Sunday, March 27, 2011

Wira dan Putri (7)

Wira:

Wira sedang berbaring di sofa sambil menonton drama kegemarannya di television. Ibunya datang membawa secawan Nescafe, kemudian duduk sama menonton television. Sekali-sekala ibu Wira bertanya tentang jalan cerita drama yang ditonton. Wira melayan semua pertanyaan ibunya seperti seorang guru yang cuba menerangkan kepada anak muridnya. Wira sedar, itulah satu-satunya cara untuk dia bermesra dengan ibu kesayangannya itu. Ayah Wira sedang asyik membuat kerja di laptop nya. Adik lelaki Wira awal lagi sudah masuk tidur.

“Dayang tak balik mak?” Wira memulakan perbualan.

“Ada dia balik minggu lepas. Minggu ni dia tak dapat balik, sibuk katanya.”

“Dah ada boyfriend ke dia mak?”

“Entahlah, tak pernah dicakapnya dengan mak. Tapi selalu benar senyum bila dapat sms. Macam tak tau sahaja perangai adik kau tu.”

“Erm~”

“Sibuk tanya pasal Dayang, kau Wira bila lagi nak bawa bakal menantu mak datang?”

Mendengar pertanyaan ibunya, Wira kaku sebentar. Matanya tertumpu pada cawan yang ada di tangannya. Wira memang jarang bercakap tentang perihal rakan-rakan dengan ibunya, apatah lagi perihal teman wanita. Niat ibunya yang bertanya tidak disalah anggapkan. Ibu Wira tahu bahawa Wira memang tidak banyak bersosial, hanya bila dirasakan perlu baru Wira akan keluar berjumpa rakan-rakannya. Fikirannya tidak lagi tertumpu pada drama di television.

“Tengoklah nanti, tiba masa Wira bawak menantu mak tu datang.”

Ibu Wira tersenyum.

Putri:

Putri sudah merancang untuk keluar bersama Seri hari itu. Kereta Volkswagen berwarna merah dipandu ke apartmen Seri. Putri tidak naik ke apartment Seri, kerana Seri sudah berpesan kepadanya untuk tunggu di bawah sahaja. Dari jauh, Putri melihat Seri menuju ke arah keretanya dengan wajah yang muram.

“La~ ni kenapa muram-muram ni. Kata hari ni nak celebrate dengan aku.”

You drive sahaja dulu, nanti I cerita.”

Putri menurut sahaja kata sahabatnya itu. Keadaan Seri itu sedikit menarik perhatiannya.

You kenapa ni?”

I gaduh dengan adik I.”

Gaduh pasal ape? Dia curi boyfriend you ke,” Putri cuba berjenaka.

I tak pernah bagitau sesiapa pun pasal perangai adik I. Kalau you nak tahu, dia ni memang malas. Nak basuh pinggan mangkuk malas, nak kemas rumah malas, nak minta tolong buang sampah lagi la. Selama ni I yang buat semua tu, tapi I tak kisah sangat sampai la semalam bila I baru balik dari out-station­ seminggu. Dapur tu macam lorong belakang rumah siapa entah! Sampah tak berbuang sampai naik semut lipas semua. I apa lagi, membebel la. You nak tahu dia jawab apa? ‘ Eh, tu semua bukan kerja you ke?’”

“Lepas tu you buat apa?”

I buat apa, I geram sangat I masuk bilik hempas pintu!”

Putri tergelak besar. Tidak pernah Putri melihat Seri seperti itu. Marah benar dia pada adiknya itu. Putri tidak ingin berkata apa-apa kepada Seri, bimbang jika dia akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Putri dan prinsipnya, hanya memberi pandangan apabila orang meminta pandangan daripadanya.

“ Sudahlah, jangan moody lagi. Hari ini biar I yang bayar everything. Lagi pun kita keluar ni sebab nak celebrate I punya kerja yang dapat pujian daripada boss I, so tak nak tengok muka masam-masam lagi.”

Seri memandang Putri.

“Kita pergi celebrate dekat tempat yang paling mahal sekali!”

Khairul

No comments: