Mengenal pasti tanda awal kanser sangat penting
kerana ia dapat membantu pemilihan rawatan yang sesuai sekaligus mengurangkan
risiko sel kanser merebak ke bahagian lain tubuh badan. Terdapat beberapa simptom
yang boleh dikaitkan dengan kanser. Suka
untuk saya maklumkan di sini bahawa simptom-simptom yang dinyatakan bukan
khusus untuk penyakit kanser semata-mata. Untuk sebarang kepastian anda
dinasihatkan berjumpa dengan doctor.
Simptom
Darah, pendarahan semasa membuang air, batuk berdarah, muntah berdarah atau pendarahan secara tiba-tiba daripada mana-mana bahagian badan. Ketumbuhan, kebanyakkan orang kadangkala menyedari atau dapat merasakan sesuatu yang keras muncul dengan tiba-tiba pada mana-mana bahagian badan seperti leher, perut, lengan, kaki, dan payudara. Kenal pasti jika ada sebarang perubahan secara tiba-tiba pada tanda lahir seperti saiznya semakin membesar, berlaku pendarahan atau pun kemunculan banyak tahi lalat baru sekitar tahi lalat yang sedia ada. Luka atau ulcer, terutamanya luka atau ulcer yang tidak sembuh-sembuh setelah sekian lama. Sebarang bengkak sama ada yang menyebabkan rasa sakit atau tidak untuk satu jangka masa panjang perlu juga dicurigai. Simptom-simptom awal lain yang boleh dikaitkan dengan kanser adalah:

Hilang
selera makan
Penurunan
berat badan yang mendadak.
Mudah merasa
penat
Kerap kali
mengalami patah tulang
Kesukaran
untuk membuang air
Kesukaran
untuk menelan makanan
Selain daripada mengenal pasti simptom-simptom
di atas, terdapat juga pemeriksaan yang boleh dilakukan di hospital untuk
mengenal pasti jika sesorang itu terdapat kanser. American
Cancer Society (ACS) telah mengeluarkan garis panduan untuk
pengesanan awal 5 penyakit kanser yang kerap dilihat, di mana peluang untuk doctor
dan individu itu berjaya melawan kanser akan meningkat jika ia berjaya dikesan
pada peringkat awal. 5 penyakit kanser yang dimaksudkan adalah kanser payudara, kanser usus, kanser
prostate (lelaki), kanser rahim dan pangkal rahim. Secara umum, adalah digalakkan
untuk membuat pemeriksaan kanser setiap 3 tahun bagi mereka yang berusia 20
hingga 40 tahun dan setiap tahun bagi mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.
2 life-saving
statements:
One, there are warning
signals which must be heeded.
Two, there are
symptoms which must be recognized and medical help sought without delay.
Khairul
1 comment:
terjumpa info ni, pasal kanser prostat… sharing is caring :) - Kanser Prostat : Lelaki Jangan Malu
Post a Comment