Friday, November 19, 2010

'Friday Talk' Muslim and His Parents

“Serve Allah, and join not any partners with Him; and do good – to parents...” Quran (4:36)

Sebagai seorang Muslim tanggungjawab utama kita adalah untuk berbakti kepada Allah s.w.t, dan dalam ayat di atas jelas menunjukkan yang datang selepas itu adalah tanggungjawab untuk berbakti kepada ibu bapa. Dapat kita lihat di sini betapa Islam meletak tinggi martabat ibu bapa.

Al-Quran dan hadis sudah menerangkan dengan sangat terperinci tentang adab-adab dan tanggungjawab seorang Muslim kepada ibu bapanya. Antaranya adalah melayan mereka dengan lembut dan penuh rasa hormat, mentaati perintah mereka, dan berbuat baik kepada sahabat-sahabat mereka.

Melayan mereka dengan lembut dan penuh rasa hormat yang dimaksudkan di sini meliputi cara kita bercakap dengan parents, panggilan kita terhadap mereka dan cara kita menjaga mereka apabila mereka sudah uzur. Islam mengajar kita supaya menghormati ibu bapa kita walau sejahat mana pun mereka, mahu pun jika mereka berlainan agama dengan kita. Hal ini kerana ibulah yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan ibu jugalah yang telah berjaga malam untuk menyusukan kita. Bapalah yang terpaksa membanting tulang empat kerat siang dan malam untuk mencari nafkah bagi membesarkan kita. Sikap “kacang lupakan kulit” sama sekali bukan ajaran Islam. Berlainan dengan budaya di sesetengah tempat, dimana akibat rasa marah dan benci kepada ibu bapanya, tiada lagi panggilan ayah, emak, dad, mom. Bahkan ibu bapa dipanggil dengan nama sahaja. Di mana letaknya darjat ibu bapa di sini, sama taraf dengan kawan-kawan? Di dalam satu kisah hadith daripada Asma’ Binti Abi Bakar as-Siddiq:

“my mother came to me, and she was a mushrik at the time of Prophet. I asked the Prophet: ‘My mother has come to me and needs help, so should I help her?’ He said, ‘Yes, keep in touch with your mother and help her,” (Bukhari and Muslim)

Mentaati perintah ibu bapa adalah salah satu perkara yang diajarkan oleh Islam kepada penganut-penganutnya. Mentaati ibu bapa ini wajib selama mana mereka tidak menyuruh kita mensyirikkan Allah. Teguralah mereka dengan berhemah jika mereka silap. Nabi S.A.W dengan jelas telah menyatakan bahawa derhaka kepada Ibu bapa adalah salah satu daripada dosa-dosa besar. Kadang-kala kita secara tidak sedar lebih mengutamakan kawan-kawan, dan anak isteri daripada ibu bapa kita. Contoh mudah yang boleh saya beri, kita dah bercadang untuk keluar dengan kawan-kawan, kemudian ayah ajak kita temannya ke bandar. Apa pilihan yang kita buat? Orang yang “pandai cakap”:

ala~ dah janji dengan kawan ni, kalau tak tepati janji itu kan sifat orang munafik.”

Kalau setakat keluar jalan tengok wayang, melepak tak tentu arah kan semua tu boleh tunggu. Dah lah jarang-jarang duduk rumah, bila ayah minta tolong teman je pun tak nak ambil peluang. “Ayah tak kata apa-apa pun,” memanglah ayah tak kata apa-apa sebab anak dia dah besar panjang, dan sepatutnya tahu kewajipannya. Mungkin si Ayah senyum tengok anak dia gembira dengan kawan-kawan, tetapi dalam hati si Ayah kalau ada sebesar zarah pun rasa terkilan dengan sikap si anak, maka derhakalah anak itu. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ingat kisah Jurayj?

Islam bukan setakat mengajar kita untuk berbakti kepada Ibu bapa selama mana mereka masih hidup, bahkan apabila mereka sudah tiada pun kita masih boleh berbakti kepada mereka. Betapa tingginya martabat ibu bapa di dalam Islam. Nabi S.A.W bersabda apabila ditanyakan kepada baginda tentang perkara yang boleh dilakukan oleh seorang Muslim untuk ibu bapanya setelah mereka menigggal dunia:

“Yes, there are four things: praying and asking forgiveness for them; fulfilling their promises; respecting their friends; and keeping in contact with your relatives, for you have no relatives except through them” (bukhari in Al-Adab al-Mufrad)

Inilah apa yang diajarkan oleh Islam kepada penganut-penganutnya. Persoalannya, sejauh manakah kita mengikuti apa yang diajarkan oleh Islam di dalam zaman yang serba moden dan bertamadun ini di mana setiap anak inginkan ibu bapanya sporting. Sporting Ibu bapa ada hadnya, tetapi apabila ia melibatkan peraturan Allah, tiada sporting bagi mu!!! Bagi kita anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa untuk berbakti, manfaatkanlah masa yang ada bersama-sama ibu bapa untuk berbakti kepada mereka atau pun perbaiki hubungan kita dengan mereka. Bagi ibu bapa dan kita yang bakal bergelar ibu bapa suatu hari nanti, sedarlah Islam meletak tinggi taraf Ibu bapa iaitu selepas kewajiban berbakti kepada Allah S.W.T. Janganlah kita mencemarkan taraf ibu bapa itu dengan sewenang-wenangnya dengan memberi contoh teladan yang buruk mahupun mengabaikan tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita iaitu MENDIDIK dan membesarkan anak-anak. Jangan sampai anak-anak berasa jelik dan hilang rasa hormat terhadap ibu bapa. Jika ibu bapa sendiri pun mereka tidak hormat apatah lagi orang dewasa lain di luar sana? Sama-sama kita ambil pengajaran.

“And, out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: ‘My Lord! Bestow on them Your Mercy even as they cherished me in childhood,” Quran (17:24)

Takziah kepada Syafi Atikah Yusoff sekeluarga atas pemergian ayahanda tersayang keRahmatullah pada 19/11/2011 jam 5.00pm. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya. Al-fatihah.

Khairul

No comments: