Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, March 18, 2026

HIKMAH DAN IBRAH DALAM KESUSAHAN

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ingin saya berkongsi kejadian yang berlaku baru-baru ini. Ia tentang hikmah dan ibrah yang telah disusun oleh Allah SWT. Untuk makluman para pembaca, saya merupakan salah seorang doktor perubatan yang kini bekerja di sektor swasta. Umum sedia maklum waktu bekerja di hospital ini kadang-kala susah nak dijangka. Antara perkara yang paling saya khuatir dan takutkan adalah jika ada apa-apa kecemasan keluarga yang berlaku ketika waktu saya sedang bertugas.

Kisah yang pertama berlaku beberapa minggu lepas. Sehari sebelum kejadian, rakan sekerja saya ada bertanya jika saya ingin membuat locum pada keesokkan harinya. Kebiasaannya jika jadual saya kosong dan tiada apa-apa perangcangan saya akan terus terima mana-mana tawaran locum, tetapi pada hari itu hati saya tergerak untuk bertanya dengan isteri, “sayang, esok petang ada orang tanya nak buat locum ke tak, kita ada apa-apa plan ke esok? cuba tanya budak-budak.” Memandangkan saya sudah beberapa hari tidak berbuka bersama keluarga, isteri cadangkan untuk berbuka dirumah pada keesokkan hari. Jadi tawaran locum itu saya tolak.

Keesokkan harinya, saya berkerja shift pagi seperti biasa, selesai habis shift saya pergi menjemput isteri di pejabat dan kemudian anak-anak kami balik dari sekolah petang. Dalam perjalanan memandu ke rumah di lebuhraya, tiba-tiba TPM (Tire Pressure Monitoring) kereta berbunyi. Saya terus berhentikan kereta di tepi jalan untuk memeriksa keadaan tayar. Tanggapan saya waktu itu mugkin cuma terkena paku, jarak dari rumah tinggal 5 minit sahaja lagi. Saya membuat keputusan untuk teruskan perjalanan pulang ke rumah dahulu supaya boleh menukar tayar di rumah.

Tidak sampai beberapa minit tekanan tayar turun dengan mendadak, disebabkan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat dan kenderaan banyak saya teruskan juga memandu dengan tersangat perlahan. Perjalanan yang sepatutnya 5 minit menjadi 20 minit. Alhamdulillah kami selamat sampai dan berbuka di rumah. Keadaan tayar memang teruk dan ia bukan disebabkan oleh terkena paku tetapi memang tayar itu pecah, subhanAlllah. Pada waktu berbuka ketika berborak-borak dengan isteri, sempat dia berkata, “nasib baik abang tak jadi ambil locum hari ini, kalau tak macam mana la sayang nak handle dengan pregnant ni, budak-budak dalam kereta lagi.”  Saya hanya berseloroh, “mestilah abang akan datang juga,” tetapi di dalam hati saya ketika itu saya bersyukur pada ALLAH kerana tiada kejadian serius yang berlaku.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa menggerakkan hati manusia dan dialah sebaik-baik perancang. DIAlah yang menggerakkan hati saya untuk bertanya isteri dahulu sebelum membuat keputusan tentang locum, DIAlah yang merancang saya ada bersama keluarga ketika kejadian tayar pecah itu berlaku. InsyaAllah saya akan sambung untuk kisah kedua berserta doa yang boleh kita amalkan supaya kita lebih tenang dalam menerima takdir dan ketentuan Allah.

 

A.Khairul

Monday, July 21, 2025

TOPIK DI RADIO: SAMPAI BILA IBU BAPA PERLU MENANGGUNG ANAK-ANAK?

                             Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada miggu lepas saya terdengar topik perbincangan ini di radio Zayyan. Ia bermula daripada perkongsian seorang hamba Allah ini di media sosial tentang ibu bapanya yang mampu untuk menunaikan haji secara pakej yang menelan belanja sehingga RM 120K tetapi tidak mahu membantu menanggung kos pengajiannya di universiti. Saya sempat juga mendengar beberapa respon daripada pemanggil Zayyan dan ada juga komen dan pandangan yang sempat dikongsikan oleh Fynn Jamal.

Secara peribadi saya tiada pengalaman seperti itu, tetapi saya ada beberapa kenalan dan percaya ramai di luar sana mengalami pengalaman yang sama. Perkongsian hamba Allah di media sosial itu mungkin atas dasar beliau melihat ibu bapanya sebagai mampu untuk membantunya dalam menanggung kos pengajian tetapi mereka tidak berbuat demikian sehingga menyebabkan beliau terpaksa membuat pinjaman atau tidak dapat menyambung pengajian.

Pemahaman kita selama ini, ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak dari segi pakaian, makan, tempat tinggal, pendidikan sehingga mereka boleh berdikari atau bekerja sendiri. Saya lebih cenderung kepada apa yang ditekankan dalam Islam iaitu, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Pada pendapat saya tiada siapa berada di pihak yang salah sama ada ibu bapa atau hamba Allah tersebut. Satu benda yang kita perlu jelas adalah perkara yang paling bernilai disisi ALLAH S.W.T adalah ketakwaan. Sebagai contoh, seorang anak itu ingin meminjam daripada ibu bapanya wang untuk menyambung pengajian, atas dasar ehsan dan takwa Si Ayah memberi tanpa pinjaman kepada anaknya, maka Si Ayah sudah mendapat pahala sunat bersedekah.

Perbetulkan saya jika ada yang saya terlepas pandang, tetapi islam tidak mengajar kita meminta-minta harta daripada sesama makhluk.

“ Dan bahawa tidak ada (balasan) bagi seorang manusia kecuali apa yang dia usahakan” - Surah Al-Najm 53:29-

Mintalah daripada ALLAH yang Maha Kaya, Maha Mendengar, Maha Pemurah, dan Maha Penyayang. Tujuan Islam menyarankan kita jangan meminta-minta tanpa berusaha adalah untuk mendidik jiwa setiap Muslim itu untuk rajin bekerja dan mengharap pergantungan daripada Allah semata-mata. Dalam hal ini ibu bapa tidak salah kerana duit yang mereka ada itu adalah atas hasil usaha mereka sendiri yang disimpan untuk hari tua mereka, tetapi saya tertarik dengan satu komen daripada Fynn Jamal “anak-anak yang berkira membesar dalam rumah tangga yang berkira”.

Dalam pada masa yang sama, Islam menyarankan kita perbanyakkan bersedekah, dan sesungguhnya sedekah kepada ahli keluarga itu lebih utama.

“(Ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi, perut, dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, “inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu”

- Surah Al-Taubah 9:35- 

Peringatan ini untuk diri saya sendiri dan juga rakan-rakan pembaca. Percayalah kita semua akan dipersoalkan dengan segala harta yang kita ada di dunia ini. Jika kita berkemampuan menabunglah untuk anak-anak bermula daripada mereka kecil lagi, janganlah menabung untuk hari tua kita samata-mata. Bayangkan wajah anak-anak kita waktu mereka baru nak memulakan kehidupan 10-20 tahun akan datang, dan kita cakap pada mereka “anak-anak ini duit yang abah dah simpankan untuk kamu semua, gunakanlah untuk memulakan hidup kamu. Ini sedekah jariah abah untuk kamu semua”. Sudah pasti mereka akan terharu dan berasa sangat bersyukur, malah kita secara tidak langsung menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk anak-anak kita contohi.

Sebagai anak jika anda terasa hati dengan ibu bapa, nasihat saya kita cubalah untuk belajar menerima seadanya pemberian ibu bapa walaupun kita rasa mereka mampu. Kadang-kala mungkin terasa berat tetapi dengan melepaskan perasaan itu, insyaAllah hati kita akan lebih tenang. Sebagaimana anak-anak merupakan ujian untuk ibu bapa, ibu bapa juga adalah ujian untuk anak-anak. Buat semua ibu bapa muda diluar sana sama-sama kita tanamkan azam untuk buat yang terbaik bagi anak-anak kita kerana sesungguhnya sangat beruntung orang yang mana hari ini lebih baik daripada semalam. Jika dulu kita hidup susah, kita pastikan generasi anak cucu kita tak melalui kesusahan yang sama.

A.KHAIRUL

Thursday, February 1, 2024

Mulakan Akaun Saving / Pelaburan Anak-Anak Sekarang

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Hari ini saya ingin berkongsi satu tips atau saranan yang pada saya perlu diambil perhatian oleh setiap ibu bapa di luar sana. Mungkin akan ada sesetengah individu yang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai topik ini, tetapi as adult mari kita raikan perbezaan pendapat secara matang. Cerita dia bermula apabila si isteri membuka cerita tentang beruntungnya orang yang ibu bapa berharta dan tak berkira untuk beri pada anak-anak. Dalam pada itu dia juga ada kawan yang ibu bapanya memang berada, tetapi si anak tidak mahu bergantung harap pada duit ibu bapa.

Sebab saya dah jadi BAPAK, jadi saya lebih fokus pada 2 sudut pandangan yang berbeza sebagai ibu bapa.

1) Adakah kita masih akan bantu anak-anak dari segi kewangan apabila mereka sudah besar dan bekerja? ATAU

2) Anak-anak perlu belajar kumpul harta sendiri daripada kosong?

Friday, April 7, 2023

Kahwin awal atau kumpul aset dahulu?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya percaya persoalan di atas pasti akan timbul untuk mana- mana anak muda yang masih, tengah atau pun baru habis belajar. Secara jujurnya tidak ada jawapan yang betul dan salah. Nak kahwin awal pun tiada masalah nak kahwin lambat pun tiada masalah. Nak bekerja supaya ada rumah dan kereta, tolong mak ayah dulu baru berkahwin pun boleh, nak berkahwin dan bina kekayaan bersama-sama pun boleh. Kerana tidak kira apa keputusan yang kita buat faktor utama kebahagiaan kita adalah diri kita sendiri. 

Sebab apa saya kata diri kita sendiri adalah faktor utama kebahagiaan kita, kerana latar belakang kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Berhenti bandingkan “kebahagiaan” orang lain yang dikongsikan di platform social media dengan diri kita sendiri. Berhenti berasa ketinggalan ataufear of missing out (FOMO). Kita perlu ukur baju di badan sendiri. Setiap daripada kita ada matlamat, prinsip dan priority hidup yang berbeza-beza. Malah antara adik-beradik pun mempunyai prinsip hidup yang berbeza oleh itu, rancang kehidupan kita berdasarkan prioriti dan matlamat dalam kehidupan kita. 

Saya mula mendirikan rumah tangga sebaik sahaja tamat program ijazah perubatan pada usia 27 tahun. Pada waktu itu saya masih belum bekerja, belum punya motosikal, kereta atau pun rumah. Duit untuk berkahwin pun saya kumpul daripada kerja2 graphic design dan simpanan yang saya buat sewaktu zaman belajar plus dibantu sedikit oleh kakak. Mesti akan ada yang berkata, kenapa menggatal nak kahwin awal kalau belum mula kerja? Hal ini kerana PRIORITI saya pada waktu itu adalah untuk memulakan keluarga sebelum umur 30 tahun. Dah jodoh ada di depan mata, duit hantaran pun dah mencukupi, jadi apa lagi yang nak ditunggu? Saya tidak risau tentang pendapatan kerana pada waktu itu lepasan perubatan kebiasaannya akan memulakan perkhidmatan selepas 3-4 bulan tamat pengajian di university. Saya bernikah pada penghujung Julai dan mula bekerja pada bulan Ogos tahun yang sama.   

Saya percaya ada individu yang PRINSIPNYA perlu ada rumah dan kenderaan dulu, baru rasa betul-betul stabil dan ready untuk berkeluarga. Tahniah jika ada mampu untuk sediakan semua itu sebelum berkahwin kerana itu akan memudahkan bagi pasangan anda, tetapi bagi saya itu bukan jaminan kebahagiaan. Saya dan isteri, kami sudah pun berbincang tentang hal ini daripada sebelum berkahwin lagi dan kami bersetuju untuk bermula dengan tiada apa-apa. Saya sangat bersyukur kedua-dua belah keluarga menghormati pendirian kami. Kerana apa yang penting pada saya is the journey, susah senang kami akan harungi bersama, itu adalah prinsip rumah tangga kami. 

Kini usia perkahwinan kami hampir 8 tahun, sejujurnya memang langit tidak selalu cerah untuk 5 tahun yang pertama. Kami pernah tersilap perancangan, tersilap pelaburan sehingga perlu bantuan daripada keluarga, tetapi saya tidak pernah menyesal keputusan saya untuk berkahwin awal. Pada saya 5 tahun pertama itu banyak mengajar kami tentang makna perhubungan dan pengurusan keluarga, dan daripada situ kami baiki kekurangan dan cara kami mengurus rumah tangga. Cabaran dan kesulitan dalam alam rumah tangga itu bukanlah bermakna kegagalan, tetapi kegagalan itu berlaku apabila kita lari daripada cabaran dan kesulitan yang timbul. 

Saya percaya kebanyakan yang memilih untuk memiliki asset terlebih dahulu punya alasan mereka yang tersendiri. Mungkin itu yang terbaik untuk mereka supaya mereka lebih stabil dan bijak mengurus kewangan terutama bagi mereka yang duduk di Kawasan bandar. Sekali lagi saya ingatkan rancang kehidupan kita berdasarkan prioriti dan matlamat dalam kehidupan kita. Jika prioriti kita adalah untuk berkhidmat kepada  ibu bapa dahulu, teruskan dan jangan rasa tertekan melihat kawan- kawan yang berkahwin awal kerana PRIORITI anda dan mereka berbeza. Jika kita nekad untuk mengumpul asset sebelum berkahwin bagi menjamin masa depan keluarga dan anak-anak, teruskan kerana itu PRINSIP kehidupan anda. Antara perkara yang mematang dan mendewasakan kita adalah membuat keputusan besar dalam kehidupan, dan menghadapi apa jua dugaan yang datang atas keputusan yang dibuat. Tidak kira apa jua pilihan kita, sentiasa bertawakal kepada Allah kerana dialah sebaik-baik perancang. 

A.Khairul 


Friday, October 10, 2014

Ini Cherita Aku: Cherita Satu

Penulis mendapat peluang untuk menggunakan kereta kakak penulis selama seminggu di Melaka beberapa bulan lepas. Pada hari tu, penulis dalam perjalanan balik dari Hospital Melaka pada waktu tengah hari yang panas dan masih memakai white coat. Ketika menghampiri lampu isyarat berdekatan bangunan Majlis Agama Islam Melaka, penulis ternampak seorang pakcik ini sedang melambai-lambai tangan cuba untuk menahan kereta yang lalu-lalang, tetapi tidak ada satu kereta pun yang berhenti. Nak dijadikan cerita, hati penulis terdetik untuk memberhentikan kereta dan menyapa pakcik tersebut,

“Ya Pak Cik, kenapa ya?”

“Pak Cik nak tumpang mintak tolong hantar depan tu boleh tak? Kaki pakcik kebas, tak larat nak jalan jauh.”

Dalam keadaan cuaca yang panas terik dan kakinya yang sakit, tanpa berfikir panjang  penulis pun mempelawa Pak Cik tu menumpang kereta. Dalam perjalanan yang singkat kami sempat berbual. Rupa-rupanya Si Pak Cik baru lepas pergi ke Majlis Agama Islam Melaka untuk membuat permohonan bantuan zakat. Sebelah kakinya sudah dipotong akibat sakit Diabetes. Mungkin akan ada orang yang kata, “tak takut ke bagi orang tak kenal tumpang kereta, kan ada kes orang kena rompak pasal tu.”  Sejujurnya, penulis pun ada terfikir tentang itu, tetapi entah bagaimana pada hari itu memang terdetik hati ni untuk memberhentikan kereta dan menumpangkan pakcik itu. Sesungguhnya Allah-lah yang memegang hati-hati manusia. Suatu hari nanti, jika ada ahli keluarga penulis yang memerlukan pertolongan, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan mereka pula.


A.Khairul

Monday, April 14, 2014

My niece already 1 year old!!!


I can tell you I don't have money but what I do have are a very particular set of skills. Skills I have acquired over a very long career. Skills that made me what I am today. I will look after you and I will love you always, Hanee. Happy Birthday from your uncle.

Saturday, March 8, 2014

Pemergian Nenda Tersayang...


Tanggal 4 Mac 2014, saya yang berada di kolej telah mendapat berita yang menyedihkan melalui SMS daripada ahli keluarga yang memaklumkan tentang pemergian Atok Timah. Ketika itu masa ibarat terhenti seketika, dan hanya lafaz Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un yang dapat saya bisikkan dibibir. Terkilan rasa dihati tidak dapat mengiringi perjalanan terakhirnya, dan mengucup tangannya buat  kali terakhir. Tangan yang telah memandikan kami adik-beradik semasa bayi ketika emak masih dalam pantang. Tangan yang menyediakan makanan apabila anak-anak dan cucu-cucunya datang menziarah. Walaupun Angah hanya dapat menyentuh kaki Maktok sahaja semasa melawat buat kali terakhir di wad HSAJB pada Ahad lepas, tetapi Angah takkan lupa kucupan Maktok dipipi setiap kali Angah salam tangan Maktok.

Hasrat Angah supaya Maktok dapat tengok Angah habis belajar tidak kesampaian, tetapi Angah redha dengan ketentuan Allah. Angah akan merindui celoteh Maktok setiap kali anak-anak dan cucu datang melawat, Angah akan merindui lauk ikan pari yang Maktok masakkan , Angah akan rindu kuih bahulu dan tempeyek yang Maktok selalu buat dulu. Kami sekeluarga sangat menghargai segala pengorbanan dan jasa Maktok untuk anak-anak dan cucu-cicit, dan kami doakan agar Maktok tenang di sana. Semoga roh Maktok sentiasa dicucuri dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.

Al-Fatihah buat:

-Hjh. Fatimah Bte. Ibrahim-

A.Khairul

Tuesday, October 15, 2013

I don't have a child

She was sitting there alone, watching small kids running, laughing, playing happily at the playground. Then she was approached by a lady with a stroller. The lady smiled at her, “can I sit here?” She smiled back at her, 

“Oh yes, please.”

“Where’s your kid?”

“Oh no, I come here alone. I just like to watch them playing.”

Then they started to talk about themselves and get to know each other. She told the lady that she’d been married to her husband for 5 years now and they still don’t have a child. She said she’s always feeling jealous every time she saw couple walk around with kids. She felt lonely. Her sister is blessed with four kids and her brother has 5 kids.

“We have extra rooms in the house, cars, and enough money to raise children, but still we are not bless with children yet.”

Wednesday, September 11, 2013

You've changed me


I have a confession to make. I’m a hot tempered person. Oh yes I’m not joking about this. I’m a hot tempered person. I will raise my voice, shout and to a certain point I will throw stuff when things are getting on my nerves. I used to do all that when I’m angry at person or things, until that day….

I was alone at home with my five years old brother. Something happened that morning and I wasn't in a good mood, so I just stayed in my room and my brother was doing something. It was raining cats and dogs outside. Then the phone rang, it was my mom. She told me to make sure my brother took a shower before she reached home. He was watching cartoon on tv and I had no choice but to disturb him. He refused to go to the bathroom, stiffen his body and doesn't want to move a bit. I was a bit infuriated at that time with his attitude, so I pulled out the tv plug and took him to the shower.

After shower, I wanted to put on the clothes to him but still he stiffened his body and didn’t allow me to put on the shirt to him. Suddenly I exploded with anger, “KENAPA NI DANIAL!? KENAPA SUSAH SANGAT NAK PAKAI BAJU NI!? MANDI SUSAH, INI SUSAH~” I took a folding chair and hit it on the floor then I leave the room. After that there was a loud thunder sound and the main switchboard got tripped. I turned on the main switch and went to the room to check on my little brother, he was sitting in one corner of the room face down. I called my brother “Danial~” he looked at me with a sad face for a moment and then turned his face down again.

That is when I realized that I've turned into someone that I don’t want to be, someone who couldn't control his anger. I felt very guilty to my brother. He’s a down syndrome, he might not know anything or the reason why I became so angry, but I’m pretty sure from the way he looked at me that he was so scared of me. I don’t want to be like that. I walked to him, I sat next to him and I hugged my little brother, I hugged him tightly. “Sorry Danial~”

Since that day, bit by bit I try to learn to control myself when I’m angry. I don’t want to be a scary person, especially to my family. I’m supposed to look after him and protect my little brother. I’m all he has if my parents are not around anymore one day. Don’t worry Danial I will always look after you as long as I can till my last breath, you know why? Because you've changed me.


A.Khairul

Thursday, May 30, 2013

Love you always.

I’m sorry for writing this but I don’t think I can endure to keep this feeling with me any longer. I tried to write about you several times before this, but each and every time I decided to keep those thoughts with me because I don’t want to cause sadness to others too, especially Along. Whenever I miss you, I’ll go to your blog and read those wonderful and inspiring words of yours, and the tears will come. I miss you so much. I miss laughing to the jokes that you made, I miss listening to your insight about things, I miss when kita sama-sama kacau syira, I miss to go out and hangout with you at mamak watching football match. I always pray for you there to be under Allah’s blessing and mercy, and I pray to Allah that we will meet and be together again in Jannah. Love you always brother. Al-Fatihah.


A.Khairul

Thursday, April 18, 2013

Welcome to the family princess!!!




In the name of ALLAH, the Most Gracious, Most Merciful

Last Thursday morning 11 April 2013, 0800 hours I received a good news from mak, Along had delivered her baby at Hospital Penawar Pasir Gudang at exactly 0704 hours. Alhamdulillah, the baby girl weight 3.2kg and both mother and baby are doing great.

How do I feel? To be honest, I have a mixed feeling when I read the text message from my mom, after that abah sent me the picture of the baby. I’m happy because both my sister and the baby are fine, but at the same time when I think about how happy Bang Fee will be holding his daughter, smiling and proudly say “Angah, I’m a father now!!” I’ll feel like crying inside.

I choose not to be carried away with those sad feeling, focus more on the bright side. I’m an uncle now, Pak Ngah, Ayah Ngah, Uncle Ngah, Uncle Khairul, mana-mana pun boleh. *SMILE* I’m Hanee’s godfather now, so don’t play-play with me. Hehehe. 

Nur Hanee Binti Hanafee, dia adalah amanah yang Bang Fee tinggalkan kepada kami, yang akan sentiasa membuatkan kami rindu dan mengingati  Bang Fee. We will look after her, show her love and take a good care of your daughter Hanee, mudah-mudahan menjadi anak yang solehah InsyaAllah.

A.Khairul

Wednesday, November 21, 2012

We will definitely miss you




ABANG…
Dari kecil lagi saya teringin nak rasa ada seorang big brother, sebab tu bila along kenalkan Bang Fee kepada kami sekeluarga, saya teruja sangat. Memang BIG brother betul-betul, hehehe. Akhirnya ada juga abang yang boleh ajak lepak keluar kedai mamak malam-malam.

DENGAN KAMI…
Bang Fee memang peramah orangnya. Baik, bertimbang-rasa, penyabar, caring, senang cerita Bang Fee memang ada ciri-ciri seorang abang yang sejati. Tak pernah sekali pun saya dengar Bang Fee tinggikan suara, even masa tengah drive. A very down to earth type of person, Bang Fee memang boleh mesra dengan semua orang. Bila kitorang adik-beradik kumpul bersama, kami memang suka sakat-menyakat satu sama lain gurau-gurau orang kata, tapi of course la Bang Fee yang selalu menang. Ada je benda yang dia nak “bahan” kitorg. Bang Fee selalu kata kitorg ni kelakar, padahal dia lagi kelakar sebenarnya *senyum*. Saya dan adik saya, Syira tak kisah pun kalau gurau-gurau dengan Bang Fee sebab kami memang suka gelak-gelak. Lagi pun, dengan kakak saya Bang Fee memang layan dia dengan baik sangat-sangat. Dia memang sangat-sangat romantic daripada apa yang saya lihat dan dengar. 

Monday, July 16, 2012

Kehadiran Ahmad Danial


Kelmarin adik perempuan hantar pesanan, "angah, online oovoo, mak rindu." Tersentuh hati bila saya membaca mesej yang dihantar, walaupun baru seminggu lebih tidak menelefon rumah. Sekarang ni di rumah adik-beradik semua ada kecuali saya, ditambah lagi ipar pun ada sama, meriah sungguh rumah.

Begitulah situasinya apabila anak-anak sudah membesar. Memang jarang-jarang dapat kumpul bersama semenjak kami adik-beradik masuk ke sekolah berasrama. Kalau ada seorang yang balik bercuti, yang lain kadang-kadang ada program lain di tempat belajr. Kemudian apabila semua sekali dah balik ke tempat belajar tinggal lah mak, abah, along, dan Danial. Hari-hari biasa apabila abah dan along kerja, mak dan Danial berdua je la ada di rumah.

Monday, November 14, 2011

Fizikal Romeo, Jiwa Nobita

Align Center
"Rough, Tough SDARians. Physically and Mentally"

Aku masa kecik-kecik dulu ada konflik dalaman. Sebab aku perasan cara parents aku besarkan aku dengan adik-beradik yang lain sangat berbeza kot. Diorang bila buat salah lebih, parents aku just tegur guna bahasa je, sekali-sekala la ada guna tangan. Aku bila buat salah masa kecik-kecik dulu memang kena yang fizikal dulu, lepas tu baru mak ayah aku lecture. Sampai satu masa tu, aku nangis kot sorang-sorang dalam toilet bila fikirkan “aku ni anak angkat ke?” Punyalah beremosi time tu hehehe…. Mak aku memang lebih tegas dalam membesarkan kitorang adik-beradik. Kalau aku buat salah, memang mak tak kisah depan budak ngaji ke, family ke confirm aku kena. Kawan-kawan sekolah aku yang mengaji dengan mak aku memang faham la. Kat sekolah bukan main berkaliber, dekat rumah kena pukul dengan mak depan kawan-kawan hahaha…. Tapi pukul bersebab la, memang salah aku terang-terang pun. MALAS, BUAT BISING, TAK DENGAR KATA. Aku pun kena faham juga, anak perempuan cara mak ayah aku besarkan diorang memang la lain, aku lelaki so cara dia pun lain la. Kalau sama nanti dah besar jadi lain la kan, apa pun tak boleh.

“sometimes, lessons learnt in life aren't always flowers and sunshine. Hardship builds character. Just take it like a man and strive on.” –SDARian-

Tapi bila dah masuk SDAR, baru aku sedar cara didikan mak aku tu lah yang membuatkan aku tak lembik dan cengeng, jiwa kental der!!! Aku masa first and second year kat SDAR tak berapa nak bahagia, so dua tahun tu memang banyak makan hati je la. Nasib baik ada seorang dua kawan aku yang setia bersama (cewah), dan Alhamdulillah sampai sekarang aku bangga panggil diorang best friends aku. Kutuk-kutuk memang biasa la, ayat nak pedas je kan. Nak sound cakap direct je, siapa yang kena tu berdesing telinga dengar. Biasa la "adik-beradik" lelaki tegur memang kasar sikit. Sebab tu kalau setakat kena ketuk-ketampi dengan senior or kene rotan dengan warden, no problemo. Sakit memang la sakit tapi tak ada la sampai nak menyumpah seranah or telefon rumah kata “mak tadi abang kena rotan~”. Tak ada pun nak report or panggil lawyer semua macam sesetengah kes tu. Sekarang anak dengan parents sama naik. Fizikal Romeo, jiwa nobita. Ceh!!

Sebab tu kelmarin bila aku tengok satu video seorang budak kat US ni kena pukul dengan parents dia, aku tak adalah nak membantah sekeras-kerasnya atau setuju dengan sepenuhnya. Setiap parents ada cara tersendiri nak didik anak dia, asalkan tak membahayakan nyawa. Trust me, I’ve been through worse than that, dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada mak ayah aku untuk apa yang diorang buat. Tengoklah ‘PRODUK’ dia sekarang. *sengih*. Tak ada ibu bapa atau cikgu yang 100% perfect dalam membesarkan anak-anak sebab mendidik anak bukannya macam pergi kelas belajar theory “how to raise children” lepas tu terus jadi anak yang soleh. Mendidik anak adalah satu perkara yang hanya boleh dipelajari serentak dengan proses membesarkan anak itu sendiri. Jadi sebagai anak, sebagaimana kita inginkan ibu bapa dan cikgu memberi kita peluang untuk menjadi anak yang baik, kita juga perlu beri mereka peluang untuk menjadi ibu bapa dan pendidik yang baik. Nanti esok kita dah ada anak sendiri, mana yang baik daripada parents kita ambil, kalau ada yang kurang kita baiki. Kalau macam tu InsyaAllah akan wujud institusi keluarga yang makin cemerlang dari generasi ke generasi.

Khairul

Monday, October 17, 2011

I Like *** Since I Was Little And Forever


When I was little I’m a big fan of egg. Breakfast, lunch, dinner you name it everything must have egg!!! To some extent even my family teased me because I like it too much “tula~ makan telur banyak sangat. Kepala pun besar macam telur dah.” I just can’t help it. The taste, the colour of the egg white, the oozing of the egg yolk plus it can goes along with almost anything anytime and not to forget very easy to prepare too. The first thing that I asked my mom to teach me in the kitchen is how to cook an egg. After that I watched and learnt from this dude who sells burger near a petrol station. The way he cooked the egg was beautiful. I like the smell of it so I asked him what else did he added to the egg. I went back home and asked my mom “mak, ada seasoning maggi dengan ajinomto tak?” The next morning I decided to prepare breakfast for my family, and everyone loves it *I think*

Everytime I go makan at mamak’s masa kecik-kecik with my family, mak and abah akan tanya;

“Angah nak makan apa?”

“Angah nak roti telur. Air teh ais.”

Roti Telur and Teh Ais is a must woo. When I went to SDAR, my friend Farhan Md Nor introduce mamak maggi goreng dengan telur mata to me. At first I thought it will taste like instant maggi but to my surprise, I’m lovin it!!! When my family and I go makan in a restaurant if we don’t buy dinner set I will have Nasi Pattaya or Nasi Goreng USA or Nasi Daging Merah with egg. Telur lagi!? *smile*

People do asked me “tak muak ke makan telur?” *laugh* I think egg is the only thing about food that I will not get bored, but don’t get me wrong. My palate is ‘open’ to other type of foods too. That’s why I like people who know something about food because I can pamper my palate with new savour. Person like my sister, because of her I know portugese egg tart and macaroon (sumpah sedap!!!), and also people who know where the best makan place in town, like my father and some of my friends. I hereby want to make a daring statement that will disappoint many other cooking ingredients. *peace*

“I LIKE EGG SINCE I WAS LITTLE AND FOREVER.”

Khairul