Sunday, January 1, 2012

Cure the DISEASE, not the SYMPTOMS

Sering kali kita didatangi mereka yang mengajak kita kearah kebaikkan. Saling membetuli perkara yang salah, dan juga hampir saban hari minda kita akan dijamu dengan pelbagai nasihat daripada orang di sekeliling kita. Mudah-mudahan usaha-usaha ini dapat memberatkan amal baik kita dihadapan Allah S.W.T. Terdapat suatu hadith Nabi S.A.W

“Sesungguhnya Allah sangat suka bahkan cinta seseorang kamu apabila melakukan sesuatu, melakukannya dengan ketekunan dan kemahiran”

Apa kata kita aplikasikan sabda Nabi tersebut dalam usaha kita menasihati orang lain. Sejauh mana nasihat kita boleh diterima orang. “Aku dah bagi nasihat, kira dah lepaslah tanggungjawab aku.” Adakah ketekunan disitu kerana hal ini tidak ubah seperti melepaskan batok di tangga. Daripada apa yang penulis lihat dalam suasana masyarakat pada hari ini, kita lebih focus kepada symptom masalah itu daripada punca sebenar masalah itu berlaku “the disease”. Sebagai contoh kes pembuangan bayi. Penubuhan Pusat Penjagaan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch bukanlah penyelesaian mutlak, kerana permasalahan sebenarnya adalah aktiviti zina. Selagi mana aktiviti zina itu berlaku, selagi itulah akan ada kes anak luar nikah dan berlakunya pembuangan bayi. Kita tidak menyelesaikan masalah utama!

Begitu juga dalam usaha kita untuk melahirkan individu yang efisien, berdisiplin dan berbudi pekerti mulia. Sekadar memberi nasihat kepada mereka untuk berbuat begini dan begitu tidak dapat melahirkan insan yang berkualiti, tetapi hanya seorang hipokrit. Menepati masa hanya kerana peraturan, beratur membeli tiket dan sebagainya hanya apabila terdapat tanda beratur. Dalam erti kata lain, kebaikkan yang dilakukan hanya kerana ada mata manusia yang memerhati.

Pada pandangan penulis, permasalahan utama kita “the disease” adalah pada cara kita berfikir. Tidak kira mereka yang ingin mengajak orang melakukan kebaikan atau pun orang yang diajak, cara kita berfikir perlu diperbaiki terlebih dahulu. Anjakan paradigma. Tiada gunanya menasihati seseorang tentang dosa dan pahala selagi mana dia tidak yakin akan adanya Syurga dan Neraka. Tiada guna berbicara tentang kebenaran selagi mana hati dan pemikiran seseorang masih dikuasai oleh emosi. Sepanjang perjalanan kehidupan penulis selama 22 tahun ini, penulis berpegang kepada 3 kualiti utama yang pada hemat penulis sangat penting dalam membentuk cara kita berfikir. 

Berfikiran terbuka dalam memberi dan mendengar pendapat, sebagaimana air tidak dapat dituang dalam cawan yang penuh.
Mengawal emosi dan perasaan marah “mind over body”, kerana emosi cenderung membawa kita kepada keputusan yang akan kita kesal dikemudian hari.
Bersederhana dalam semua perkara.

Apabila cara berfikir sudah betul, berilah apa sahaja nasihat yang baik, orang pasti akan terima dan terbuka untuk berdiskusi mengenainya. Malah penghayatannya terhadapa nasihat, info dan maklumat yang diperoleh akan bertambah mendalam. Sesungguhnya proses perubahan itu bukan mudah, tetapi jika kita gigih dan yakin pada diri, dengan izin Tuhan tiada yang mustahil. Memetik kata-kata Socrates, orang yang mahu menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya sendiri. Inilah sedikit buah tangan yang dapat penulis kongsikan bersama dengan pembaca sempena tahun baru masihi 2012. Moga bermanfaat buat diri penulis dan pembaca semua. 

Khairul

No comments: