Thursday, November 4, 2010

ISLAM-phobia, ISRAEL-phobia, USA-phobia

Di barat istilah Islam-phobia sangat terkenal. Dari mana mulanya saya tidak pasti. Mungkin daripada seorang individu biasa, mungkin daripada suara pakat masayarakat , mungkin diperkenalkan oleh pemimpin negara atau mungkin daripada sebuah organisasi rahsia yang berniat menjatuhkan maruah Islam. Dengan sesetengah masyarakat di barat apabila ditanya tentang Islam cepat sahaja mereka kaitkan dengan keganasan. Berlaku sahaja kes pengeboman, perkara pertama yang mereka akan fikirkan extremist Islam.

Sebagai seorang Muslim saya tidak gemar orang melabelkan agama yang saya anuti sebagai agama yang menganjur keganasan. Kerana maksud Islam itu sendiri daripada kata dasar arab yang memberi makna SELAMAT. Apa yang saya dan kita semua mampu buat adalah dengan menunjukkan sendiri kepada mereka melalui amalan dan pergaulan kita bahawa ISLAM itu agama yang menganjur keDAMAIAN. Api lawannya bukan dengan api.

Saya sering kali terbaca artikel-artikel yang menyatakan bahawa produk itu dan ini adalah konspirasi ISRAEL dan USA. Kadangkala sesetengah hujah yang mereka berikan pada pandangan saya sangat lekeh. Hanya kerana teradapat huruf ‘i’ dan ‘u’ mereka mengatakan barang itu mempunyai kaitan dengan ISRAEL dan USA. Ini yang saya katakan Israel-phobia dan USA-phobia. Perkara ini tidak ubah seperti apa yang mereka lakukan kepada kita. Kemudian apabila dibaca oleh orang yang kononnya ‘cinta dan sayang’ kepada agama, cepat sahaja artikel seperti itu di-forward­-kan.

Satu perkara yang kita perlu tanya pada diri sendiri, sejauh manakah kebenaran artikel tersebut. Jika apa yang dikatakan di dalam artikel itu tidak benar dan kita pula menyebarkannya, itu sudah dikira FITNAH. Cuba bayangkan apa akan terjadi kepada produk yang di-FITNAH, penjualan menurun dengan mendadak dan akhirnya mungkin syarikat tersebut perlu ‘gulung tikar’. Ini bermakna kita telah mengganggu ‘periuk nasi’ orang lain. Situasi ini sama seperti kes mensabotaj perniagaan orang lain dengan menghantar jin dan sebagainya, tetapi dalam hal ini jin duduk relaks sahaja.

Pernah kita terfikir bahawa artikel sedemikian rupa barangkali ditulis oleh musuh Islam sendiri dengan tujuan untuk menjatuhkan pesaing-pesaing mereka. Sedang kita sibuk meng-forward­-kan artikel-artikel tersebut, orang-orang yang berkenaan tergelak besar melihat kebodohan kita yang percaya dengan artikel palsu mereka.

Apa yang saya ingin katakan di sini adalah, apabila terbaca artikel yang sedemikian rupa janganlah terlalu cepat menyebarkannya. Tuhan bagi kita akal untuk fikir supaya kita jangan mudah ikut orang secara membuta tuli. Untuk individu yang saya tidak tahu apa tujuannya menyebarkan artikel-artikel yang kononnya untuk kebaikkan dan kesedaran umat manusia, ketahuilah Nabi S.A.W pernah bersabda:

Celakalah ke atas mereka yang berkata-kata dusta dengan tujuan untuk memperoleh perhatian”

p/s: sekadar untuk renungan bersama

Khairul

2 comments:

wankhai said...

true.

A.KHAIRUL said...

Ulasan daripada Ustaz Kazim Elias: Al-quran (49:6)
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1729127870752&oid=125074957541518&comments