Thursday, December 22, 2011

Jom Lepak Membaca

Saya masa kecik dulu, paling tak faham kenapa la orang suka sangat tengok berita di TV pukul 8.00 malam. Sebab biasanya bila balik kampong, saya akan bawa game PS sebab nak main dengan sepupu semua. Tengah-tengah seronok main, tetiba datang Pak Cik saya okay okay tutup jap, orang nak tengok berita.” Dengan perasaan kecewa dan ingin memberontak tapi takut (sekolah rendah lagi masa tu) kami pun buat kerja lain. Masa sekolah rendah memang anti-berita *sengih*. Ada orang pernah tanya, apa yang saya biasa buat pada waktu pagi bila berada di rumah. Kalau anda tanya soalan ni 5 tahun lepas, saya pasti akan jawab “main video games” tetapi sekarang jawapan akan saya bagi adalah “baca berita”. Sesetengah orang memang jarang dan ada juga yang tak suka baca berita. Alasan yang biasa saya dengar, “aku malas la nak pergi beli surat khabar”. Okay takpa, sekarang kan dah canggih semua orang boleh dapat akses Wifi, boleh baca daripada internet apa? ”aku malas la nak baca berita panjang-panjang.” Alasan pertama: Malas membaca.“biarlah apa jadi kat tempat lain, tempat kita selamat je.” Alasan kedua: Bukan bidang kita. Macam mana nak jadikan membaca ni habit ea?

Sejarah saya mula minat untuk membaca bermula daripada komik Anak-anak Sidek, Doraemon kemudian Mutiara Naga dan bermacam-macam komik lain apabila masuk SDAR. Masa di SDAR lah saya mula membaca New Straits Times (sebab setiap kelas dapat satu) dan Reader’s Digest (sebab set teacher selalu bawa masuk dalam kelas). Mula-mula membaca tu macam terpaksa sebab nanti mudah untuk buat karangan BM, essay English dan of course essay EST, tetapi sampai suatu tahap dia akan jadi macam suatu habit tanpa kita sedar. Kita akan jadi nak tahu apa perkembangan baru dunia. Perkembangan yang saya maksudkan di sini bukan hanya perkembangan politik atau gossip artis sahaja tetapi tentang perkara lain seperti kemahiran baru yang boleh kita pelajari, info tentang kesihatan, penemuan baru dalam sains dan sebagainya. Siapa tahu dalam keadaan terdesak, maklumat daripada masa lepak membaca ni yang boleh bantu kita, kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan.

Secara peribadi saya membaca sekadar untuk mengisi masa sementara menunggu suatu perkara. Jika saya pergi menonton wayang seorang diri, kebiasaannya selepas membeli tiket wayang saya akan singgah ke kedai buku untuk mencari bahan bacaaan yang ringan, sebab pada saya itu lebih baik daripada kita “tawaf” satu shopping mall berulang kali dan tak beli apa-apa pun. Membazir tenaga, membazir masa. Sekurang-kurangnya kalau membaca dalam 30 minit tu adalah juga maklumat yang kita dapat. Kalau nak membeli buku semasa menunggu tu, cadangan saya belilah buku yang di luar bidang anda. Disamping meluaskan pengetahuan, membaca sesuatu yang diluar bidang kita kadangkala dapat memberi inspirasi dalam kehidupan seharian kita. Cubalah!!

“Buy a book you did not even know exist. Then sit down with a cup of hot chocolate to read them and be inspired” –Fredrik Haren-

Mungkin akan ada orang kata, “beli buku banyak-banyak tapi tak habis baca buat apa!?”. Ada orang yang suka beli buku banyak-banyak dan tempatkan semua buku itu dalam mini library di rumah. Sekurang-kurangnya bila mereka terasa ingin membaca, mereka senang untuk mendapatkannya. Ada pula orang yang lebih selesa membeli satu buku, membacanya sehingga habis dan kemudian barulah dia akan membeli buku baru. Terpulang kepada individu asalkan kita membaca. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah untuk menggalakkan diri kita supaya rajin membaca, jadikan membaca itu sebagai satu budaya kita. Jadilah manusia yang berilmu, bukan kerana ingin mendapat pengiktirafan orang lain, tetapi kerana itu tanggungjawab kita kepada Tuhan yang mencipta kita. Apa yang paling penting adalah untuk memanfaatkan apa yang kita baca dengan berkongsi dengan keluarga, kawan-kawan, dan anak-anak.

“Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari

ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang

yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal

ia masih mahu menambahkannya.” –Lukmanul Hakim-

Khairul

No comments: