Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ingin saya berkongsi kejadian
yang berlaku baru-baru ini. Ia tentang hikmah dan ibrah yang telah disusun oleh
Allah SWT. Untuk makluman para pembaca, saya merupakan salah seorang doktor
perubatan yang kini bekerja di sektor swasta. Umum sedia maklum waktu bekerja
di hospital ini kadang-kala susah nak dijangka. Antara perkara yang paling saya
khuatir dan takutkan adalah jika ada apa-apa kecemasan keluarga yang berlaku
ketika waktu saya sedang bertugas.
Kisah yang pertama berlaku
beberapa minggu lepas. Sehari sebelum kejadian, rakan sekerja saya ada bertanya
jika saya ingin membuat locum pada
keesokkan harinya. Kebiasaannya jika jadual saya kosong dan tiada apa-apa
perangcangan saya akan terus terima mana-mana tawaran locum, tetapi pada hari itu hati saya tergerak untuk bertanya
dengan isteri, “sayang, esok petang ada
orang tanya nak buat locum ke tak, kita ada apa-apa plan ke esok? cuba tanya
budak-budak.” Memandangkan saya sudah beberapa hari tidak berbuka bersama keluarga,
isteri cadangkan untuk berbuka dirumah pada keesokkan hari. Jadi tawaran locum itu saya tolak.
Keesokkan harinya, saya berkerja shift pagi seperti biasa, selesai habis shift saya pergi menjemput isteri di
pejabat dan kemudian anak-anak kami balik dari sekolah petang. Dalam perjalanan
memandu ke rumah di lebuhraya, tiba-tiba TPM (Tire Pressure Monitoring) kereta berbunyi. Saya terus berhentikan
kereta di tepi jalan untuk memeriksa keadaan tayar. Tanggapan saya waktu itu
mugkin cuma terkena paku, jarak dari rumah tinggal 5 minit sahaja lagi. Saya
membuat keputusan untuk teruskan perjalanan pulang ke rumah dahulu supaya boleh
menukar tayar di rumah.
Tidak sampai beberapa minit
tekanan tayar turun dengan mendadak, disebabkan keadaan cuaca yang sedang hujan
lebat dan kenderaan banyak saya teruskan juga memandu dengan tersangat perlahan.
Perjalanan yang sepatutnya 5 minit menjadi 20 minit. Alhamdulillah kami selamat
sampai dan berbuka di rumah. Keadaan tayar memang teruk dan ia bukan disebabkan
oleh terkena paku tetapi memang tayar itu pecah, subhanAlllah. Pada waktu berbuka
ketika berborak-borak dengan isteri, sempat dia berkata, “nasib baik abang tak jadi ambil locum hari ini, kalau tak macam mana
la sayang nak handle dengan pregnant ni, budak-budak dalam kereta lagi.” Saya hanya berseloroh, “mestilah abang akan datang juga,” tetapi di dalam hati saya ketika
itu saya bersyukur pada ALLAH kerana tiada kejadian serius yang berlaku.
Sesungguhnya Allah Yang Maha
Kuasa menggerakkan hati manusia dan dialah sebaik-baik perancang. DIAlah yang
menggerakkan hati saya untuk bertanya isteri dahulu sebelum membuat keputusan
tentang locum, DIAlah yang merancang saya ada bersama keluarga ketika kejadian
tayar pecah itu berlaku. InsyaAllah saya akan sambung untuk kisah kedua
berserta doa yang boleh kita amalkan supaya kita lebih tenang dalam menerima
takdir dan ketentuan Allah.
A.Khairul

