Tuesday, January 24, 2012

Problem management, Khairul's style


Problems? In dilemma? Can’t think clearly? Don’t know what to do? Bak kata kaunselor saya dulu, Cikgu Sahabuddin dengan loghat  Kelantan-nya “rilek dulu~” Jangan buat keputusan terburu-buru masa jiwa tengah kacau, nanti menyesal tak sudah. Tak semua orang dapat kawal perasaan tenang bila ditimpa masalah, tapi untuk mereka yang dapat kawal perasaan SubhanaAllah, tahniah! Saya pun macam kebanyakkan orang lain selalu berdepan dengan masalah, kekadang tu masalah tu tak ada kaitan dengan saya pun (kata orang) tapi saya pula yang runsing. Abang Ipar saya cakap, “Angah ni emosi la~” lol. 

Masalah ni ada pelbagai dan selalunya ia akan berkait dengan pelbagai faktor, agama, keluarga, rakan-rakan, kewangan dan juga kemahuan diri. Nak selesaikan masalah bukan macam jawab soalan matematik zaman sekolah rendah. Analoginya seperti;

Ahmad ada RM10. Dia ingin membahagikan wang yang ada untuk dia, Amin dan Mamat. Berapakah jumlah wang yang akan setiap orang dapat? 

Skema jawapan: Setiap orang akan dapat RM3.33333

Realitinya adakah setiap orang akan dapat RM3.33333. Paling tidak seorang akan dapat RM3 dan bakinya sama ada masing-masing berebut nak RM1 atau depa semua setuju masuk RM1 dalam tabung masjid. Dalam kehidupan seharian nak selesaikan masalah atau dilemma yang kita hadapi bukan sangat mudah dan juga bukan sangat susah. Kalau pendekatan tu betul, kena pada caranya InsyaAllah masalah akan selesai. Apa yang saya buat bila berdepan konflik? Mungkin sedikit sebanyak dapat bantu pembaca. Perkara utama yang akan saya pastikan,

 JANGAN CEPAT MELATAH!
Tuhan tak uji kita dengan masalah yang kita tidak mampu hadapai. Cuba kawal perasaan yop emosi nak marah, nak nangis semua tu. Kita sendiri tahu tahap kesabaran kita. Bila rasa tak boleh nak terima lagi factor luaran yang menyebabkan kita rasa nak marah, take a break, pause, berhenti baca, keluar sebentar dari bilik mesyuarat. Buat apa duk lama-lama lepas tu emosi tak tentu pasal. Bila orang cakap EMOSI marah plak!? Not everyone can take care of our feelings, so kita kena pandai jaga perasaan sendiri juga la.

TENANGKAN DIRI DAN PERASAAN
Kalau kita belum tunaikan solat, pi ambil wudhu kita solat dulu. Selesai solat doa minta Allah tenangkan perasaan dan beri petunjuk untuk berdepan dengan konflik yang kita hadapi. Lakukan apa-apa akitiviti yang kita rasa dapat lapangkan fikiran, berjogging, melukis, nyanyi sorang-sorang, watch some cartoons or comedy show, window shopping. Nak menjerit pun boleh asalkan tak kacau orang lain tidur. Kalau nak buat juga, rendam kepala dalam air lepas tu jerit puas-puas. *sengih*

CHECK FOR PROS AND CONS
Ambil satu paper A4 kita list down pros and cons for every options yang ada, SWOT analysis (Strength, Weakness, Opportunity, Threat) pun boleh. “Ala skemanya nak tulis-tulis macam ni.” The truth is we sometimes do those things subconsciously, bezanya ada orang dia tulis atas kertas jadi benda yang dia fikirkan tu lebih jelas, how do you think those inventors can work and proceed with their ideas. Maksud saya, kita belajar pasal pros and cons, SWOT analysis dalam kem motivasi and also in business studies so why don’t we put that knowledge to use. *wink*

TALK TO SOMEONE
This is necessary because bila kita bercakap dengan orang tak kira la family or friends, sedikit sebanyak dapat kurangkan fikiran yang tidak rasional. Tapi kena pastikan juga yang orang tu bukan dalam keadaan ber’emosi’ atau senang sangat ‘emosi’ bila kita cerita masalah kat dia. Itu gunanya keluarga dan kawan-kawan, bila kita emosi diorang tolong tenangkan kita, bila depa emosi turn kita pula tenangkan diorang. Kalau saya perlukan pandangan orang lain saya akan cakap terus, “kau rasa macam mana?” We have to make it clear if we want that person either to listen or give his/her opinions in regards to our problem. Sesetengah orang bercerita masalah sebab nak luahkan perasaan je, ada yang bercerita sebab inginkan penyelesaian, so help yourself to help people to help you *smile*.

“Chill la bro! hadapi dengan senyuman! Like a boss!”

Khairul

No comments: