Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, January 11, 2013

MMMC Annual Night 2013



Alhamdulillah, all praise to Allah. Finally I have the chance to sit behind the table comfortably with a cup of coffee, writing about my life for this humble blog of mine. This week I was so busy, only slept for 2-3 hours since last Sunday, making promo video, practicing for the band performance every night for 4 days, all are for the preparation of MMMC Annual Night which was held on 10th January 2013.

But compare to others in the Student Council, I think they are even busier and more hard-working than I am. I don’t care what others had to say about the event, but to all who had involved in the committee, the volunteers, and everyone who had helped us to make the event a big success, picture perfect!!! Splendid deco!!! Great food!!! JOB WELL DONE GUYS!!!

This is the second event that I had joined in this semester (although not actively involved, sorry) because most of the time I as one of the IT directors will work alone in my room doing the design things and stuff. Rarely attend the weekly meeting (sorry again). There are lots of things that I still can learn from this team and I will work even harder next time, InsyaAllah. There’s always room for improvement. Thank you so much for the chance and opportunity that had been given to me, and all the colorful memories.

Khairul

Wednesday, December 7, 2011

Friday, October 21, 2011

Kal Ho Naa Ho

Dalam minggu ini sahaja, 3 berita kematian sampai kepada penulis. Seorang sahabat, bapa saudaranya baru meninggal di tanah suci kota Makkah beberapa hari lepas. Semalam terbaca berita kematian bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dan penulis baru sahaja menerima berita kematian bonda salah seorang sahabat selepas waktu Zuhur petang tadi. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un. Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jualah tempat kita kembali. Sesungguhnya dalam kita sibuk mencari rezeki di bumi Allah ini, janganlah sesekali kita alpa dengan kematian kerana ia merupakan sesuatu yang pasti. Menjadi seorang professional itu tidak pasti lagi, hidup berumah tangga itu tidak pasti lagi tetapi kematian itu adalah pasti. Kal ho naa ho,

"Tomorrow May or May Not Be There For Us"

Sesungguhnya setiap kematian yang berlaku di sekeliling kita itu adalah suatu peringatan untuk kita yang masih hidup. Mungkin malam ini, mungkin esok atau lusa tiba pula giliran kita. Bersama-samalah kita melabur untuk saham di akhirat dan kita doakan mudah-mudahan mereka yang telah pergi dahulu daripada kita mendapat rahmat kasih sayang dan perlindungan daripada Allah. Al-fatihah.

Umar RA berkata: “aku sedang duduk bersama Rasulullah, maka datanglah seorang laki-laki dari golongan ansar, lalu ia memberi salam kepada Nabi seraya berkata, “Wahai Rasulullah, mukmin yang seperti apa yang paling utama? Baginda menjawab; “Yang paling baik akhlaknya” Ia bertanya lagi, “Mukmin seperti apakah yang paling cerdas? Baginda menjawab; “Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik mempersiapkan diri untuk sesudah kematian itu, mereka itulah orang-orang yang cerdas”

p/s: Takziah buat Annas sekeluarga atas kehilangan ibu tercinta pada pukul 2.40pm 21/10/2011. Semoga roh arwah ditempat dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin

Khairul

Saturday, September 10, 2011

What's up: Cherita Khairul 1

Dah hampir 2 minggu kita dalam bulan Syawal, dan dah 2 minggu juga la aku ade kat JB ni. So kita start cite pasal raya dulu la ea. Raya tahun ni, first time family kitorang sambut dekat KL belah abah. Dulu aku ingat raya kat KL mesti bosan giler. Tapi bila dah kumpul ramai2 dengan family belah abah yang ada 8 adik-beradik jadi meriah habis la kan. Seronok dapat duduk bersembang dengan sepupu2 lelaki yang dah lama tak jumpa. First day raya tu memang kitorang beraya sakan la, konvoi beraya rumah semua adik-beradik abah dekat KL. Cantik2 yop rumah diorang, ter-inspire la plak nak beli rumah sendiri *kuatberangan*. Tapi paling best bila raya rumah Pak Usu Jeff sebab ada portable piano. Hari tu baru je cakap nak main lagu depan family aku, sekali dapat main depan family abah, seronok yop!!! *bigsmile* Raya kedua aku dah balik JB, raya ketiga raya rumah atok kat Majidee plak lepas tu raya keempat aku dah naik KL balik sebab nak teman Syira ambil exam IELTS dia.

05/09/2011 ulangtahun kelahiran yang ke-22, seperti biasa 3 orang kawan aku ni memang tak pernah miss wish birthday aku sejak dari sekolah rendah lagi sampai la sekarang. Thanks Syafi, Biela, Farahain. Aku je yang segan2 nak wish birthday diorang, korang kenal aku kan *hehehe*. Minggu kedua raya baru aku start keluar beraya dengan member2 sekolah lama aku. This year tak berapa galak sangat beraya sebab kawan2 aku ramai gak yang dah start kerja, so kitorang beraya waktu malam je. Pagi2 aku jalan2 dengan mereka2 yang seangkatan dengan aku la *kamimasihbelajar*. Tak kisah la kan sebab the idea is untuk mengeratkan silaturahim, jumpa balik kawan2 lama tanya khabar and stuff. Sebelah paginya kitorang macam biasa la, benda wajib kalau aku ajak keluar mesti main bowling, tengok wayang. *smile* Sambil jalan2 tu aku pun snap la satu dua gambar, saja-saja nak asah skill photography dengan cari idea untuk menulis. So kat sini aku share la beberapa gambar aku dengan kawan2 sekolah aku. (^_^)





Khairul

Sunday, April 3, 2011

Jangan Pandang Sebelah Mata

During the recent semester break, I spent lot of time hanging out with my friends. Since some of them got classes that they had to attend and some are working, I could only met them after the office hours. Usually the guys will fetch me and later the girls will drop me back home. Maybe because of that kot they think I’m the type that can’t berdikari.

This childhood friend of mine was amazed when I told her that I used public transport to get to places around JB, Tebrau, Skudai, etc. “Tahu pula kau Mad naik bas nombor berapa?” That’s the thing I don’t really understand ever since I was little till now. Why do we need to know bus nombor berapa? I mean it is there on the board clearly showing the bus routes. Even if you are not really sure you can still ask the driver right, so yeah that is how I learn to use public transport.

Then when she talked about her office works and how she likes the job, I can’t help but agreed with everything she said because I once worked at a fast-food restaurant before. Again she didn’t believe it. Guess what she said “aku tengok kau macam jenis yang tak boleh berdikari je~”. Amboi Cik Tina kita, jujur sangat tu. I laughed soooo hard when she said that. I guess maybe it’s written somewhere in my face, ANAK MANJA. Babe there’s no such thing as ANAK MANJA in our family.

But it feels good you know to be able to make such impression. Being able to do things that people think you can’t do. More than meets the eye. Cewah kembang sendiri ni, hahaha. Whatever, I can’t blame them since we haven’t met for years. They also have change a lot, in a good way of course. One of my friend, she owns a laundry shop where she manage everything by herself. I never expect that!! I guess we all have something that can make others astound, although for us it was nothing.

Khairul

Wednesday, September 22, 2010

First Year Breaks Activities

Well not much to say. Actually I have planned with my friends to go to Tioman, but then I think it is better for us to konvoi beraya to friend houses so we decide to postpone the trip next year. First 2 weeks at home, I helped my mom and dad to clean the house and it went on until malam raya... seriously!!!

Third week in JB, I went to JUSCO tebrau on my own. That day I decided to watch Resident Evil: Afterlife 3D but it was fully booked, so my luck was on the 2D film. At home I spent most of my time playing games, read some not-related-to-medic books, watching TV. You know, things that I can hardly do in India because most of the times I just lock myself in the room, reading and staring at the laptop screen.

I’ve had already eat rojak Singapore@ rojak asma, mee rebus, sea foods, steamboot, KFC, McDonald’s, Domino’s Pizza, and all type of rendangs. =D

Foods > checked

Bowling > checked

Movie > checked

Books > checked

Family > checked

Friends > checked

Hope you guys have a splendid and wonderful time with your family and friends in this festive season. Au’revoir

Khairul

Monday, September 20, 2010

CHERITA raya

Post kali ini, aku nak cherita pasal pengalaman raya tahun ni. Seronok danhappening!!!Walaupun malam raya tak ada kat kampung, tapi kita orang satu family still dapat balik kampung Majidee (sebelah mak) dan Segamat (sebelah abah). Memang puas la makan masak rending ketupat semua al-maklum la tahun lepas raya ala kadar je.

Adat la bila orang belajar jauh balik beraya semua orang tanya “macam mana dekat sana?”. Bila orang tanya macam tu, aku pun tak tahu sangat nak cakap apa. Sebab nak cherita pasal cuaca, dekat tempat aku belajar tu lebih kurang macam Malaysia. Pasal makanan dekat India memang tak susah nak cari yang halal. Lepas tu ada la aku cherita-cherita pengalaman masa traveldalam India hari tu. Kalau yang kurang ‘enak’ dekat India pun aku cuma cakap driver dekat sana semua memang berani mati dan pasal ‘public toilet’ diorang. *hehehe*


Tahun ni Alhamdulillah aku berkesempatan nak berjalan raya dengan kawan-kawan sekolah rendah dan matrik johor yang memang lama tak jumpa. Ada beberapa hari tu memang aku tak dapat join kawan-kawan sekolah rendah aku nak pergi beraya sebab sebelah paginya dah janji nak jumpa kawan-kawan matrik. Masa ni la aku sedar tentang pentingnya prioritize and decision making. Bila ada clash date dgn rancangan lain, nak jaga hati semua orang bukan senang. So aku cakap dengan kawan sekolah rendah aku, aku akan beraya dengan diorang sebelah malamnya, sebab niat asal memang nak berjumpa dengan kawan lama pun jadi still dapat jumpa diorang la walaupun tak dapat berkonvoi sama-sama.


“niat asal memang nak berjumpa dengan kawan lama”

Raya ke-9 punya cherita. Selamat sudah kakak aku bertunang. Majlis pada hari tu pun berjalan lancer dan memang meriah macam kenduri kahwin pun ada. *sengih* Aku pula jadi tukang ambil gambar dengan ‘camera besar’. Belajar-belajar sikit cara nak guna, tapi nak bawa ke India tak dapat kot. Petangnya ada open house pula. Tersangat la ramai orang yang datang sampai tak menang tangan. Kawan-kawan dari sekolah rendah dgn 10 kereta, kawan matrik pun ada, kawan sama universiti pun datang. Bila ada peluang jumpa kawan-kawan macam ni memang seronok, Cuma satu la yang sedikit terkilan. Raya kali ni tak sempat nak jumpa kawan-kawan SDAR. InsyaAllah tahun depan aku balik, aku jumpa korang. Untuk kawan-kawan yang sempat beraya bersama-sama tahun ni terima kasih banyak-banyak. Kurang lebih mana-mana aku wakil kawan-kawan lain minta ampun maaf. Jumpa lagi trip ke tioman nanti. =)

Khairul

Tuesday, September 7, 2010

Reunion | Futsal | Birthday

Lepas setahun tak balik Malaysia, tak ada la banyak sangat yang berubah kat bumi JOHOR ni. Rumah aku je kot yang berubah banyak. I like =) Target aku balik kali ni memang nak makan puas-puas. Rojak Singapore dah, mee rebus dah, ada 3 minggu lagi untuk aku ‘melantak’ makanan Malaysia. Rindu yop!!!

Lepas tu beberapa hari lepas aku ada keluar berbuka dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Tak ada la ramai mana yang datang, dalam 14 orang ada. Meriah yop!! Almaklum lama tak jumpa, semua dah lain. Ada yang dulu paling tiinggi masa sekolah rendah lepas tu sekarang, alahai~ comelnya *senyum*.

Sambil-sambil makan tu borak-borak pasal life sekarang. Ada yang dah jadi pilot, ada yang dah jadi assistant manager, ada yang dah kerja, ada yang tengah buat praktikal, ada yang sibuk besarkan badan, yang paling aku bangga dengar ada seorang member aku ni dah ada business sendiri, pakai BMW sendiri !!! Wah~ I’m so proud of them.

Lama juga la ktorg duk sembang kat McD tu. Macam-macam cerita keluar. Cerita kena rotan, cerita gossip sekolah rendah, cerita tidur dalam kelas sampai air liur pun keluar!!! *erk* Masa aku beli air for the 2nd time, cashier McD tu tanya “lama lagi ke nak duk sini?” hahahaha.. 8.30pm baru ktorg blah.

Tak habis lagi. Malam tu pukul 11pm member ajak main futsal pula. Pergh lama tak main, tercungap-cungap aku. Pukul 1 pagi habis main, lepas tu pergi makan kedai mamak pula. Sambung cerita lagi sampai la pukul 4 pagi. Gila ‘kentang’ aku malam tu. Balik-balik tengok facebook,

WALAWEYYY, BIRTHDAY AKU SEH!!!

