Thursday, April 21, 2011

Wira dan Putri (8)

Wira:

Selepas seminggu berehat di kampung, Wira terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana rakan-rakan di pejabat sudah mula bertanya tentang perihal kerja. Syarikat kerjasamanya dengan rakan-rakan karib, Anak Malaya Group kini sudah berusia 5 tahun. Dalam tempoh itu mereka sudah banyak berkembang, dan selaras dengan itu tanggungjawab mereka juga semakin berat.

Tidak puas rasanya bagi Wira berada seminggu di kampung. Suasana di kampung sangat berlainan. Udara yang segar, jiran-jiran yang rajin bertanya khabar, sahabat di waktu kecil yang tidak jemu mengajaknya meronda-ronda dan juga mendengar celoteh si emak. Wira tidak dapat merasakan semua itu apabila pulang ke bandar, hidupnya sunyi di bandar. Benarlah kata bijak pandai, manusia ini kadang kala leka dengan nikmat yang ada. Mendengar celoteh Si Ibu dianggap sebagai bebelan, tetapi apabila dirinya berasa sunyi, bebelan ibu itulah yang dirindui Wira.

Sebelum pulang ke KL, emak Wira sempat berpesan kepadanya, nasihat yang sama didengarinya sejak dari kecil hinggalah sekarang,

“Nanti pergi luar negara tempat orang tu pandai-pandai bawa diri. Sembahyang jangan lupa. Kalau ada apa-apa berlaku, emak jauh tak dapat nak tolong apa. Dengan Allah je kita boleh minta tolong.”

Wira hanya mengangguk mendengar nasihat emaknya itu.

"Nanti bila kak long dengan abang balik, kirim salam dekat diorang ea mak”

Sepanjang dalam perjalanan pulang, kepala Wira sibuk memikirkan persiapan yang perlu dibuatnya sebelum berangkat ke Paris. Dia merancang untuk mengambil semula kelas insentif Bahasa Perancis untuk memudahkannya berurusan selama 2 tahun di sana nanti.

tu lah~ dulu tak nak practice betul-betul speaking france, kan dah lupa.”

Marah Wira pada dirinya.

Putri

Masih terngiang-ngiang di fikiran Putri perbualannya dengan Seri semalam. Seri bertanya tentang status hubungannya dengan lelaki bernama Wira. Ya, Wira. Sudah hampir setahun mereka berkenalan dan Putri merasakan dia dan Wira seperti rakan karib sejak dari kecil lagi. Wira lain orangnya. Dia seorang pendengar yang setia. Kadang-kala apabila menghadapi masalah, Wiralah orang yang terlintas difikirannya yang dirasakan dapat membantu. Mereka jarang bersua, hanya sms yang menjadi medium komunikasi antara mereka berdua. Putri merasakan Wira ini sangat istimewa, tetapi dalam pada masa yang sama dia juga menganggap Wira sebagai seorang yang sungguh misteri.

Pernah suatu ketika Putri bertanya kepada Wira,

You ni easy-going type of person ea. Always macam happy-go-lucky ­je.”

Wira hanya tersenyum,

“ Kalau tu yang you rasa maknanya banyak lagi pasal I yang you tak tahu.”

Putri memandang Wira,

“Sebenarnya, banyak benda yang I nak tanya pasal you. About your family, but it doesn’t seem fair since I never tell you anything about my family.”

“And why is that?” Wira bertanya.

“I dah terbiasa dari kecil. Mak dulu ada kata, semua perkara yang berlaku dalam family tak perlu nak heboh-heboh dengan orang luar. I just share those stories dengan kawan-kawan rapat I je.”

“So I belum sampai tahap kawan rapat lagi la? Nanti bila Putri dah rasa macam nak cerita tentang keluarga Putri, at that time I will tell you about my family” Wira cuba berseloroh.

Mereka berdua hanya tersenyum. Perbualan itu masih tersimpan rapi dikotak ingatan Putri.

Ya. Putri masih belum bersedia untuk berkongsi cerita peribadinya kepada Wira. Apa yang tersimpan di dalam ‘kotak hati’nya bukan sesuatu yang indah. Dia bimbang jika dia mula bercerita kepada Wira, lelaki itu akan menjauhkan diri daripadanya. Perkara inilah yang membuatkan Putri masih tidak pasti tentang status hubungannya dengan Wira. Adakah dia hanya menganggap Wira sebagai kawan atau lebih daripada itu...

Khairul

No comments: