Sunday, April 1, 2012

Falsafah dan Islam: I'm Muslim First

Salah satu daripada tabiat saya adalah membaca sesuatu yang berkaitan dengan falsafah, idea, dan pemikiran. Ada pelbagai buku-buku yang menghimpunkan falsafah-falsafah pemikiran sama ada daripada barat mahupun timur, yang terdahulu mahupun moden. Jujur saya katakan di sini saya tidak kenal siapa mereka semua, tetapi tulisan-tulisan mereka, pemikiran dan idea mereka banyak membuka mata dan sedikit sebanyak mengubah cara saya berfikir.

Dalam hal berkaitan falsafah dan pemikiran saya lebih suka untuk bersifat terbuka, membaca, mendengar dan membuat penilaian berdasarkan amar makruf nahi munkar. Ini yang ingin saya bincangkan di sini. Falsafah (idea pemikiran) dan Islam seharusnya jalan berseiringan, kerana Islam sendiri menggalakkan kita untuk berfikir. Walaubagaiamana pun sebagai seorang Muslim, rujukan dan panduan mutlak kehidupan kita di dunia ini adalah Al-Quran dan As-sunnah Rasul (SAW).

Falsafah yang sering kita baca dan dengar adalah hasil daripada pemikiran dan pemerhatian individu-individu pada satu-satu masa. Pada saya tidak ada salahnya untuk kita membaca atau mengambil idea pemikiran mereka kerana bak kata pepatah life is short, we can’t learn and experience everything by ourselves, jadi daripada mereka inilah kita cuba memahami tentang kehidupan.

Walaubagaimanapun, kekeliruan tetap muncul dalam zaman serba canggih di mana lambakan ilmu ada di mana-mana sahaja. Kadang-kadang kita (Muslim terutamanya) menganggap semua falsafah-falsafah yang ada, benar-benar belaka. Ini adalah satu persepsi dan pemikiran yang salah. Kita jadi obsess! Falsafah itu mungkin benar pada situasi tertentu, tidak bermakna ia benar pada setiap masa.

Contohnya peribahasa Melayu, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung yang bermaksud menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. Mungkin bersesuaian untuk suatu masa dahulu di mana orang Melayu hanya merantau di sekitar Tanah Melayu, Indonesia dan beberapa negara Asia yang budaya dan adatnya tidak banyak beza. 

Tetapi zaman telah berubah, bangsa Melayu kini merantau ke seantero dunia eropah dan barat. Sebagai seorang Muslim ada batas-batasnya kita boleh bertoleransi dalam adat dan budaya suatu tempat. Di sesetengah tempat bersentuhan pipi lelaki dan perempuan adalah perkara biasa, bercumbu-cumbuan di tempat awam adalah biasa. Jika seseorang berpegang pada peribahasa di atas, dengan mudah dia akan menjunjung adat dan budaya tersebut. Dalam hal ini, kita perlu menolak penggunaan peribahasa tersebut. 

Tuntutlah ilmu, carilah pengalaman daripada mereka tetapi janganlah sampai kita hanyut dalam keghairahan dan ketaksuban dengan falsafah mereka. Mereka hanya insan biasa, mungkin hebat di mata kita tetapi tetap kerdil di hadapan Sang Pencipta. Kalam Allah itulah sumber falsafah untuk dunia dan akhirat. Dalam kita galak membaca tentang idea pemikiran daripada barat dan sebagainya jangan lupa pada falsafah yang dibawa oleh Junjungan Besar kita Muhammad SAW, Islam is a way of life. Oleh sebab itu kita kena sentiasa ingatkan diri I am Muslim first and the rest comes later.

“O people! Indeed, we have created you from a male and a female, and have made you nations and tribes that you may get to know one another. Indeed, the most noble of you, in the sight of God, are those with the most taqwa.  Indeed, God is Knower, Aware. (Surat al-Hujurat, ayat:13)

Khairul

No comments: