Wednesday, March 18, 2026

HIKMAH DAN IBRAH DALAM KESUSAHAN

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ingin saya berkongsi kejadian yang berlaku baru-baru ini. Ia tentang hikmah dan ibrah yang telah disusun oleh Allah SWT. Untuk makluman para pembaca, saya merupakan salah seorang doktor perubatan yang kini bekerja di sektor swasta. Umum sedia maklum waktu bekerja di hospital ini kadang-kala susah nak dijangka. Antara perkara yang paling saya khuatir dan takutkan adalah jika ada apa-apa kecemasan keluarga yang berlaku ketika waktu saya sedang bertugas.

Kisah yang pertama berlaku beberapa minggu lepas. Sehari sebelum kejadian, rakan sekerja saya ada bertanya jika saya ingin membuat locum pada keesokkan harinya. Kebiasaannya jika jadual saya kosong dan tiada apa-apa perangcangan saya akan terus terima mana-mana tawaran locum, tetapi pada hari itu hati saya tergerak untuk bertanya dengan isteri, “sayang, esok petang ada orang tanya nak buat locum ke tak, kita ada apa-apa plan ke esok? cuba tanya budak-budak.” Memandangkan saya sudah beberapa hari tidak berbuka bersama keluarga, isteri cadangkan untuk berbuka dirumah pada keesokkan hari. Jadi tawaran locum itu saya tolak.

Keesokkan harinya, saya berkerja shift pagi seperti biasa, selesai habis shift saya pergi menjemput isteri di pejabat dan kemudian anak-anak kami balik dari sekolah petang. Dalam perjalanan memandu ke rumah di lebuhraya, tiba-tiba TPM (Tire Pressure Monitoring) kereta berbunyi. Saya terus berhentikan kereta di tepi jalan untuk memeriksa keadaan tayar. Tanggapan saya waktu itu mugkin cuma terkena paku, jarak dari rumah tinggal 5 minit sahaja lagi. Saya membuat keputusan untuk teruskan perjalanan pulang ke rumah dahulu supaya boleh menukar tayar di rumah.

Tidak sampai beberapa minit tekanan tayar turun dengan mendadak, disebabkan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat dan kenderaan banyak saya teruskan juga memandu dengan tersangat perlahan. Perjalanan yang sepatutnya 5 minit menjadi 20 minit. Alhamdulillah kami selamat sampai dan berbuka di rumah. Keadaan tayar memang teruk dan ia bukan disebabkan oleh terkena paku tetapi memang tayar itu pecah, subhanAlllah. Pada waktu berbuka ketika berborak-borak dengan isteri, sempat dia berkata, “nasib baik abang tak jadi ambil locum hari ini, kalau tak macam mana la sayang nak handle dengan pregnant ni, budak-budak dalam kereta lagi.”  Saya hanya berseloroh, “mestilah abang akan datang juga,” tetapi di dalam hati saya ketika itu saya bersyukur pada ALLAH kerana tiada kejadian serius yang berlaku.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa menggerakkan hati manusia dan dialah sebaik-baik perancang. DIAlah yang menggerakkan hati saya untuk bertanya isteri dahulu sebelum membuat keputusan tentang locum, DIAlah yang merancang saya ada bersama keluarga ketika kejadian tayar pecah itu berlaku. InsyaAllah saya akan sambung untuk kisah kedua berserta doa yang boleh kita amalkan supaya kita lebih tenang dalam menerima takdir dan ketentuan Allah.

 

A.Khairul

Sunday, February 15, 2026

BERLUMBA-LUMBA DALAM KEHIDUPAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Beberapa hari lepas sewaktu saya sedang bermain dengan kiub rubik, tiba-tiba saya termenung panjang sambil mata memerhatikan kiub rubik di tangan. Matlamat permainan kiub rubik ini sangat mudah pada asalnya, kita hanya perlu menyelesaikan kiub yang warnanya bercampur dan memastikan setiap 6 permukaan mempuyai warna yang seragam. Ia sebuah permainan yang menguji skill kognitif seseorang. Apa yang menarik, permainan kiub rubik ini turut dijalankan dalam pertandingan yang kompetitif, di mana para peserta akan berlumba menyelesaikanya dalam masa yang paling singkat. Dalam fikiran saya pada waktu itu, apa kelebihan yang kita akan dapat jika berjaya selesaikan rubik dalam masa yang singkat, kerana cepat atau lambat matlamat utama permainan tersebut tetap tercapai.

Saya suka untuk melihat sesuatu perkara dalam konteks yang lebih besar terutama dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Islam sememangnya menganjurkan umat manusia berlumba-lumba melakukakan kebaikan seperti mana yang tersebut dalam Al- Quran,

Surah Al-Baqarah, Ayat 148: Allah SWT berfirman yang bermaksud, "…Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..." 

