Monday, November 13, 2017

Rahsia keputusan cemerlang dalam SPM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Tidak dinafikan peperiksaan SPM adalah peperiksaan yang paling mendebarkan untuk setiap pelajar di Malaysia, namun ini tidak bermakna peperiksaan lain seperti UPSR dan PT3 tidak bermakna. Debaran yang dirasai bagi calon-calon SPM lebih mendalam kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bergantung pada keputusan yang akan diperoleh itu nanti.

Kembali pada tajuk utama, bagaimana untuk mendapat 10A dalam peperiksaan SPM. Saya tujukan tip-tip ini khas untuk ibu bapa dan adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar terutamanya peperiksaan SPM. Sila baca sampai habis dan hadamkan mesej yang ingin saya sampaikan.


BEBERAPA BULAN SEBELUM PEPERIKSAAN:
RAJIN ULANGKAJI PELAJARAN SIANG DAN MALAM
PERBANYAKAN LATIH TUBI SOALAN LEPAS
MENJELANG PEPERIKSAAN:
BANYAKKAN BERDOA
REHAT YANG MENCUKUPI
SELEPAS TAMAT PEPERIKSAAN:
ALAMAK!! SALAH BACA SOALAN!!??
TULIS SURAT PADA RUANGAN AKHBAR, MENYATAKAN ANDA/ANAK ANDA TERSALAH JAWAB SOALAN KERANA SOALAN PEPERIKSAAN AGAK MENGELIRUKAN *sengih* #gurausikitpuntakboleh.

Sukar untuk saya percaya cara pemikiran sesetengah ibu bapa di zaman serba canggih ini. Saya merujuk kepada surat yang ditulis kepada akhbar The Star yang bertajuk “Error in reading exam question”(https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/11/09/error-in-reading-exam-question/). Di dalam surat yang ditulis, individu berkenaan ada menyatakan kemungkinan ramai calon akan tersalah menjawab soalan yang berkaitan kerana soalan yang diberikan “agak” mengelirukan pelajar. Menyedari kebarangkalian untuk calon yang terpesong dari tajuk esei mendapat gred A adalah sangat rendah , individu tersebut menyarankan agar calon-calon SPM tidak dihukum kerana kesilapan kecil calon yang gagal memahami kehendak soalan.

Percayalah, saya pernah melalui situasi yang sama cuma saya melakukan kesilapan tersebut semasa peperiksaan percubaan UPSR di mana saya mendapat C untuk Bahasa Melayu 2. Alhamdulillah, saya belajar dari kesilapan dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. Di sini saya cuma ingin suarakan pandangan peribadi saya tentang beberapa isu daripada surat yang ditulis.

PERTAMA. Pada padangan saya, tidak ada kesilapan yang mengelirukan dalam pilihan soalan yang diberi. Soalan yang diberikan sangat terang, jelas, lagi bersuluh menyatakan to move to another part of Malaysia, dan bukannya another part of the world atau another country other than Malaysia. Di sini tiada isu pilihan soalan yang diberikan mengelirukan, yang keliru mungkin calon terbabit disebabkan tak cukup tidur??

KEDUA. Cukuplah kita melarang guru-guru memukul anak-anak kita di sekolah, kini kita ingin “mengajar”guru-guru cara menanda kertas peperiksaan anak-anak kita. Saya faham setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tetapi janganlah sampai memberi teladan yang buruk kepada anak-anak. Tindakan penjaga terbabit seolah-olah ingin melindungi kesilapan calon terbabit dan menyalahkan pihak lain atas kesalahan yang dilakukan. Apa salahnya dengan memberi nasihat kepada calon, “tak apa, mama ayah tahu abang/kakak dah buat yang terbaik. Kadang-kadang benda tak selalu jadi seperti yang dirancang. Itulah kehidupan yang sebenar.”  

KETIGA. Meminta supaya Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak menghukum calon-calon SPM yang tersalah faham soalan, dengan alasan boleh menghancurkan masa depan calon-calon SPM. Hal ini adalah kesilapan paling besar bagi kebanyakkan ibu bapa. Mereka menyangkakan, peperiksaan SPM adalah penentu segala-galanya untuk masa depan anak-anak mereka. Jika gagal dalam SPM seolah-olah masa depan anak-anak akan menjadi gelap. Pada pandangan saya, janganlah diletakkan beban pada anak-anak dengan beban yang tidak sepatutnya. SPM hanyalah sebagai salah satu batu loncatan, dan masih terdapat banyak batu-batu loncatan lain di luar sana yang dapat membantu membina masa depan anak-anak seperti matrikulasi, program asasi, institut kemahiran dan sebagainya. Yang penting adalah usaha, usaha dan usaha.

Akhir kata daripada bekas calon SPM 2006, teruskan perjuangan hingga titisan dakwat yang terakhir.  Bak kata pepatah It’s not how many times you fall that matters but how many times you get back up that counts”


DR A.KHAIRUL

No comments: