Cancer dan tumor?
[Ref: Carcinogenesis and Neoplasia, 5th
edition General and Systemic Pathology, J.C.E Underwood and S.S. Cross]
Pada asasnya cancer dan tumor adalah perkara yang sama,
dalam Bahasa Melayu ia disebut sebagai kanser
atau ketumbuhan. Pada saya penjelasan ini sangat
perlu kerana masih terdapat mereka yang keliru dengan maksud perkataan
tersebut. Apabila berbicara tentang ketumbuhan, ramai orang menganggap ia
adalah sekadar penyakit biasa, bukan kanser.
Apa itu kanser?
Badan manusia terdiri daripada beberapa sistem
(sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem pembiakan, sistem perkumuhan).
Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Setiap organ terdiri daripada
beberapa tisu badan, dan setiap tisu badan terdiri daripada beberapa sel. Kebiasaannya pertumbuhan sel badan adalah terkawal, tetapi
apabila ia sudah hilang kawalan dan tumbuh “sesuka hati” maka itu yang
dipanggil sebagai kanser.
Contohnya penyakit leukemia yang merupakan salah satu kanser sel darah putih yang
disebabkan oleh bilangan sel darah putih yang melebihi normal.
Bagaimana seseorang
boleh mendapat kanser?
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan
seseorang itu mendapat kanser. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada faktor
luaran dan faktor individu itu sendiri. Faktor luaran itu boleh terdiri
daripada bahan kimia seperti Polycyclic aromatic
hydrocarbon yang terdapat dalam
tembakau atau nitrosamines
yang terdapat di dalam baja. Pendedahan pada tenaga radiasi untuk jangka masa panjang seperti cahaya UV juga
boleh menyebabkan kanser kulit terutamanya pada mereka yang berkulit cerah.
Penggunaan steroid yang tidak terkawal
(anabolic, androgen, estrogen) juga boleh meningkatkan risiko seseorang
menghadapi kanser. Terdapat juga beberapa bakteria,
fungus dan virus yang boleh menyebabkan kanser seperti virus hepatitis B
dan C (HBV dan HCV) yang menyebabkan kanser hati.
Sesetengah kanser mempunyai faktor genetic seperti kanser payudara. Pemakanan seseorang juga boleh mempengaruhi risiko
mendapat kanser. Kajian menunjukkan terdapat kaitan antara makanan yang
mempunyai lemak yang tinggi dengan penyakit kanser. Sementara itu kandungan
protein yang sederhana dalam makanan serta kaya dengan serat dipercayai dapat
mengurangkan risiko kanser.1 Pengetahuan tentang perkara yang boleh
menyebabkan kanser ini sangat penting kerana ia dapat membantu kita mengambil
langkah berjaga-jaga supaya penyakit kanser dapat dihindari, ini yang dikatakan
sebagai peringkat pertama pencegahan penyakit (primary prevention of diseases).
"Mencegah lebih baik daripada mengubati"
Khairul
2 comments:
translate kaa?? hehe
menyumbang setakat mana yang mampu. =)
Post a Comment