Aku memang betul-betul tak perasan. Memang first time la tak perasan birthday sendiri. Lepas Subuh, oleh sebab kepancitan yang teramat sangat, aku terbongkang tidur sampai la tengah hari. PENAT. Tapi apa-apa pun, aku seronok jumpa kawan-kawan lama dan hadiah birthday aku tahun ni adalah ‘DAPAT JUMPA DIA ORANG SEMUA’

Khairul

Friday, July 9, 2010

Friends VS 'Special' Friend

Friends - Lifelong friends

Special Friend - Girlfriend/Boyfriend

If you ask any of the guys which one is more important, most of them would probably say FRIENDS are more IMPORTANT than girlfriend. The reason is simple, we spent more time with our friends. We know our friends for yearsssss but girlfriend we only know her for what, 2 3 months? 1 year? Guys who went to boarding school will have stronger bond with his friends/ batch mates. That’s why they have all these SDARA dinner, MACOBA dinner and all the reunion activities after so many years they had left the school.

Lifelong friends are the second to know almost all about us other than our family members. They know, our sleeping style, they know which part of fried chicken that we like, they know our habits, and they share their hobbies, jokes and problem with us. We didn’t tell them all those things, they know because we grow up together for 5 years or even more. Your ‘Special Friend’ might not know all those things unless you tell her. Then what is the different, they both know something about us right. Take it like this, if someone give something that you like without you telling them that you want that thing, and someone that requires you to tell him/her that you want that thing, which want will you appreciate most (touch your heart)? Of course la, the first one right!!!

But hey, that doesn’t mean that we guys will ignore you just like that. Certain things we might enjoy doing it with our friends, even though if you don’t like or have no interest in what they do(kalau benda HARAM memang la kena benci) just be there to show your support to him. I guess you also want him to be there whenever you have some kind of tournament between girls (bola jaring, bowling, etc.), so it’s a win-win situation. We should practice this not during the time of ‘hangat-hangat bercinta’ but also after you get married. Barulah aman sentosa makmur bahagia.



- Lifelong Friends -


Khairul

Monday, January 11, 2010

Mood: Happy

I don’t know how to say this so I intend to describe my mood at this very moment in this post. I’m HAPPY. Although there are certain things that make me really uncomfortable but good things predominant the situation, so again I’m HAPPY. Does this have to do with the Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24). Sort of. My favourite songs win, of course I’m HAPPY. Congrats to Faizal, Aizat and Black Mentor!!! Have a lil chat with my friends about the results, and then everyone started to get soo excited. Hahahaha (mereka comel)

Ahmad Khairul Anwar

bil.. die-hard-fan una ke~ hahaha... Faizal saket??

Takpe die kan 'Superman'...

superman mane bleh kalah...

Nabil Ghozali

hahahaha..xdela..

aku support faizal tahir. xmng lak..

kire orait la no 3 tyme saket2 ni

Nurhayati Izad Abdul Aziz

rul: bt0l2! Mmg superman.. My her0~ =)

bil:loh, kaw pon spp0rt die ke..

Yey! Kte sme2 spp0rt!!

Husna Azmi

yeah!! go faizal..go faizal~~

Nurhayati Izad Abdul Aziz

yey!! Rse cm b'1 plak smue.. T'haru~

Husna Azmi

syahdu lak tetibe~~


Past few days, I Skyped with one of my classmates. Kinda boring that time so I just buzz her, and we have a little conversation. Seriously I rarely want to buzz my classmates because I always have this kind of thought that they might be busy doing something. That day I took the courage to start the conversation and I’m HAPPY.

I did watched one inspiring movie today. The message it tried to convey was priceless and I’m very grateful that I watched it. This movie was played in the cinema in 2005, lapok already so what. I’m HAPPY to watch it.

“... there is an idea, and ideas are bulletproof.”

Why am I keep saying HAPPY, HAPPY, and HAPPY. Dude, to be happy you can’t wait, do nothing and hoping for ‘happy’ to appear in front of your door. You must create it inside you only then happiness will appear in your life. Law of Attraction.

Khairul

Sunday, October 18, 2009

Baru Sedar...

Betul kata orang, “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya”. Pada mulanya, A bercadang nak melawat B di hospital kelmarin tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan A tak dapat pergi. Alhamdulillah, semalam A ada masa lapang so sempatlah pergi melawat B.

Nak kata kawan karib mungkin tak kot, tetapi A sedar tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim ke atas Muslim lain. Ada hikmah Tuhan itu member kesakitan ke atas hambanya, supaya dia dapat merasakan apa yang sahabatnya rasa. Hari ni hari dia, esok lusa mana tau hari kita pula.

A just teman B sembang-sembang, perkara yang jarang atau tak pernah A lakukan sebelum ini. Sambil-sambil berbual tu, A pun tanye B macam mana dia boleh start dapat sakit ni. B pun story everything from A to Z.

Dalam pada itu, A ada terfikir adakah nasib B akan berlainan kalau dia tak join PERTANDINGAN tu? Adakah nasib B akan berlainan kalau dia tak SAKIT? Bukannya B minta jadi macam tu pun. Ada hikmah untuk dia dan family and untuk kawan-kawannya.

A ada tanya pada B, kenapa tak lepak dengan budak-budak lain? Katanya sebab sakit yang amat sangat, tak boleh nak berjalan. A rasa mungkin B manjakan sangat badannya. (Ceh cakap boleh la, cuba hang yang sakit)

Mungkin lebih baik kalu B study kat Malaysia, kalau ada ape2 problem senang family boleh tengok-tengokkan. B ada kata, dia sebenarnya pun memang tak nak datang sini, tapi kakak and ayah dia suruh fly juga.

Sekarang A dah tau sikit-sikit pasal B, so tak payah la cakap lagi bukan-bukan pasal dia. (cukup-cukup la cakap belakang pasal orang) Tapi memang macam tu pun, ada orang tak tau apa-apa pasal kita (just dengar dari mulut orang, tak pernah nak selidik) then sibuk-sibuk nak mengata pasal kita. Better duk diam-diam daripada buat dosa mengumpat orang. Orang kata A jahat, A memang jahat pun, mulut laser, tapi tak la kejam sangat.

Khairul

Monday, July 27, 2009

...Kehilangan...

Dalam masa tidak kurang dari 2 hari, dua berita kematian sampai kepada saya. Kedua-duanya saya terima melalui SMS (26/7/09 - 5:37am) dan (27/7/09 - 3:15pm). Saya tergamam, tak terkata, cuba menahan titisan air mata. Al-Fatihah buat karyawan filem yang saya hormati Allahyarhamah Yasmin Ahmad, dan juga kepada arwah Allahyarham Mohd Farid, abang seorang sahabat karib saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kepada ahli keluarga arwah, saya ucapkan takziah atas kehilangan mereka, semoga kalian tabah menghadapi dugaan Tuhan ini sesungguhya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

“Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Sesama Muslim Ada Enam Perkara, Sesiapa Meninggalkan Satu Bererti Meninggalkan Satu Kewajipan; Jika Diundang Harus Datang, Jika Sakit Harus Dijenguk (Ziarah), Jika Meninggal Dunia Harus Dihantar Jenazahnya (menghadirkan Diri), Jika Bertemu Harus Memberi Salam, Jika Minta Nasihat Harus Dinasihati Dan Jika Bersin Harus Di Doakan”. (Kitab Tanbihul Ghafilin)

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

"Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Khairul

Thursday, July 9, 2009

Berfikir jauh


Ada kawan kata, “kau ni tak mature la~” lepas tu ada pula yang kata “kau ni matang ea.. macam pakcik-pakcik.” *pelik* Aku pun tak faham apa yang diaorang kisah aku ni matured ke tak. Kalau dah memang orang tu jenis yang 'think one step ahead', nak buat macam mana.. kan anugerah tuhan tu. Aku sangat kagum dengan orang-orang macam ni. Kekadang tu bila kita lepak dgn golongan-golongan yang digelar “cerdik pandai” ni, dengar buah percakapan diaorang yang penuh dengan fakta dan tak kurang juga nas-nas dari Al-Quran... terasa diri ini begitu cetek ilmu didada... Kekadang bila duduk semeja dengan kawan-kawan di kampung, kite dengar mereka ni sembang-sembang... terasa macam diaorang ni cakap-cakap bende yang sama banyak kali, dah selalu sangat dengar.. buhsan...

