Photo credit: http://ultra.wikia.com/wiki/Ultraman_(character) |
Bismillahirrahmanirrahim,
Penulisan entri untuk kali ini adalah
sekadar untuk menzahirkan pendapat dan pandangan saya tentang isu yang hangat diperkatakan
tidak lama dahulu iaitu berkaitan tentang pengharaman buku Ultraman The Ultra Power
oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Rata-rata tindak balas orang
ramai yang saya lihat di laman sosial terutamanya pada ketika itu adalah
mempersoalkan keputusan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri tentang
pengharaman buku tersebut. Tidak kurang juga terdapat sesetengah pihak yang
cuba menimbulkan sandiwara politik berkaitan dengan hal itu. Antara komen yang
banyak dikongsikan oleh orang ramai yang dapat saya ingat adalah “buku ultraman
diharamkan, majalah mangga tak pulak.”
Saudara saudari, perkara seperti
inilah yang akan berlaku apabila kita terlalu cepat melatah dan mengeluarkan komen
tanpa membuat rujukan dan memproses maklumat yang diperoleh dengan teliti. Yang
diharamkan itu hanyalah buku Ultraman The Ultra Power dan bukannya kesemua
jenama Ultraman, oleh itu jika anda merupakan peminat tegar Ultraman sekali pun
anda masih boleh membeli barangan Ultraman yang lain. Kenapa perlu “menghentam”
KDN?
Sebagai seorang Muslim, situasi
ini mengingatkan saya tentang perintah Allah yang mengharamkan arak dan pemakanan daging khinzir ke atas orang Islam. Untuk mereka yang menentang perintah ini,
hujahnya amat serupa seperti yang saya maksudkan dalam kes buku Ultraman
tersebut. Yang diharamkan cuma dua benda perkara sahaja, masih terdapat pelbagai
sumber makanan dan minuman lain di muka Bumi ini, oleh itu mengapa perlu
persoalkannya?
Perkara kedua yang saya ingin
sentuh adalah berkaitan dengan suara-suara yang mempersoalkan pengharaman buku
Ultraman tetapi bukan majalah Mangga. Pada amatan saya, keputusan yang di buat
oleh KDN dalam isu buku Ultraman tersebut adalah berdasarkan kerana
kandungannya itu berkaitan dengan soal AKIDAH, yang mana adalah sangat
jelas di dalam buku tersebut terdapat unsur yang menyekutukan Allah. Bagi
persoalan majalah Mangga pula, isu yang timbul mengenai kandunganya adalah
lebih kepada soal AKHLAK.
Akidah itu umpama perkara asas kepercayaan
bagi seorang Muslim, sebab itu adalah sangat penting untuk menjaga akidah. Jika
akidahnya utuh InsyaAllah akhlaknya juga akan elok, namun jika akhlaknya tidak
berapa elok pun asalkan pegangan akidahnya masih adam proses mentarbiah itu
adalah lebih mudah jika ingin dibandingkan dengan individu yang akidahnya sudah
goyah sejak dari awal lagi. Walaubagaimana pun, saya tetap bersetuju bahawa
majalah Mangga juga perlu dipantau penerbitannya dan mudah-mudahan KDN dan
JAKIM akan dapat membuat perubahan yang positif dari masa ke semasa.
Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan pencerahan kepada saya dan anda yang membaca. Peringatan kepada kita agar lebih cermat dan bijak apabila berkata-kata. InsyaAllah bersama-sama kita membaiki kekurangan diri. Ikhlaskan hati, perbetulkan niat dan ingatlah redha Allah adalah keutamaan kita.
A.Khairul
No comments:
Post a Comment