Beberapa hari
lepas, penulis ada menonton sebuah rancangan di TV Al-Hijrah saluran ASTRO.
Dalam rancangan tersebut ada satu segmen di mana ustaz tersebut menghampiri
orang awam yang sedang menunggu dan mengajaknya berzikir. Pakcik yang
ditemuduga itu kelihatan malu-malu apabila diminta menyambung doa zikir yang
dibaca, manakala si isteri yang duduk di sebelahnya hanya senyum-senyum sambil
memandang ke arah lain. Kemudian penulis bertanya pada diri sendiri di dalam
hati,
“kalau aku la
kan, tetiba orang tak kenal datang ajak berzikir macam tu, aku boleh buat tak?”
Saban kali
apabila melihat orang lain berbuat kebaikkan yang penulis sendiri tidak buat,
hati ini akan terdetik “macam lemah je
iman aku ni?” Persoalan yang penulis cuba lontarkan di sini adalah berkaitan
tentang individu
muslim segan mempamerkan identiti dirinya sebagai seorang yang beragama ISLAM.
Mempamerkan keISLAMan
kita dalam komuniti Muslim mungkin lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan
mereka yang tinggal dalam komuniti bukan beragama Islam. Pada penulis itulah
cabaran yang besar bagi seorang Muslim, iaitu untuk mengekalkan identiti Muslimnya
ditempat yang asing dengan ISLAM. Adakah diri kita ini dalam kalangan mereka
yang malu beragama?
Segan membaca
Al-Quran di tempat awam, kerana takut orang kata “nak tunjuk yang dia baca sedap
le tu~”. Segan mengucap Alhamdulillah apabila bersin, tapi lebih selesa
*Achoooo!!* “Excuse me”. Segan membaca Bismillah apabila memulakan sesuatu
perkejaan. Teragak-agak menjawab salam di tempat awam, apabila orang memberi
salam ”Assalamualaikum!”….. “waalaikumsalam~” perlahan je jawabnya.
Kata orang STEP
OUT OF THE COMFORT ZONE. Dalam Al-Quran sendiri, Allah SWT ada bersabda yang
memberi peringatan kepada mereka yang mengaku beriman,
“Do the people think that they will
be left to say, "We believe" and they will not be tried?” (Quran
29:2)
Siapalah kita
jika nak dibandingkan dengan Abu Bakar As-Siddiq yang mana jika ditimbang keimanannya dgn keimanan seluruh umat manusia maka lebih berat keimanan Abu Bakar As-Siddiq.
Oleh itu jika bimbang orang akan kata kita menunjuk-nunjuk dalam beribadat, pastikan yang paling utama niat kita itu
ikhlas kerana Allah. Kemudian katalah dalam hati “apalah sangat benda yang aku
buat ni kalau nak dibandingkan dengan amalan Abu Bakar as-siddiq” InsyaAllah,
sama-sama kita berusaha untuk membentuk jati diri Muslim yang utuh dari hari ke
hari.
Khairul
No comments:
Post a Comment