Showing posts with label Islamic reminder. Show all posts
Showing posts with label Islamic reminder. Show all posts

Wednesday, March 18, 2026

HIKMAH DAN IBRAH DALAM KESUSAHAN

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ingin saya berkongsi kejadian yang berlaku baru-baru ini. Ia tentang hikmah dan ibrah yang telah disusun oleh Allah SWT. Untuk makluman para pembaca, saya merupakan salah seorang doktor perubatan yang kini bekerja di sektor swasta. Umum sedia maklum waktu bekerja di hospital ini kadang-kala susah nak dijangka. Antara perkara yang paling saya khuatir dan takutkan adalah jika ada apa-apa kecemasan keluarga yang berlaku ketika waktu saya sedang bertugas.

Kisah yang pertama berlaku beberapa minggu lepas. Sehari sebelum kejadian, rakan sekerja saya ada bertanya jika saya ingin membuat locum pada keesokkan harinya. Kebiasaannya jika jadual saya kosong dan tiada apa-apa perangcangan saya akan terus terima mana-mana tawaran locum, tetapi pada hari itu hati saya tergerak untuk bertanya dengan isteri, “sayang, esok petang ada orang tanya nak buat locum ke tak, kita ada apa-apa plan ke esok? cuba tanya budak-budak.” Memandangkan saya sudah beberapa hari tidak berbuka bersama keluarga, isteri cadangkan untuk berbuka dirumah pada keesokkan hari. Jadi tawaran locum itu saya tolak.

Keesokkan harinya, saya berkerja shift pagi seperti biasa, selesai habis shift saya pergi menjemput isteri di pejabat dan kemudian anak-anak kami balik dari sekolah petang. Dalam perjalanan memandu ke rumah di lebuhraya, tiba-tiba TPM (Tire Pressure Monitoring) kereta berbunyi. Saya terus berhentikan kereta di tepi jalan untuk memeriksa keadaan tayar. Tanggapan saya waktu itu mugkin cuma terkena paku, jarak dari rumah tinggal 5 minit sahaja lagi. Saya membuat keputusan untuk teruskan perjalanan pulang ke rumah dahulu supaya boleh menukar tayar di rumah.

Tidak sampai beberapa minit tekanan tayar turun dengan mendadak, disebabkan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat dan kenderaan banyak saya teruskan juga memandu dengan tersangat perlahan. Perjalanan yang sepatutnya 5 minit menjadi 20 minit. Alhamdulillah kami selamat sampai dan berbuka di rumah. Keadaan tayar memang teruk dan ia bukan disebabkan oleh terkena paku tetapi memang tayar itu pecah, subhanAlllah. Pada waktu berbuka ketika berborak-borak dengan isteri, sempat dia berkata, “nasib baik abang tak jadi ambil locum hari ini, kalau tak macam mana la sayang nak handle dengan pregnant ni, budak-budak dalam kereta lagi.”  Saya hanya berseloroh, “mestilah abang akan datang juga,” tetapi di dalam hati saya ketika itu saya bersyukur pada ALLAH kerana tiada kejadian serius yang berlaku.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa menggerakkan hati manusia dan dialah sebaik-baik perancang. DIAlah yang menggerakkan hati saya untuk bertanya isteri dahulu sebelum membuat keputusan tentang locum, DIAlah yang merancang saya ada bersama keluarga ketika kejadian tayar pecah itu berlaku. InsyaAllah saya akan sambung untuk kisah kedua berserta doa yang boleh kita amalkan supaya kita lebih tenang dalam menerima takdir dan ketentuan Allah.

 

A.Khairul

Sunday, February 15, 2026

BERLUMBA-LUMBA DALAM KEHIDUPAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Beberapa hari lepas sewaktu saya sedang bermain dengan kiub rubik, tiba-tiba saya termenung panjang sambil mata memerhatikan kiub rubik di tangan. Matlamat permainan kiub rubik ini sangat mudah pada asalnya, kita hanya perlu menyelesaikan kiub yang warnanya bercampur dan memastikan setiap 6 permukaan mempuyai warna yang seragam. Ia sebuah permainan yang menguji skill kognitif seseorang. Apa yang menarik, permainan kiub rubik ini turut dijalankan dalam pertandingan yang kompetitif, di mana para peserta akan berlumba menyelesaikanya dalam masa yang paling singkat. Dalam fikiran saya pada waktu itu, apa kelebihan yang kita akan dapat jika berjaya selesaikan rubik dalam masa yang singkat, kerana cepat atau lambat matlamat utama permainan tersebut tetap tercapai.

Saya suka untuk melihat sesuatu perkara dalam konteks yang lebih besar terutama dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Islam sememangnya menganjurkan umat manusia berlumba-lumba melakukakan kebaikan seperti mana yang tersebut dalam Al- Quran,

Surah Al-Baqarah, Ayat 148: Allah SWT berfirman yang bermaksud, "…Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..." 

Terdapat juga hadith-hadith yang meriwayatkan tentang baginda Rasulullah SAW turut pernah berlumba kuda dalam pertandingan.

Daripada Anas bin Malik RA, beliau ditanya adakah Rasulullah SAW pernah menyertai pertandingan kuda? Anas menjawab: "Ya. Demi Allah, Baginda berlumba dengan kudanya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan Baginda amat gembira" (Hadis riwayat Abdullah bin Umar) 

"Berlumba-lumbalah dalam memanah dan tungganglah kuda." (Hadis Riwayat Abu Hurairah RA) 

Monday, July 21, 2025

TOPIK DI RADIO: SAMPAI BILA IBU BAPA PERLU MENANGGUNG ANAK-ANAK?

                             Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada miggu lepas saya terdengar topik perbincangan ini di radio Zayyan. Ia bermula daripada perkongsian seorang hamba Allah ini di media sosial tentang ibu bapanya yang mampu untuk menunaikan haji secara pakej yang menelan belanja sehingga RM 120K tetapi tidak mahu membantu menanggung kos pengajiannya di universiti. Saya sempat juga mendengar beberapa respon daripada pemanggil Zayyan dan ada juga komen dan pandangan yang sempat dikongsikan oleh Fynn Jamal.

Secara peribadi saya tiada pengalaman seperti itu, tetapi saya ada beberapa kenalan dan percaya ramai di luar sana mengalami pengalaman yang sama. Perkongsian hamba Allah di media sosial itu mungkin atas dasar beliau melihat ibu bapanya sebagai mampu untuk membantunya dalam menanggung kos pengajian tetapi mereka tidak berbuat demikian sehingga menyebabkan beliau terpaksa membuat pinjaman atau tidak dapat menyambung pengajian.

Pemahaman kita selama ini, ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak dari segi pakaian, makan, tempat tinggal, pendidikan sehingga mereka boleh berdikari atau bekerja sendiri. Saya lebih cenderung kepada apa yang ditekankan dalam Islam iaitu, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Pada pendapat saya tiada siapa berada di pihak yang salah sama ada ibu bapa atau hamba Allah tersebut. Satu benda yang kita perlu jelas adalah perkara yang paling bernilai disisi ALLAH S.W.T adalah ketakwaan. Sebagai contoh, seorang anak itu ingin meminjam daripada ibu bapanya wang untuk menyambung pengajian, atas dasar ehsan dan takwa Si Ayah memberi tanpa pinjaman kepada anaknya, maka Si Ayah sudah mendapat pahala sunat bersedekah.

Perbetulkan saya jika ada yang saya terlepas pandang, tetapi islam tidak mengajar kita meminta-minta harta daripada sesama makhluk.

“ Dan bahawa tidak ada (balasan) bagi seorang manusia kecuali apa yang dia usahakan” - Surah Al-Najm 53:29-

Mintalah daripada ALLAH yang Maha Kaya, Maha Mendengar, Maha Pemurah, dan Maha Penyayang. Tujuan Islam menyarankan kita jangan meminta-minta tanpa berusaha adalah untuk mendidik jiwa setiap Muslim itu untuk rajin bekerja dan mengharap pergantungan daripada Allah semata-mata. Dalam hal ini ibu bapa tidak salah kerana duit yang mereka ada itu adalah atas hasil usaha mereka sendiri yang disimpan untuk hari tua mereka, tetapi saya tertarik dengan satu komen daripada Fynn Jamal “anak-anak yang berkira membesar dalam rumah tangga yang berkira”.

Dalam pada masa yang sama, Islam menyarankan kita perbanyakkan bersedekah, dan sesungguhnya sedekah kepada ahli keluarga itu lebih utama.

“(Ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi, perut, dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, “inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu”

- Surah Al-Taubah 9:35- 

Peringatan ini untuk diri saya sendiri dan juga rakan-rakan pembaca. Percayalah kita semua akan dipersoalkan dengan segala harta yang kita ada di dunia ini. Jika kita berkemampuan menabunglah untuk anak-anak bermula daripada mereka kecil lagi, janganlah menabung untuk hari tua kita samata-mata. Bayangkan wajah anak-anak kita waktu mereka baru nak memulakan kehidupan 10-20 tahun akan datang, dan kita cakap pada mereka “anak-anak ini duit yang abah dah simpankan untuk kamu semua, gunakanlah untuk memulakan hidup kamu. Ini sedekah jariah abah untuk kamu semua”. Sudah pasti mereka akan terharu dan berasa sangat bersyukur, malah kita secara tidak langsung menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk anak-anak kita contohi.

Sebagai anak jika anda terasa hati dengan ibu bapa, nasihat saya kita cubalah untuk belajar menerima seadanya pemberian ibu bapa walaupun kita rasa mereka mampu. Kadang-kala mungkin terasa berat tetapi dengan melepaskan perasaan itu, insyaAllah hati kita akan lebih tenang. Sebagaimana anak-anak merupakan ujian untuk ibu bapa, ibu bapa juga adalah ujian untuk anak-anak. Buat semua ibu bapa muda diluar sana sama-sama kita tanamkan azam untuk buat yang terbaik bagi anak-anak kita kerana sesungguhnya sangat beruntung orang yang mana hari ini lebih baik daripada semalam. Jika dulu kita hidup susah, kita pastikan generasi anak cucu kita tak melalui kesusahan yang sama.

A.KHAIRUL

Tuesday, August 15, 2017

Menjaga Kesihatan Adalah Ibadah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam 2 tahun pengalaman saya bekerja di hospital, saya telah bertemu dengan berbagai-bagai jenis ragam pesakit dan keluarga pesakit. Dalam pemerhatian saya kebanyakkan daripada rakyat Malaysia masih lagi kurang kesedaran tentang penjagaan kesihatan, terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi (hypertension), dan sakit jantung (heart disease).

Banyak kemasukkan pesakit ke wad boleh dielakkan jika mereka mengambil ubat seperti yang dinasihatkan dan mengamalkan pemakanan seperti yang telah disarankan. Dukacitanya, masyarakat kita masih ramai yang makan ubat ikut selera sendiri dan mengambil mudah dari aspek pemakanan.

Alasan yang sering diberi adalah, “kalau ambil ubat kencing manis lama-lama nanti buah pinggang rosak” “Saya tak ada rasa sakit buat apa makan ubat darah tinggi Doktor.” “Saya cuba ambil produk XYZ, depa kata boleh bagi baik sakit saya Doktor”. Tuan Puan, adakah anda Tuan Puan tahu punca Tuan Puan boleh dapat penyakit kencing manis & darah tinggi? Salah satu penyumbangnya adalah kerana KURANG PENJAGAAN DARI SEGI PEMAKANAN.

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Hadis riwayat muslim)
"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" (Surah al-A'raf:31)

Tujuan doktor bagi ubat dan nasihat pemakanan dan kesihatan adalah untuk mengawal masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi Tuan Puan agar tidak bertambah teruk dan MENIMBULKAN KOMPLIKASI YANG LAIN, seperti rosak buah pinggang, stroke, jantung tersumbat dan sebagainya. Kerisauan tentang kesan sampingan ubat, pada hakikatnya akan terjadi kalau Tuan Puan tidak mengikut nasihat doctor. Oleh sebab itu doctor di Klinik Kesihatan/ swasta akan memberi temu janji mengikut tarikh tertentu untuk memantau keadaan kesihatan Tuan Puan dalam pada masa yang sama memastikan Tuan Puan mengikut nasihat kesihatan yang telah diberikan seperti PENJAGAAN PEMAKANAN, SENAMAN dan sebagainya.

Jika bacaan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi Tuan Puan dalam keadaan baik, tiada masalah untuk doctor MENGURANGKAN BILANGAN UBAT YANG DIAMBIL SECARA BERPERINGKAT, dengan syarat Tuan Puan perlu mengikut arahan pemakanan ubat seperti yang disarankan. Apa yang paling menyedihkan, terdapat sesetengah pesakit lebih percaya kepada produk komersial lain yang tiada bukti saintifik dan kajian menyeluruh tentang keberkesanannya berbanding ubat-ubatan hospital yang terbukti berkesan dari segi saintifik dan kajian klinikal.

Lebih mendukacitakan ada sesetengah pesakit sanggup membuang bekalan ubatan yang diberikan dek kerana lebih percaya pada produk sampingan. Ini jelas menunjukkan masyarakat kita masih lagi tidak tahu menghargai penjagaan kesihatan dan MENGAMBIL MUDAH TENTANG PENYAKIT “BIASA” YANG MEREKA HIDAPI KERANA ADANYA BANTUAN SUBSIDI KERAJAAN UNTUK UBAT-UBATAN. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini, adakah masyarakat kita akan lebih peka tentang penjagaan kesihatan jika kita perlu mananggung sendiri segala kos perubatan?

Sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat bermula dari sekarang, dan hargailah nikmat tubuh badan yang sihat yang telah Allah berikan. Sesungguhnya menjaga kesihatan itu juga adalah satu ibadah.


DR A. KHAIRUL

Wednesday, July 8, 2015

Ini Cherita Aku: Cherita Tiga

“Kentang Goreng Burger King”

Lokasi: Hadapan Burger King Seri Alam
Waktu: 3.45 PM

Petang tu saya akan balik ke Melaka dengan bas dari Larkin Sentral. Kebetulan ada individu yang sudi untuk menghantar saya ke Larkin, kami berjanji untuk berjumpa di hadapan Burger King Seri Alam. Sementara menunggu, tetiba perut terasa lapar jadi saya pun masuk ke dalam restoran Burger King tu untuk membungkus makanan. Sekurang-kurangnya nanti dah sampai Melaka tak payah la nak keluar makan lagi.

Selepas dah beli makanan saya pun keluar dari Burger King, sambal-sambil tu saya makan la sikit kentang goreng yang ada. Tengah-tengah saya berdiri tunggu kawan, tetiba saya didatangi oleh seorang Pak Cik berbangsa Cina. Dia datang kepada saya dan bertanya,

                “Adik, mintak sikit makan boleh?”

                “Boleh, boleh. Uncle ambil semua fries ni, saya tak makan sangat pun.”

                “Okay. Okay (tertunduk-tunduk). Thank you ah.”

Saya perhatikan sahaja dia berlalu pergi selepas itu. Dia tidak datang kepada saya untuk meminta duit, tetapi dia datang kepada saya untuk meminta sedikit makanan. Saya dapat merasai kejujuran dia sebab itu saya tidak berfikir panjang untuk memberi. Pemberian saya pada masa itu tidak banyak, dan mungkin itu bahagian rezeki dia yang Allah berikan kepadanya melalui saya.

Dalam perjalanan ke Larkin saya terfikir. Sungguh cantik aturan Allah. DIA telah menunjukkan sifat ehsanNya kepada kami berdua. DIA memberi saya peluang untuk bersedekah dan dalam pada masa yang sama, DIA memberikan rezeki kepada hambanya tanpa mengira agama dan bangsa. Dengan hanya sebungkus kentang goreng, dua jiwa berasa tenteram dan bahagia.

A.Khairul


Thursday, May 7, 2015

Mohon “Share”, Mohon Sebarkan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Untuk post kali ini, saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsi pandangan peribadi tentang satu ‘trend’ baru dalam kalangan masyarakat dunia, terutama di Malaysia yang semakin menjadi-jadi. Saya pasti netizen sudah biasa dengan ayat-ayat seperti “mohon share”, “mohon sebarkan” dan sebagainya di dalam mana-mana laman social seperti facebook, twitter, dan whatsapp khususnya.

Pada peringkat awal saya melihat ‘trend’ ini sebagai satu perkara yang baik, kerana kita boleh berkongsi maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan dan ahli keluarga dengan cepat. Sebagai contoh, mungkin kita berkesempatan mengikuti mana-mana majlis ilmu, dan kemudian kita gunakan media social yang ada untuk berkongsi nota-nota yang telah kita ambil dalam majlis ilmu tersebut. Perkara seperti ini adalah sangat digalakkan. Contoh baik yang lain mungkin jika berlaku kemalangan atau kes-kes jenayah, kita boleh maklumkan kepada ahli keluarga kita supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. Kegunaan seperti ini adalah untuk kebaikkan dan keselamatan bersama, jadi tidak salah jika ia dikongsikan bersama.

Namun kini ‘trend’ “mohon share” “mohon sebarkan” ini semakin berleluasa sehingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain. Ditambah lagi dengan sikap masyarakat kita yang cepat melatah dan cepat menghukum, ini telah memburukkan lagi suasana dan mentaliti dalam kalangan masyarakat kita. Saya bukan mencadangkan kita supaya berdiam diri dan buat tak endah dengan berita yang kita terima, tetapi saya ingin mengajak kita supaya menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepada kita untuk berfikir dahulu sebelum memberi komen dan menyebarkan berita itu kepada orang lain. Bukankah di dalam Al-Quran Allah ada mengajar kita supaya berkata yang baik-baik sahaja, dan jika sekiranya kita tidak ada perkara yang baik-baik untuk diperkatakan, maka berdiam itu adalah lebih baik. Allah berfirman di dalam surah An-Nisa: 83

“Dan apabila sampai kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka langsung menyiarkannya. Padahal apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya daripada mereka (Rasul dan Ulil Amri). Sekiranya bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu akan mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara kamu)”

Friday, October 10, 2014

Ini Cherita Aku: Cherita Satu

Penulis mendapat peluang untuk menggunakan kereta kakak penulis selama seminggu di Melaka beberapa bulan lepas. Pada hari tu, penulis dalam perjalanan balik dari Hospital Melaka pada waktu tengah hari yang panas dan masih memakai white coat. Ketika menghampiri lampu isyarat berdekatan bangunan Majlis Agama Islam Melaka, penulis ternampak seorang pakcik ini sedang melambai-lambai tangan cuba untuk menahan kereta yang lalu-lalang, tetapi tidak ada satu kereta pun yang berhenti. Nak dijadikan cerita, hati penulis terdetik untuk memberhentikan kereta dan menyapa pakcik tersebut,

“Ya Pak Cik, kenapa ya?”

“Pak Cik nak tumpang mintak tolong hantar depan tu boleh tak? Kaki pakcik kebas, tak larat nak jalan jauh.”

Dalam keadaan cuaca yang panas terik dan kakinya yang sakit, tanpa berfikir panjang  penulis pun mempelawa Pak Cik tu menumpang kereta. Dalam perjalanan yang singkat kami sempat berbual. Rupa-rupanya Si Pak Cik baru lepas pergi ke Majlis Agama Islam Melaka untuk membuat permohonan bantuan zakat. Sebelah kakinya sudah dipotong akibat sakit Diabetes. Mungkin akan ada orang yang kata, “tak takut ke bagi orang tak kenal tumpang kereta, kan ada kes orang kena rompak pasal tu.”  Sejujurnya, penulis pun ada terfikir tentang itu, tetapi entah bagaimana pada hari itu memang terdetik hati ni untuk memberhentikan kereta dan menumpangkan pakcik itu. Sesungguhnya Allah-lah yang memegang hati-hati manusia. Suatu hari nanti, jika ada ahli keluarga penulis yang memerlukan pertolongan, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan mereka pula.


A.Khairul

Friday, April 4, 2014

Pandangan: Pengharaman Buku Ultraman

Photo credit: http://ultra.wikia.com/wiki/Ultraman_(character)
Bismillahirrahmanirrahim,

Penulisan entri untuk kali ini adalah sekadar untuk menzahirkan pendapat dan pandangan saya tentang isu yang hangat diperkatakan tidak lama dahulu iaitu berkaitan tentang pengharaman buku Ultraman The Ultra Power oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Rata-rata tindak balas orang ramai yang saya lihat di laman sosial terutamanya pada ketika itu adalah mempersoalkan keputusan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri tentang pengharaman buku tersebut. Tidak kurang juga terdapat sesetengah pihak yang cuba menimbulkan sandiwara politik berkaitan dengan hal itu. Antara komen yang banyak dikongsikan oleh orang ramai yang dapat saya ingat adalah “buku ultraman diharamkan, majalah mangga tak pulak.”

Saudara saudari, perkara seperti inilah yang akan berlaku apabila kita terlalu cepat melatah dan mengeluarkan komen tanpa membuat rujukan dan memproses maklumat yang diperoleh dengan teliti. Yang diharamkan itu hanyalah buku Ultraman The Ultra Power dan bukannya kesemua jenama Ultraman, oleh itu jika anda merupakan peminat tegar Ultraman sekali pun anda masih boleh membeli barangan Ultraman yang lain. Kenapa perlu “menghentam” KDN?

Thursday, February 27, 2014

Sikap: Menganggap Agama Sebagai Trend

Beberapa kali penulis cuba untuk menulis tentang isu ini, tetapi setiap kali itu juga pelbagai dilemma yang datang mengganggu perasaan dan membuatkan penulis terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Walaubagaimana pun untuk kali ini, penulis cuba untuk mecari kekuatan diri dan berharap agar penulisan ini dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada diri penulis dan anda yang membaca. Perkara yang ingin diperkatakan mungkin agak sensetif bagi sesetengah individu, tetapi niat penulis adalah untuk kita sama-sama muhasabah diri.

Apa yang penulis ingin kongsikan di sini adalah tentang sikap kebanyakan daripada kita yang pada amatan penulis menganggap agama itu sebagai satu trend tidak kira sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak. Apa yang penulis maksudkan adalah, sikap sebahagian daripada kita yang hanya menggunakan agama untuk menonjolkan diri dan bukannya untuk menunjukkan keindahan Islam itu sendiri.

Contoh yang penulis boleh berikan adalah sikap kita selepas menghadiri majlis ilmu. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat semakin banyak program-program dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan dan masyarakat secara umum turut memberi sambutan yang cukup positif. Tetapi haruslah diingatkan bahawa kita perlu tanamkan niat di dalam jiwa, bahawa kita menghadiri kelas pengajian ilmu Al-Quran atau Hadith atau kitab agama itu adalah kerana ingin menimba ilmu supaya diri ini boleh menjadi mukmin yang lebih baik. Bukan jumlah majlis ilmu yang telah kita hadiri yang menjadi ukuran peribadi kita, tetapi perubahan positif yang kita prakitikan daripada majlis ilmu itu yang lebih utama dan penting pada hemat penulis.

Ingin penulis tegaskan di sini, perbincangan ini bukan mempersoalkan kehadiran individu ke majlis-majlis ilmu, tetapi permasalahannya adalah pada sikap sebahagian daripada kita yang menjadikan agama itu seperti fesyen. Sangat menyedihkan apabila Agama itu hanya digunakan untuk menarik perhatian masyarakat, untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi dalam perkara lain seperti hak orang lain kita abaikan. Mengutamakan jawatan di masjid sehingga urusan rumah tangga tidak diberi fokus. Menghadiri banyak majlis ilmu, tetapi kebajikan jiran tetangga tidak diambil peduli.

Sikap menganggap agama sebagai trend ini dapat kita kenal pasti dalam diri sekiranya kita lebih banyak berbudi kepada orang lain yang lebih jauh sehingga mengabaikan urusan rumah sendiri, seperti kata pepatah anak kera di hutan di susukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan. Kesimpulan yang ingin penulis sampaikan adalah, hayatilah amalan agama itu sedalam-dalamnya kerana kita percaya dan yakin akan hikmahnya dan bukan hanya sekadar ikut-ikutan semata-mata kerana ramai orang melakukannya. 

A.Khairul

Friday, December 27, 2013

Work Harder and Earn More


Most Malaysians are well informed (I assumed) with the increasing price of certain goods and services for the next coming years, petrol, sugar, house, toll, electricity just to name a few, and so without any doubt it will affect the living cost majority of the people (the rakyat) in the near future . I believe most of the people are taken aback by the announcements, and this we can see from the countless numbers of negative remarks been made in social networks, blogs, newspaper column, and interviews.

Few days back I have read an article from an interview with a well known motivational speaker in the country about how we should response to the current situation. In the article it says she encouraged people to look at the situation from a different perspective, instead of being carried away by our emotions. She mentioned that if we look at it negatively then the outcome will be negative, but if we look at it with positive mind then the outcome will also be positive. As usual, there are few comments from the readers who didn’t agree with her view. They claimed that, she didn’t know what are those people from the low and medium income group have to go through since she is a professional with a stable income.

I do agree with what the readers had commented, and at the same time I also agree with what she is trying to tell us to do. I think it is normal for people to react that way when their life and their family’s life are at risk. Yes, I was once like that too. What I recommend is, brothers and sisters, give yourself some time to calm down and think. You know when you are angry, so don’t make decisions when you are angry because you cannot reason well during that period of time.

Tuesday, October 15, 2013

I don't have a child

She was sitting there alone, watching small kids running, laughing, playing happily at the playground. Then she was approached by a lady with a stroller. The lady smiled at her, “can I sit here?” She smiled back at her, 

“Oh yes, please.”

“Where’s your kid?”

“Oh no, I come here alone. I just like to watch them playing.”

Then they started to talk about themselves and get to know each other. She told the lady that she’d been married to her husband for 5 years now and they still don’t have a child. She said she’s always feeling jealous every time she saw couple walk around with kids. She felt lonely. Her sister is blessed with four kids and her brother has 5 kids.

“We have extra rooms in the house, cars, and enough money to raise children, but still we are not bless with children yet.”

Sunday, July 7, 2013

"Buying" Time

They say money can buy only physical things but it cannot buy things that we cannot see. Things like loyalty, trust, happiness, freedom, and love. What about time, can we buy time? I’m not talking about buying time to prolong our lives like the one in the movie In Time. What I mean by buying time here is we don’t have to wait for a long time doing certain things, so that we can have more time attending to other important things, or so we think that they are important.

Not convinced yet? I can give few examples. There is new movie showing in the cinema and you plan to watch it with your best friends. Your friends ask you to buy the tickets first. If you are to go there and queue to get the tickets it will takes you 15-20 minutes top, but if you buy the ticket online you can save the waiting time and it only costs you RM1 extra.

You work in Johor and have a meeting with potential clients in KL. You can drive for 4hours from JB to KL and hope that the traffic is not congested, or you can take a 45minutes flight from Senai to Subang and have more time to prepare yourself before meeting the clients. Of course the flight will cost you more money but it saves more of your time.

I’ll give another proof. Traditionally the wife will do most of the things like cooking, laundry, cleaning and also prepare the kids for school. In the beginning they still can manage with time, but as time passes by they will start complaining to the husband, “I can’t do everything at once la dear, can you find a maid to help me at home?” I’m not saying that this wife is lazy, she has a point there. Have to wake up in the middle of night because the baby is crying, not enough sleep, then have to prepare breakfast before you go to work, again the baby cry have to change the diaper, elder son still sleeping and he is already late for school so mother has to run upstairs and wake him up. It’s crazy!!! If you can pay RM8000 (recent) for a housemaid, then your wife can ask the maid to help with the laundry and cleaning so she will have more time to look after the kids and you.

If that’s the case, then those people with big fat wallets are at advantage don’t you think? One thing we have to keep in mind is The Almighty God is just. Everything comes with a price. You can have all the time you want, but if you don’t know how to manage it there is no different. You spend more time with your family, but do you think you have a quality time with them or everybody just doing their own work? That’s us, we tend to neglect things when we have them and only regret things once they are gone.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Quran: 103:1-3)”

A.Khairul



Friday, March 15, 2013

Muslim and His Neighbor: Melakans


Before this I heard many things about orang Melaka. They said orang Melaka don’t like Johoreans, they are very rude when talking to others, bila orang datang ke rumah dia sambut dengan “puji-pujian” dulu lepas tu baru dipelawanya masuk. Either all those things are true or not, you have to meet one truly pure Melakans and be friend with them only then you can know things for sure. *smile*

For me, I have been staying in Melaka for almost 5 months now and so far I think Melaka is a very nice place to stay. The people here are nice too. There was one time when I was on my way back walking to the hostel from  Melaka General Hospital, one Pakcik offered me a ride to the hostel.  At that moment I was like faith in humanity is restored. *smile* I feel comfortable to say “morning uncle!” to the uncle at the grocery shop and to my new neighbors. This morning only when I sapu sampah kat luar, the uncle next door say morning to me and we had a morning talk macam makcik-makcik in those typical Malay dramas, I was cleaning the drain and he was watering the flowers (hehehe). When people are being nice to us, smile, say hello, you’ll feel happy and it makes your day even more wonderful and ceria kan.

Kita hidup bermasyarakat kena la “mesra alam”, bukan dengan geng-geng kita je, dengan orang berlainan agama dan bangsa pun kita kena mesra juga la. Because some people are not like that, they restrict their good treatment only to neighbors who are related to him or who are Muslims. There was a story, Abdullah ibn  Amr had a sheep salughtered and he asked his slave,

“Did you give some meat to our Jewish neighbor? For I heard the Prophet say, ‘Jibreel kept on enjoining the good treatment of neighbors to the extent that I thought he would include neighbors as heirs,” (Bukhari and Muslim)

“Allah forbids you not, with regard to those who fight you not for (your) Faith nor drive you out of your homes, from dealing kindly and justly with them, for Allah loves those who are just.”  (Quran 60:8)

So be nice to those people around you, smile to them, InsyaAllah people will be nice to us and our loved ones.

A.Khairul

Sunday, September 9, 2012

Malu Beragama??

Beberapa hari lepas, penulis ada menonton sebuah rancangan di TV Al-Hijrah saluran ASTRO. Dalam rancangan tersebut ada satu segmen di mana ustaz tersebut menghampiri orang awam yang sedang menunggu dan mengajaknya berzikir. Pakcik yang ditemuduga itu kelihatan malu-malu apabila diminta menyambung doa zikir yang dibaca, manakala si isteri yang duduk di sebelahnya hanya senyum-senyum sambil memandang ke arah lain. Kemudian penulis bertanya pada diri sendiri di dalam hati,

“kalau aku la kan, tetiba orang tak kenal datang ajak berzikir macam tu, aku boleh buat tak?”
 
Saban kali apabila melihat orang lain berbuat kebaikkan yang penulis sendiri tidak buat, hati ini akan terdetik “macam lemah je iman aku ni?” Persoalan yang penulis cuba lontarkan di sini adalah berkaitan tentang individu muslim segan mempamerkan identiti dirinya sebagai seorang yang beragama ISLAM. 

Saturday, August 11, 2012

Ustaz Hussain Yee


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah pada Ramadhan yang lepas, saya telah "ditemukan" dengan Dr. Zakir Naik dan InsyaAllah di kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca SONOFANWAR tentang seorang lagi Sheikh yang baru saya kenali pada Ramadhan kali ini. Beliau adalah Sheikh Hussain Yee.

Serba sedikit tentang latar belakang beliau. Sheikh Hussain Yee lahir pada tahun 1950 dalam keluarga Cina beragama Buddha dan mula memeluk Islam pada usia 18 tahun. Beliau pernah menuntut di Universiti di Madinah dalam ilmu Hadith, dan kemudian pernah bertugas di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada tahun 1984. Selain bertindah sebagai pengerusi Institusi Al-Khadeem di Kuala Lumpur, beliau juga adalah salah seorang speaker di PeaceTV bersama-sama dengan speaker lain seperti Dr. Zakir Naik. Terdapat banyak video ceramah beliau yang boleh di tonton di YouTube. Jika ada kelapangan pada bila-bila masa, sama-samalah kita mendengar ceramah agama beliau. Mudah-mudahan penghayatan kita terhadap ajaran Islam semakin bertambah, InsyaAllah.

Khairul

Sunday, August 5, 2012

Be a cheerful Muslim

Some people think by being religious, we Muslims are not allowed to be cheerful and have a sense of humor. Everything is HARAM!!! This is not true at all. In Saheeh Muslim, it says that the Prophet (pbuh) said:

“Do not think little of any good deed, even if it is just meeting your brother with a cheerful countenance”

We can see the difference between this sublime society and the materialistic society. I must admit, sometimes I am too preoccupied with my gadgets in a public place. If you really are in a tight schedule once in a while, that’s fine. People can understand that, but still at least smile when you meet others. “Ala kita senyum nanti bukannya orang tu nak senyum balik. Muka nak ‘ketat’ je.” Brother let me ask you this question, do you smile all the time? If not, don’t whine about it. You smile to someone, even if that person doesn’t smile back, do it anyway. *smile*

Can Muslims tell jokes? Of course we can. Even our beloved Prophet Muhammad (pbuh) used to joke, but he never said anything but the truth in his jokes. There’s nothing wrong to joke with people when it is appropriate to do so, but do it without going to extremes or saying anything hurtful. Prophet Muhammad (pbuh) every time he told a joke, he did so to cheer people up, unlike some of us who tells joke to humiliate others. 

Sunday, July 8, 2012

True Muslim is Straightforward

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. The other day, I told something in twitter which I didn’t intend to do in the first place. But something happened and I think I should clear things up for everyone. Honestly, to talk about something personal like relationship status openly is not my style. That is why I only shared about it with my twitter friends, 55 of them not hundreds or thousands.

I don’t like to gossip about others and others to gossip about me. Whenever people talk about other’s personal life, I prefer not to be an “investigating officer”. Dengar sekadar dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau tuan empunya badan nak bercerita dia akan cerita, kita tiada hak untuk campur tangan masalah peribadi orang. That is my principle. If people want to say I’m anti-social because of that, you can say what you want. *smile*

“…. Nor speak ill of each other behind their backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, you would abhor it. But fear Allah: for Allah is Oft-Returning. Most Merciful.” (Quran 49:12)

Sunday, June 10, 2012

Change, Why Wait?



In the name of Allah the Most Gracious, Most Merciful
We heard about it so many times, we watched it in many Malay dramas and it comes to me to ask this question “Why do we have to wait until the person who gives us advice is gone, only then we’ll change for good? Why?” Yes people this is the ugly truth about us.

Only after the parents had passed away the son will say, back then his parents had told him to do this and that. Alhamdulillah the son finally realized what his parents tried to teach him, BUT at that time the parents are not around anymore to witness his change, to be proud and happy for him. 

Tuesday, May 1, 2012

Mewarisi Mukjizat Terbesar

Al-Quran, The Book of Life. Mukjizat paling agung yang diberikan kepada insan bernama Muhammad Bin Abdullah untuk disampaikan kepada umat manusia. Kitab yang didalamnya tersimpan banyak pengajaran dan panduan untuk manusia. Ia adalah Kalam Allah, Tuhan yang mencipta segala-galanya, yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi.

Saya percaya sebagai seorang Muslim kita tahu dan sedar akan hakikat semua itu, tetapi adakah kita betul-betul ‘mengangkat’ dan ‘menjunjung’ Al-Quran setimpal dengan kedudukannya? Adakah kita membacanya setiap hari? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Setahun sekali atau hanya pada bulan Ramadhan sahaja? Adakah kita ada cuba untuk memahami ayat-ayat Al-Quran yang kita baca?

Sunday, April 1, 2012

Falsafah dan Islam: I'm Muslim First

Salah satu daripada tabiat saya adalah membaca sesuatu yang berkaitan dengan falsafah, idea, dan pemikiran. Ada pelbagai buku-buku yang menghimpunkan falsafah-falsafah pemikiran sama ada daripada barat mahupun timur, yang terdahulu mahupun moden. Jujur saya katakan di sini saya tidak kenal siapa mereka semua, tetapi tulisan-tulisan mereka, pemikiran dan idea mereka banyak membuka mata dan sedikit sebanyak mengubah cara saya berfikir.

Dalam hal berkaitan falsafah dan pemikiran saya lebih suka untuk bersifat terbuka, membaca, mendengar dan membuat penilaian berdasarkan amar makruf nahi munkar. Ini yang ingin saya bincangkan di sini. Falsafah (idea pemikiran) dan Islam seharusnya jalan berseiringan, kerana Islam sendiri menggalakkan kita untuk berfikir. Walaubagaiamana pun sebagai seorang Muslim, rujukan dan panduan mutlak kehidupan kita di dunia ini adalah Al-Quran dan As-sunnah Rasul (SAW).