Dengan ‘cerdik pandai’ ni bila kita nak mencelah macam segan, sebab tak ada ‘fakta’ utk backup apa yang kita nak cakap. Macam kita yg setakat belajar sampai sijil nak lawan hujah dengan orang yg pegang PhD. Lepas tu, dengan kawan kat kampong bila rasa macam nak tegur ape yg diaorang kata tu salah, takut diaorang kecil hati plak “ala~ mentang-mentang la kite belajar tak tinggi...” ini la ayat yang biasa akan kita dengar. Lepas tu kita pula rase serba salah. Aduyai~ Dalam mana-mana keadaan pun, biasanya aku memilih utk tersenyum, diam dan mendengar. Cuma kadang-kadang tu ade juga mencelah sebab nak jaga hati orang and supaya tak bosan.

Tak boleh ke kita ambil yang tengah-tengah dlm hal mcm ni?? Bile borak-borak tu campur-campur la benda yg serius skit and kekadang tu campur la yg lawak-lawak skit, macam tu baru seronok duk sembang, SERONOK dan BERILMIAH. Ala~ macam kite dengar ceramah agama from ustaz-ustaz and ustazah-ustazah yang ‘sporting’, confirm tak ngantuk!!

“Fikir dulu sebelum kata apa-apa, sebab apa yang kita kata tu akan melambangkan peribadi kita” -kata orang-

(yang kat bawah ini tak ada kaitan dengan yang kat atas)

Tadi baru lepas beli lauk kat restoran cina yang jual masakan melayu.. halal dan sedap... Mula-mula nak ambil daging masak kurma’ 6 ketul, lepas tu dia cakap satu ketul RM3... mahalnya... so aku ckp nak 3 ketul je. Aku pernah dengar orang kata kat sesetengah kedai, ade org bkn bumiputra jual harga lain kat bumiputra, tapi kat orang dia lain pulak harga, eh ye ke?? On the way nak balik umah aku terfikir, is it because bumiputra dapat bnyk bantuan from kerajaan, so apa salahnye diorg jual mahal skit dgn bumiputra??? Tak tau plak aku kalu mereka ni fikir macam tu, tapi kalau fikir-fikir balik macam logik juga... Hurm~ entahlah...

"Sekiranya kamu tidak mahu beragama(mengamalkan agama), maka sekurang-kurangnya jadilah orang yang bebas ( berfikir)" - Imam Husein bin Ali-

Khairul

Thursday, June 18, 2009

"Diary Batch 3"



Come to think of it, I didn’t write anything for “Diary Batch 3” hahaha... Hish banyak bende nak cakap ni... 2 years in KMS bleh kate seronok, but 7 years in Seremban tak seronok pun... =) (Jangan marah ye orang Seremban)... Apa best sangat duduk KMS ni?? Bangunan lama je... Padang pun tak de... Ni la aku nak story pasal KMS...

1. Duk KMS best sebab aku bleh tengok wayang bila2 masa. Ada sekali tu dah gian sangat nak tengok wayang, habis IRP je petang terus jalan gi T1 tengok ‘Talentime’ sorang2... =P

2. Duk KMS best sebab bleh jalan (kekadang ber’jogging’) gi NKI BISTRO hari2.

3. Duk KMS best sebab ade LAKE GARDEN, sangat cantik (^_^)

4. Duk KMS best sebab Cikgu-cikgu die rocks, kate orang berjiwa ‘muda’, SUKE SHARE CERITA and sangat penyayang

5. Duk KMS best sebab dapat belajar main guitar and keyboard dengan Ghazi (thanks dude)

6. Duk KMS best sebab once a month kitorg tengok movie seram ramai-ramai kat bilik terjerit-jerit sampai hilang suara. (agak-agak sape?? Hehehe)

7. Duk KMS best sebab ade classmates yang sporting M31 (kluar gi JJ main bowling, bwat BBQ, celebrate besday, Terengganu trip)

8. Duk KMS best sebab dapat 74 new friends

9. Duk KMS best sebab dapat “mandikan” Shahir & Awe masa besday diorg... muahaha *evil laugh*

10. Duk KMS best sebab aku suka jumpe kawan2 aku “KU SAYANG DAK BATCH”

Kepada mereka yang mengenali aku yang kerdil ini, thank you so much kerana sudi berkawan dengan orang yang tak banyak cakap ni. Paling tak bleh aku lupe, peristiwa lupa nama beberapa orang girls masa majlis maaf-maaf.... Sorry sesangat (~_~) Nervous sangat sampai lupe nama plak, malu giler... Apa-apa pun semoga SUKSES di masa hadapan, salam mesra, salam sayang, salam perpaduan...

Khairul@Chang