Pada 31 Ogos baru-baru ini,
penulis berkesempatan untuk menonton sebuah filem tempatan yang telah mencetus
kontroversi baru-baru ini iaitu Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba. Sebenarnya, penulis tertarik untuk pergi ke
panggung menonton filem ini setelah terbaca beberapa artikel dan rencana yang
menyatakan filem ini tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia, dan
penayangannya sudah beberapa kali ditangguhkan akibat daripada isu kontroversi
tersebut. Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, suka untuk penulis ingatkan segala yang diperkatan di sini adalah pandangan peribadi penulis sendiri dan mungkin akan
ada sedikit kebocoran tentang plot filem tersebut.
Mungkin apa yang dikatakan
sebagai “tidak sesuai” ditayangkan adalah babak di mana ia memaparkan provokasi
yang dilakukan oleh orang-orang Cina ke atas orang Melayu di Selangor selepas
keputusan pilihan raya 1969 diumumkan, babak di mana mereka membuang air kecil pada tiang
bendera dan juga pembunuhan orang Melayu beramai-ramai di dalam panggung wayang.
Jika penulis seorang yang radikal , sudah pasti darah Melayu yang mengalir di dalam
badan ini akan mendidih melihat bagaimana bangsa Melayu diperlekehkan pada
waktu itu. Jika penulis seorang yang radikal, “Orang Cina kurang ajar!” mungkin penulis akan mula menulis komen
seperti itu yang berbaur perkauman di laman sosial sebaik sahaja pulang ke
rumah selepas menonton filem Tanda Putera, tetapi
itu tidak berlaku. Walaupun terdapat bendera parti politik DAP yang dipaparkan,
namun pada penulis ia bukanlah satu isu besar kepada parti DAP sekarang kerana di
dalam filem tersebut, penonton jelas maklum bahawa terdapat agen komunis yang menjadi
dalang dalam kejadian tersebut.
Sebagai penonton adalah tidak adil jika kita hanya memberi fokus pada
sikap keterlaluan bangsa Cina di dalam filem tersebut, dalam hal ini pada
pandangan penulis Shuhaimi Baba bijak untuk meneutralkan emosi penonton. Terdapat babak di mana kita dapat
melihat perangai samseng Orang Melayu yang bertindak kasar dan menakut-nakutkan
orang awam yang tidak bersalah, serta merosakkan harta benda awam. Penulis
sendiri merasa kurang selesa apabila melihat babak tersebut. Dalam suatu babak
di mana Datuk Harun (Bell Ngasri) cuba mententeramkan orang Melayu yang
berkumpul supaya tidak merusuh, pada mulanya mereka akur tetapi kemudian mereka
mula “melatah”. Sikap mudah “melatah” ini pada pemerhatian penulis masih lagi
terdapat dalam kebanyakkan masyarakat Melayu pada hari ini.
Secara keseluruhannya, filem
Tanda Putera ini tidaklah sekontroversi seperti apa yang diperkatakan. Jika
kita lihat dengan minda yang terbuka, isu kontroversi seperti ini tidak akan
timbul. Mengapa perlu fokus kepada perkara negatif sedangkan terdapat nilai-nilai
positif lain yang dipaparkan dalam filem tersebut? Tanda Putera memaparkan nilai
persahabatan tanpa mengira bangsa dalam keadaan darurat seperti itu dan juga pengorbanan
yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita untuk mempertahankan kedaulatan Negara.
Mana-mana babak yang kurang senang untuk ditonton itu kita ambillah pengajaran
supaya peristiwa seperti itu tidak akan berulang lagi. Semoga kita akan terus
bersatu tanpa mengira kaum dalam mempertahankan kedaulatan Tanah Tumpah Darahku
ini. Selamat Hari Merdeka yang ke-56.
A.Khairul
1 comment:
What I don't agree with Tanda Putera is its propaganda value.
For example, Shuhaimi Baba itself acknowledged that she took "creative license" at portraying the pissing at the house of MB. Various first person account had come to the front giving testimony that the event did not occur. The house was very guarded anyway. All these extra, fictional scenes serve no positive purpose.
Some people would see Tanda Putera as a historical film. We have crazies like PERKASA idolising this film like it's Sahih Bukhari. In this case, the element of fiction comes with a hidden agenda.
The evidence of association of communism to DAP in itself is sketchy based on historical analysis but shown as a matter-of-fact here in this movie. Another aspect of creative liberty at play. Shuhaimi Baba not doing enough research or she just chose to reflect her political ideology? Wallahualam.
What is problematic is that from your viewpoint as an educated Malay, you won't resort to racist remarks , namecalling or accusations from watching the movie. However, we are talking about a movie shown to the masses.
And opinions tend to fall on a spectrum. We then have the two extreme camps:
"This is a film that is irresponsible, bias, racist, factually inaccurate, seditious, disrespectful, poorly written, badly directed, horribly acted out and extremely propaganda-ish."
"This is a film that is patriotic, factually accurate, portrays what really happened, is a true representation of history, and should be introduced in to our school curriculum."
It's possible to feel patriotic from watching TP while at the same time rejecting its propagandic message, yes, but when the film birthed out two extreme camps , it's not really unity-seeking as intended.
I for one would expect BTN to show this instead of Paloh now. Thankfully now government servants don't really have to attend BTN these days.
Post a Comment