daripada pelbagai bentuk "drama" pra dan pasca PRU. Dalam usaha SPR menambah baik proses pilihan raya di Malaysia, masih terdapat kekurangan dan penulis percaya ia boleh terus diperbaiki pada masa akan datang.

Dalam tahun ini juga kita dapat menyaksikan banyak kes jenayah homicide menggunakan senjata api yang melibatkan beberapa orang awam dan individu berprofil tinggi yang telah dilaporkan di dalam akhbar dan berita. Jika dahulu kes jenayah yang dilaporkan banyak berlaku pada waktu malam di kawasan kurang orang awam, tetapi trend terkini menunjukkan kes jenayah di negara banyak berlaku di tempat terbuka dan sesetengahnya pada waktu siang. Keganasan anggota 'geng' dan gejala mafia ini adalah tidak dapat dinafikan sangat membimbangkan rakyat dan juga pelancong dari luar secara tidak langsung.

Pada penghujung bulan Ogos, seluruh negara dikejutkan dengan insiden ngeri yang melibatkan sebuah bas ekspress yang terjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan ke Genting Highland. Seramai 37 mangsa terbunuh dalam kemalangan tersebut yang telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang turut bersimpati terhadap ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas. Kemudian pada bulan November baru-baru ini, berita telah melaporkan beberapa negeri di pantai timur dan selatan tanah air yang dilanda banjir teruk setelah hujan turun tanpa henti selama beberapa hari. Anggaran kos kerugian akibat banjir ini dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit dan kesemua mangsa yang terkesan daripada bencana alam sememangnya memerlukan apa sahaja bentuk pertolongan bagi meneruskan kehidupuan seperti sedia kala. Bantulah mereka dengan apa yang kita mampu.

Dan sebagai penutup tahun 2013 kita telah sedia maklum tentang kenaikkan pelbagai harga barang antaranya minyak petrol, gula, harga rumah, cukai pintu, tambang LRT dan diikuti kemudian dengan pengumuman tentang kenaikkan tariff elektrik, tol dan pelaksanaan GST oleh pihak kerajaan. Walaupun pihak kerajaan cuba memberi penjelasan rasional tentang kenaikkan harga barangan, tetapi hal ini telah diburukkan dengan beberapa komen daripada menteri yang pada hemat penulis tidak langsung melambangkan taraf pemikiran seorang menteri yang sepatutnya berasa prihatin dengan nasib rakyat. 

Secara keseluruhannya setiap peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun ini mungkin ada hikmahnya. Mungkin ia merupakan satu 'wake up call' untuk kita rakyat Malaysia yang selama ini terlena dibuai dengan kata-kata dan idea yang membuatkan kita berasa terlampau selesa dengan apa yang kita ada. Ya kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang sedia ada, tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu berada di takuk lama dan tidak bergerak kehadapan. Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha menjadi lebih baik, lebih hebat, lebih bagus dan cemerlang pada tahun hadapan. Semoga Allah memberkati kita semua.

A.Khairul


Friday, December 13, 2013

Beware: Supermarket Scam

Anda baru sahaja keluar dari kaunter pembayaran di pasaraya dan kemudian anda didekati oleh ‘salesman’ yang menawarkan tiket gores dan menang. Anda pun menggores tiket yang diberi dan wow! anda memenangi baucar ringgit sekian-sekian dan ia boleh digunakan untuk membeli barang yang ditawarkan. Kemudian untuk menjadikan ia lebih dramatik, si ‘salesman’ ini pun membuat ‘panggilan’ kepada orang lebih atasan untuk memaklumkan sudah ada pemenang hadiah utama kononnya untuk membuktikan pada orang atasannya bahawa anda dan dia tidak kenal antara satu sama lain sebelum itu. Hakikatnya bukan orang atasan yang ingin diyakinkan, kemungkinan panggilan telefon itu pun hanya lakonan semata-mata. Mereka ingin meyakinkan anda dengan membuatkan anda merasa “bertuahnya aku hari ni!!!”

Kemudian ‘salesman’ yang berkenaan pun membuka catalog barang-barang di hadapan anda dan meminta anda membuat pilihan barang yang anda berminat untuk membeli. Harga barang-barang yang ditawarkan kadangkala antara RM500 hingga RM 2000, dan kebiasaannya barang-barang yang ditawarkan tidak ada di situ. Beserta dengan ‘baucar’ yang anda baru menangi anda perlu meletakkan duit muka terlebih dahulu dan si ‘salesman’ akan memberitahu bahawa dalam masa seminggu penghantaran akan dibuat atau orangnya akan datang ke rumah anda untuk membuat pemasangan. Setelah anda membuat pembayaran duit muka sebanyak 50% daripada harga barang yang dibeli anda pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira kerana dapat membeli-belah bersama keluarga di tambah lagi dengan memenangi ‘baucar’ secara percuma. Mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila selepas tempoh yang dijanjikan, tiada khabar berita yang diterima daripada si ‘salesman’ dan apabila pergi kembali ke pasaraya itu booth yang dicari sudah tiada lagi.

Monday, September 2, 2013

Tanda Putera: Perlukah dipolitikkan?


Pada 31 Ogos baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk menonton sebuah filem tempatan yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini iaitu Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba. Sebenarnya, penulis tertarik untuk pergi ke panggung menonton filem ini setelah terbaca beberapa artikel dan rencana yang menyatakan filem ini tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia, dan penayangannya sudah beberapa kali ditangguhkan akibat daripada isu kontroversi tersebut. Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, suka untuk penulis ingatkan segala yang diperkatan di sini adalah pandangan peribadi penulis sendiri dan mungkin akan ada sedikit kebocoran tentang plot filem tersebut.

Sunday, July 7, 2013

"Buying" Time

They say money can buy only physical things but it cannot buy things that we cannot see. Things like loyalty, trust, happiness, freedom, and love. What about time, can we buy time? I’m not talking about buying time to prolong our lives like the one in the movie In Time. What I mean by buying time here is we don’t have to wait for a long time doing certain things, so that we can have more time attending to other important things, or so we think that they are important.

Not convinced yet? I can give few examples. There is new movie showing in the cinema and you plan to watch it with your best friends. Your friends ask you to buy the tickets first. If you are to go there and queue to get the tickets it will takes you 15-20 minutes top, but if you buy the ticket online you can save the waiting time and it only costs you RM1 extra.

You work in Johor and have a meeting with potential clients in KL. You can drive for 4hours from JB to KL and hope that the traffic is not congested, or you can take a 45minutes flight from Senai to Subang and have more time to prepare yourself before meeting the clients. Of course the flight will cost you more money but it saves more of your time.

I’ll give another proof. Traditionally the wife will do most of the things like cooking, laundry, cleaning and also prepare the kids for school. In the beginning they still can manage with time, but as time passes by they will start complaining to the husband, “I can’t do everything at once la dear, can you find a maid to help me at home?” I’m not saying that this wife is lazy, she has a point there. Have to wake up in the middle of night because the baby is crying, not enough sleep, then have to prepare breakfast before you go to work, again the baby cry have to change the diaper, elder son still sleeping and he is already late for school so mother has to run upstairs and wake him up. It’s crazy!!! If you can pay RM8000 (recent) for a housemaid, then your wife can ask the maid to help with the laundry and cleaning so she will have more time to look after the kids and you.

If that’s the case, then those people with big fat wallets are at advantage don’t you think? One thing we have to keep in mind is The Almighty God is just. Everything comes with a price. You can have all the time you want, but if you don’t know how to manage it there is no different. You spend more time with your family, but do you think you have a quality time with them or everybody just doing their own work? That’s us, we tend to neglect things when we have them and only regret things once they are gone.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Quran: 103:1-3)”

A.Khairul



Thursday, January 31, 2013

International Annual Medical Quiz!!! #Neurobytes2013


Currently I am one of the Quiz Club Core Committee (QC3) for the upcoming International Annual Medical Quiz "Neurobytes" 2013. “Neurobytes” 2013 will be held on 28th & 29th May 2013!!! Registrations will begin From Feb 1st!!! Teams of 3 members!!! For more info please visit www.facebook.com/Neurobytes.

Brief Timeline of "NEUROBYTES":

2010: Neurobytes (ver 1.7) was initiated as a tool of peer learning in Melaka Manipal Medical College. It was targeted to improve the interaction between 3rd years and the Final years. It witnessed awesome success in achieving its goal.

2011: Neurobytes (ver 2.7) was taken up to the National level where 5 medical schools from all over Malaysia came to participate. Participation was restricted in number due to clashing of exam dates. Nevertheless, the contest was exciting and true spirit of competition was noted.

2012: Neurobytes (ver 3.5) had upgrades. More participation was seen as the dates were checked and rechecked to eradicate clashing of exams. The spirit of competition and professional brotherhood soar this time.

2013: Neurobytes (ver 4.5) is taking it to the next level... International level. Hope to see colleges beyond the boundaries of this country.

Khairul

Wednesday, September 19, 2012

Oh yes, I am very worried!!!


At this moment, all over the world people are talking about Sam Bacille and his film “Innocence of Muslims”. As a Muslim I am too, feel offended after hearing about it. All of us Muslims love our Prophet Muhammad (SAW), but never in my imagination that I think Prophet Muhammad will agree with the violence that some of us used to ‘teach’ those who are not-yet-Muslim. In my personal opinion, this is not right. We are angry with one person, but we are being outraged and hurting others. From what I see, what we did was approving to what they had said about Islam, that it is a religion that promoting terrorism. I remember one scene from the movie “Kingdom of Heaven” where the city was being surrounded by Salahuddin and his men, but they didn’t attack the city blindly. Salahuddin and the King of Jerusalem met each other face-to-face, and negotiated the term for what they think is best for both sides. ISLAM adalah ugama yang bertamadun, amuk yang melampau-lampau bukan ajaran ISLAM.

Let’s talk about Malaysia now shall we? I want to share with you guys what I feel now about this country. Few months back in the news, the media reported that Malaysia was one of the safest countries in the world. When I read the report and compared it with the crime cases reported in the newspaper, “one of the safest countries” really? Sorry, but I’m not convinced.

Saturday, July 28, 2012

Kempen Sambutan Kemerdekaan atau dot dot dot

A few days back, I noticed a trending topic in Malaysia, 55th Merdeka logo. Everybody was talking about the logo and I was like "what's up with the new logo?" because I haven't seen it yet at that time. I was curious. Later that evening when I reached home, I googled . Let's not be biased, so I'm going to show you the 55th Merdeka logo and lagu tema first, and later you can read my response.



Monday, May 28, 2012

Kanser dan Ketumbuhan (Bhg. 2)

Mengenal pasti tanda awal kanser sangat penting kerana ia dapat membantu pemilihan rawatan yang sesuai sekaligus mengurangkan risiko sel kanser merebak ke bahagian lain tubuh badan. Terdapat beberapa simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser. Suka untuk saya maklumkan di sini bahawa simptom-simptom yang dinyatakan bukan khusus untuk penyakit kanser semata-mata. Untuk sebarang kepastian anda dinasihatkan berjumpa dengan doctor.

Simptom
 
Darah, pendarahan semasa membuang air, batuk berdarah, muntah berdarah atau pendarahan secara tiba-tiba daripada mana-mana bahagian badan. Ketumbuhan, kebanyakkan orang kadangkala menyedari atau dapat merasakan sesuatu yang keras muncul dengan tiba-tiba pada mana-mana bahagian badan seperti leher, perut, lengan, kaki, dan payudara. Kenal pasti jika ada sebarang perubahan secara tiba-tiba pada tanda lahir seperti saiznya semakin membesar, berlaku pendarahan atau pun kemunculan  banyak tahi lalat baru sekitar tahi lalat yang sedia ada. Luka atau ulcer, terutamanya luka atau ulcer yang tidak sembuh-sembuh setelah sekian lama. Sebarang bengkak sama ada yang menyebabkan rasa sakit atau tidak untuk satu jangka masa panjang perlu juga dicurigai. Simptom-simptom awal lain yang boleh dikaitkan dengan kanser adalah:

Sunday, May 20, 2012

Kanser dan Ketumbuhan (Bhg. 1)

Cancer dan tumor?

Pada asasnya cancer dan tumor adalah perkara yang sama, dalam Bahasa Melayu ia disebut sebagai kanser atau ketumbuhan. Pada saya penjelasan ini sangat perlu kerana masih terdapat mereka yang keliru dengan maksud perkataan tersebut. Apabila berbicara tentang ketumbuhan, ramai orang menganggap ia adalah sekadar penyakit biasa, bukan kanser.

Apa itu kanser?

Badan manusia terdiri daripada beberapa sistem (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem pembiakan, sistem perkumuhan). Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Setiap organ terdiri daripada beberapa tisu badan, dan setiap tisu badan terdiri daripada beberapa sel. Kebiasaannya  pertumbuhan sel badan adalah terkawal, tetapi apabila ia sudah hilang kawalan dan tumbuh “sesuka hati” maka itu yang dipanggil sebagai kanser. Contohnya penyakit leukemia yang merupakan salah satu kanser sel darah putih yang disebabkan oleh bilangan sel darah putih yang melebihi  normal.