Saturday, May 16, 2020
PENDIDIK: Jasamu Dikenang Hingga Akhir Hayat.
Monday, March 4, 2013
Mini Reunion #SDARians #ZeroDeuxSix
Friday, January 13, 2012
ZeroDeuxSix: 10th Anniversary!!!
the seniors raise the SDARians,
the juniors raise the SDARians,
the teachers raise the SDARans,
even the makcik dining and makcik kantin raise the SDARians..
Semua warga SDAR bertanggungjawab membentuk jatidiri seorang SDARian. SDARian bagaimanakah yang mahu kita hasilkan?”
Thursday, December 22, 2011
Jom Lepak Membaca
Saya masa kecik dulu, paling tak faham kenapa la orang suka sangat tengok berita di TV pukul 8.00 malam. Sebab biasanya bila balik kampong, saya akan bawa game PS sebab nak main dengan sepupu semua. Tengah-tengah seronok main, tetiba datang Pak Cik saya “okay okay tutup jap, orang nak tengok berita.” Dengan perasaan kecewa dan ingin memberontak tapi takut (sekolah rendah lagi masa tu) kami pun buat kerja lain. Masa sekolah rendah memang anti-berita *sengih*. Ada orang pernah tanya, apa yang saya biasa buat pada waktu pagi bila berada di rumah. Kalau anda tanya soalan ni 5 tahun lepas, saya pasti akan jawab “main video games” tetapi sekarang jawapan akan saya bagi adalah “baca berita”. Sesetengah orang memang jarang dan ada juga yang tak suka baca berita. Alasan yang biasa saya dengar, “aku malas la nak pergi beli surat khabar”. Okay takpa, sekarang kan dah canggih semua orang boleh dapat akses Wifi, boleh baca daripada internet apa? ”aku malas la nak baca berita panjang-panjang.” Alasan pertama: Malas membaca.“biarlah apa jadi kat tempat lain, tempat kita selamat je.” Alasan kedua: Bukan bidang kita. Macam mana nak jadikan membaca ni habit ea?
Sejarah saya mula minat untuk membaca bermula daripada komik Anak-anak Sidek, Doraemon kemudian Mutiara Naga dan bermacam-macam komik lain apabila masuk SDAR. Masa di SDAR lah saya mula membaca New Straits Times (sebab setiap kelas dapat satu) dan Reader’s Digest (sebab set teacher selalu bawa masuk dalam kelas). Mula-mula membaca tu macam terpaksa sebab nanti mudah untuk buat karangan BM, essay English dan of course essay EST, tetapi sampai suatu tahap dia akan jadi macam suatu habit tanpa kita sedar. Kita akan jadi nak tahu apa perkembangan baru dunia. Perkembangan yang saya maksudkan di sini bukan hanya perkembangan politik atau gossip artis sahaja tetapi tentang perkara lain seperti kemahiran baru yang boleh kita pelajari, info tentang kesihatan, penemuan baru dalam sains dan sebagainya. Siapa tahu dalam keadaan terdesak, maklumat daripada masa lepak membaca ni yang boleh bantu kita, kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan.
Secara peribadi saya membaca sekadar untuk mengisi masa sementara menunggu suatu perkara. Jika saya pergi menonton wayang seorang diri, kebiasaannya selepas membeli tiket wayang saya akan singgah ke kedai buku untuk mencari bahan bacaaan yang ringan, sebab pada saya itu lebih baik daripada kita “tawaf” satu shopping mall berulang kali dan tak beli apa-apa pun. Membazir tenaga, membazir masa. Sekurang-kurangnya kalau membaca dalam 30 minit tu adalah juga maklumat yang kita dapat. Kalau nak membeli buku semasa menunggu tu, cadangan saya belilah buku yang di luar bidang anda. Disamping meluaskan pengetahuan, membaca sesuatu yang diluar bidang kita kadangkala dapat memberi inspirasi dalam kehidupan seharian kita. Cubalah!!
“Buy a book you did not even know exist. Then sit down with a cup of hot chocolate to read them and be inspired” –Fredrik Haren-
Mungkin akan ada orang kata, “beli buku banyak-banyak tapi tak habis baca buat apa!?”. Ada orang yang suka beli buku banyak-banyak dan tempatkan semua buku itu dalam mini library di rumah. Sekurang-kurangnya bila mereka terasa ingin membaca, mereka senang untuk mendapatkannya. Ada pula orang yang lebih selesa membeli satu buku, membacanya sehingga habis dan kemudian barulah dia akan membeli buku baru. Terpulang kepada individu asalkan kita membaca. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah untuk menggalakkan diri kita supaya rajin membaca, jadikan membaca itu sebagai satu budaya kita. Jadilah manusia yang berilmu, bukan kerana ingin mendapat pengiktirafan orang lain, tetapi kerana itu tanggungjawab kita kepada Tuhan yang mencipta kita. Apa yang paling penting adalah untuk memanfaatkan apa yang kita baca dengan berkongsi dengan keluarga, kawan-kawan, dan anak-anak.
“Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang
yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal
ia masih mahu menambahkannya.” –Lukmanul Hakim-
Khairul
Monday, November 14, 2011
Fizikal Romeo, Jiwa Nobita

“sometimes, lessons learnt in life aren't always flowers and sunshine. Hardship builds character. Just take it like a man and strive on.” –SDARian-
Tapi bila dah masuk SDAR, baru aku sedar cara didikan mak aku tu lah yang membuatkan aku tak lembik dan cengeng, jiwa kental der!!! Aku masa first and second year kat SDAR tak berapa nak bahagia, so dua tahun tu memang banyak makan hati je la. Nasib baik ada seorang dua kawan aku yang setia bersama (cewah), dan Alhamdulillah sampai sekarang aku bangga panggil diorang best friends aku. Kutuk-kutuk memang biasa la, ayat nak pedas je kan. Nak sound cakap direct je, siapa yang kena tu berdesing telinga dengar. Biasa la "adik-beradik" lelaki tegur memang kasar sikit. Sebab tu kalau setakat kena ketuk-ketampi dengan senior or kene rotan dengan warden, no problemo. Sakit memang la sakit tapi tak ada la sampai nak menyumpah seranah or telefon rumah kata “mak tadi abang kena rotan~”. Tak ada pun nak report or panggil lawyer semua macam sesetengah kes tu. Sekarang anak dengan parents sama naik. Fizikal Romeo, jiwa nobita. Ceh!!
Sebab tu kelmarin bila aku tengok satu video seorang budak kat US ni kena pukul dengan parents dia, aku tak adalah nak membantah sekeras-kerasnya atau setuju dengan sepenuhnya. Setiap parents ada cara tersendiri nak didik anak dia, asalkan tak membahayakan nyawa. Trust me, I’ve been through worse than that, dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada mak ayah aku untuk apa yang diorang buat. Tengoklah ‘PRODUK’ dia sekarang. *sengih*. Tak ada ibu bapa atau cikgu yang 100% perfect dalam membesarkan anak-anak sebab mendidik anak bukannya macam pergi kelas belajar theory “how to raise children” lepas tu terus jadi anak yang soleh. Mendidik anak adalah satu perkara yang hanya boleh dipelajari serentak dengan proses membesarkan anak itu sendiri. Jadi sebagai anak, sebagaimana kita inginkan ibu bapa dan cikgu memberi kita peluang untuk menjadi anak yang baik, kita juga perlu beri mereka peluang untuk menjadi ibu bapa dan pendidik yang baik. Nanti esok kita dah ada anak sendiri, mana yang baik daripada parents kita ambil, kalau ada yang kurang kita baiki. Kalau macam tu InsyaAllah akan wujud institusi keluarga yang makin cemerlang dari generasi ke generasi.
Khairul
Monday, October 17, 2011
I Like *** Since I Was Little And Forever

Everytime I go makan at mamak’s masa kecik-kecik with my family, mak and abah akan tanya;
“Angah nak makan apa?”
“Angah nak roti telur. Air teh ais.”
Roti Telur and Teh Ais is a must woo. When I went to SDAR, my friend Farhan Md Nor introduce mamak maggi goreng dengan telur mata to me. At first I thought it will taste like instant maggi but to my surprise, I’m lovin it!!! When my family and I go makan in a restaurant if we don’t buy dinner set I will have Nasi Pattaya or Nasi Goreng USA or Nasi Daging Merah with egg. Telur lagi!? *smile*
People do asked me “tak muak ke makan telur?” *laugh* I think egg is the only thing about food that I will not get bored, but don’t get me wrong. My palate is ‘open’ to other type of foods too. That’s why I like people who know something about food because I can pamper my palate with new savour. Person like my sister, because of her I know portugese egg tart and macaroon (sumpah sedap!!!), and also people who know where the best makan place in town, like my father and some of my friends. I hereby want to make a daring statement that will disappoint many other cooking ingredients. *peace*
“I LIKE EGG SINCE I WAS LITTLE AND FOREVER.”
Khairul
Thursday, September 22, 2011
Zaman Muda-Muda: Obstinate me
When I was in Tadika Matahari, teachers had chosen me to be one of the MCs. Before the graduation day we practiced several times, sorry WE PRACTICES MANY MANY TIMES to make sure four of us memorized our line. To make a long story short, I couldn’t memorized my line and Cikgu Anita showed me the speech card tapi sebab ‘degil’ I julingkan mata because I don’t want to see the line. In the end my partner had to cover half of my line. *hehehe*
When I was in SKTR(1), at that time it was kelas pendidikan seni. Before Cikgu Mas left the class she had warned us “saya keluar kejap je, jangan main-main dengan mancis tu. Siapa main SIAP!!” Once she left the class I told my deskmate “jom kita bakar kertas ni nak?” First one, there’s no fire. The second there’s a fire but the moment I want to burn the paper, someone piat my ear. It was Cikgu Mas. “Nakal juga adik Sabrina ni, nak saya beritahu mak awak tak?” she threatened me. “tak nak, tak nak~” *hehehe* It’s funny though when I try to recollect my childhood time.
When I was in SDAR, I think I’m doing fine. I’m not that adventurous to break ‘kesalahan berat’ because I’ll be dead if my mom and dad know that, plus I don’t want them to travel from Johor to Seremban sebab anaknya nakal. The only thing that I consider as stubborn masa kat SDAR, study belakang dewan waktu prep and also tengok TV kat dewan masa prep (Selalu benor kantoi dengan Sensei). *hehehe* juniors please don’t try this in SDAR. v(^_^)
I’m not encouraging you guys to be stubborn, degil, kepala batu, pigheaded or whatever you want to call it. I just like to recall my childhood whenever I feel bored and tired. To think that I was ‘sedikit nakal’ dulu-dulu can make me smile especially after I yell at my naughty cousins, my juniors and Danial. Let them have fun la Khairul. Being stubborn is fine, but make it a “manageable stubborn”.
Khairul
Monday, November 1, 2010
Penggunaan Komputer Riba di SBP: Perbincangan
Terpanggil untuk menulis tentang kebenaran penggunaan laptop di sekolah bagi pelajar yang menetap di asrama penuh. Post ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja berdasarkan daripada pengalaman yang tidak seberapa. Secara jujurnya saya tidak melihat banyak manfaat yang pelajar-pelajar akan peroleh jika sekiranya kebenaran diberikan kepada para pelajar untuk membawa laptop mereka sendiri. Alasan saya adalah berdasarkan pada aspek penggunaan, sikap dan aspek sosial yang akan timbul nanti.
Daripada sudut penggunaan, saya merasakan pada peringkat sekolah menengah penggunaan laptop tidak begitu ketara kerana kebanyakkan nota boleh disalin di dalam kelas. Tambahan pula, syllabus pembelajaran semuanya sudah terdapat di dalam buku teks yang telah disarankan dan itu sudah memadai. Jika ada kerja kursus yang perlu disiapkan pun salah satu daripada syaratnya adalah dengan tulisan tangan. Jadi di sini saya tidak nampak keperluan laptop kepada pelajar SBP.
Daripada aspek sikap pula, penggunaan laptop untuk memudahkan pelajar mengambil nota daripada blog guru dengan mengcopy-paste hanya akan menjadikan mereka bertambah malas. Kita sedia maklum bahawa proses pembelajaran dan hafalan memerlukan pelajar untuk melihat, mendengar dan menulis/membaca. Saya sangat percaya dan yakin dengan teknik pembelajaran SALIN DAN BACA kerana ia sangat membantu pemahaman seorang pelajar disamping dapat memastikan pelajar member tumpuan kepada setiap butir perkara yang diajarkan didalam kelas. Jika nota boleh didapati daripada blog guru, apa gunanya mereka fokus didalam kelas. Pada peringkat univeriti kami mempunyai Problem Based Learning (PBL), Self Directed Learning (SDL) dan beberapa kajian yang memerlukan penggunaan laptop dan internet, tetapi penggunaannya tidak semaksima yang disangka kerana rujukan akhir tetap daripada buku.
“Nota yang mudah diperoleh tidak akan menjamin bahawa pelajar akan membacanya.”
Tidak perlu rasanya saya jelaskan tentang kebarangkalin untuk para pelajar leka dengan permainan video, laman web sosial dan sebagainya.
Dalam aspek sosial, bagi pelajar yang datang dari keluarga berada memang mudah bagi mereka untuk membawa laptop sendiri, tetapi bagi mereka yang latar belakang keluarganya kurang berada tidakkah mereka akan berasa rendah diri dan cemburu. Saya khuatir akan timbul pula masalah laptop hilang dan ini akan menimbulkan perbalahan sesama pelajar.
Jika hal ini mahu dilaksanakan untuk jangka masa panjang, saya merasakan bahawa sudah memadai jika kebenaran hanya diberikan kepada setiap kelas mempunyai sebuah laptop lengkap dengan printer. Ini bermakna hanya pelajar kelas itu sahaja yang boleh mengakses laptop di dalam kelas itu. Cadangan saya supaya setiap pelajar di dalam kelas memberi sumbangan untuk membeli laptop tersebut dengan itu mereka akan lebih menghargai nilai barang itu (seperti sumbangan untuk memasang penghawa dingin di dalam kelas ). Pembelian hendaklah melalui pihak sekolah dengan itu keseragaman akan ada, dan tidak timbul model ini lebih baik daripada model itu. Satu perkara penting, penggunaan desktop sangat tidak digalakkan kerana kebarangkalian untuk pelajar mengupgrade PC untuk game dan sebagainya akan ada. Sebagai bahan bantu mengajar, guru-guru boleh memasukkan nota-nota atau soalan-soalan tambahan di dalam laptop tersebut dimana setiap pelajar boleh mengakses pada bila-bila masa. Jika penggunaan internet dibenarkan, pihak sekolah perlu menghadkan laman web yang boleh dikunjugi oleh para pelajar. Penggunaan laptop di dalam kelas juga perlu fokus kepada pembelajaran dan pengajaran dalam membentuk pelajar menjadi pengguna teknologi yang beretika.
“Secanggih mana pun peralatan yang dihasilkan untuk proses PnP, tetap tidak dapat menandingi keberkesanan mengajar seorang guru”
Khairul




