Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
"Sesungguhnya kamu mempunyai
tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam 2 tahun
pengalaman saya bekerja di hospital, saya telah bertemu dengan berbagai-bagai jenis
ragam pesakit dan keluarga pesakit. Dalam pemerhatian saya kebanyakkan daripada
rakyat Malaysia masih lagi kurang kesedaran tentang penjagaan kesihatan,
terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit seperti kencing manis (diabetes),
darah tinggi (hypertension), dan sakit jantung (heart disease).
Banyak
kemasukkan pesakit ke wad boleh dielakkan jika mereka mengambil ubat seperti
yang dinasihatkan dan mengamalkan pemakanan seperti yang telah disarankan.
Dukacitanya, masyarakat kita masih ramai yang makan ubat ikut selera sendiri
dan mengambil mudah dari aspek pemakanan.
Alasan yang
sering diberi adalah, “kalau ambil ubat kencing manis lama-lama nanti
buah pinggang rosak” “Saya tak ada rasa sakit buat apa makan ubat darah tinggi
Doktor.” “Saya cuba ambil produk XYZ, depa kata boleh bagi baik sakit saya
Doktor”. Tuan Puan, adakah anda Tuan Puan tahu punca Tuan Puan boleh dapat
penyakit kencing manis & darah tinggi? Salah satu penyumbangnya adalah kerana KURANG PENJAGAAN
DARI SEGI PEMAKANAN.
"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak
makan itu punca segala penyakit" (Hadis riwayat muslim)
"Makan dan minumlah kamu dan jangan
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
berlebih-lebihan" (Surah
al-A'raf:31)
Tujuan doktor bagi ubat dan nasihat pemakanan dan kesihatan adalah untuk
mengawal masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi Tuan Puan agar tidak
bertambah teruk dan MENIMBULKAN KOMPLIKASI YANG LAIN, seperti rosak buah
pinggang, stroke, jantung tersumbat dan sebagainya. Kerisauan tentang kesan
sampingan ubat, pada hakikatnya akan terjadi kalau Tuan Puan tidak mengikut
nasihat doctor. Oleh sebab itu doctor di Klinik Kesihatan/ swasta akan memberi temu
janji mengikut tarikh tertentu untuk memantau keadaan kesihatan Tuan Puan dalam
pada masa yang sama memastikan Tuan Puan mengikut nasihat kesihatan yang telah
diberikan seperti PENJAGAAN PEMAKANAN, SENAMAN dan sebagainya.
Jika bacaan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi Tuan Puan dalam
keadaan baik, tiada masalah untuk doctor MENGURANGKAN BILANGAN UBAT YANG DIAMBIL
SECARA BERPERINGKAT, dengan syarat Tuan Puan perlu mengikut arahan pemakanan ubat seperti yang
disarankan. Apa yang paling menyedihkan, terdapat sesetengah pesakit lebih
percaya kepada produk komersial lain yang tiada bukti saintifik dan kajian
menyeluruh tentang keberkesanannya berbanding ubat-ubatan hospital yang
terbukti berkesan dari segi saintifik dan kajian klinikal.
Lebih mendukacitakan ada sesetengah pesakit sanggup membuang bekalan
ubatan yang diberikan dek kerana lebih percaya pada produk sampingan. Ini jelas
menunjukkan masyarakat kita masih lagi tidak tahu menghargai penjagaan
kesihatan dan MENGAMBIL MUDAH TENTANG PENYAKIT “BIASA” YANG MEREKA HIDAPI KERANA
ADANYA BANTUAN SUBSIDI KERAJAAN UNTUK UBAT-UBATAN. Persoalan yang ingin saya
timbulkan di sini, adakah
masyarakat kita akan lebih peka tentang penjagaan kesihatan jika kita perlu
mananggung sendiri segala kos perubatan?
Sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat bermula dari
sekarang, dan hargailah nikmat tubuh badan yang sihat yang telah Allah berikan.
Sesungguhnya menjaga kesihatan itu juga adalah satu ibadah.
DR
A. KHAIRUL
1 comment:
I was recommended this web site by my cousin. I am not sure
whether this post is written by him as nobody else
know such detailed about my problem. You're incredible!
Thanks!
Post a Comment