Terdapat juga hadith-hadith yang meriwayatkan tentang baginda Rasulullah SAW turut pernah berlumba kuda dalam pertandingan.

Daripada Anas bin Malik RA, beliau ditanya adakah Rasulullah SAW pernah menyertai pertandingan kuda? Anas menjawab: "Ya. Demi Allah, Baginda berlumba dengan kudanya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan Baginda amat gembira" (Hadis riwayat Abdullah bin Umar) 

"Berlumba-lumbalah dalam memanah dan tungganglah kuda." (Hadis Riwayat Abu Hurairah RA) 

Monday, July 21, 2025

TOPIK DI RADIO: SAMPAI BILA IBU BAPA PERLU MENANGGUNG ANAK-ANAK?

                             Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada miggu lepas saya terdengar topik perbincangan ini di radio Zayyan. Ia bermula daripada perkongsian seorang hamba Allah ini di media sosial tentang ibu bapanya yang mampu untuk menunaikan haji secara pakej yang menelan belanja sehingga RM 120K tetapi tidak mahu membantu menanggung kos pengajiannya di universiti. Saya sempat juga mendengar beberapa respon daripada pemanggil Zayyan dan ada juga komen dan pandangan yang sempat dikongsikan oleh Fynn Jamal.

Secara peribadi saya tiada pengalaman seperti itu, tetapi saya ada beberapa kenalan dan percaya ramai di luar sana mengalami pengalaman yang sama. Perkongsian hamba Allah di media sosial itu mungkin atas dasar beliau melihat ibu bapanya sebagai mampu untuk membantunya dalam menanggung kos pengajian tetapi mereka tidak berbuat demikian sehingga menyebabkan beliau terpaksa membuat pinjaman atau tidak dapat menyambung pengajian.

Pemahaman kita selama ini, ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak dari segi pakaian, makan, tempat tinggal, pendidikan sehingga mereka boleh berdikari atau bekerja sendiri. Saya lebih cenderung kepada apa yang ditekankan dalam Islam iaitu, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Pada pendapat saya tiada siapa berada di pihak yang salah sama ada ibu bapa atau hamba Allah tersebut. Satu benda yang kita perlu jelas adalah perkara yang paling bernilai disisi ALLAH S.W.T adalah ketakwaan. Sebagai contoh, seorang anak itu ingin meminjam daripada ibu bapanya wang untuk menyambung pengajian, atas dasar ehsan dan takwa Si Ayah memberi tanpa pinjaman kepada anaknya, maka Si Ayah sudah mendapat pahala sunat bersedekah.

Perbetulkan saya jika ada yang saya terlepas pandang, tetapi islam tidak mengajar kita meminta-minta harta daripada sesama makhluk.

“ Dan bahawa tidak ada (balasan) bagi seorang manusia kecuali apa yang dia usahakan” - Surah Al-Najm 53:29-

Mintalah daripada ALLAH yang Maha Kaya, Maha Mendengar, Maha Pemurah, dan Maha Penyayang. Tujuan Islam menyarankan kita jangan meminta-minta tanpa berusaha adalah untuk mendidik jiwa setiap Muslim itu untuk rajin bekerja dan mengharap pergantungan daripada Allah semata-mata. Dalam hal ini ibu bapa tidak salah kerana duit yang mereka ada itu adalah atas hasil usaha mereka sendiri yang disimpan untuk hari tua mereka, tetapi saya tertarik dengan satu komen daripada Fynn Jamal “anak-anak yang berkira membesar dalam rumah tangga yang berkira”.

Dalam pada masa yang sama, Islam menyarankan kita perbanyakkan bersedekah, dan sesungguhnya sedekah kepada ahli keluarga itu lebih utama.

“(Ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi, perut, dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, “inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu”

- Surah Al-Taubah 9:35- 

Peringatan ini untuk diri saya sendiri dan juga rakan-rakan pembaca. Percayalah kita semua akan dipersoalkan dengan segala harta yang kita ada di dunia ini. Jika kita berkemampuan menabunglah untuk anak-anak bermula daripada mereka kecil lagi, janganlah menabung untuk hari tua kita samata-mata. Bayangkan wajah anak-anak kita waktu mereka baru nak memulakan kehidupan 10-20 tahun akan datang, dan kita cakap pada mereka “anak-anak ini duit yang abah dah simpankan untuk kamu semua, gunakanlah untuk memulakan hidup kamu. Ini sedekah jariah abah untuk kamu semua”. Sudah pasti mereka akan terharu dan berasa sangat bersyukur, malah kita secara tidak langsung menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk anak-anak kita contohi.

Sebagai anak jika anda terasa hati dengan ibu bapa, nasihat saya kita cubalah untuk belajar menerima seadanya pemberian ibu bapa walaupun kita rasa mereka mampu. Kadang-kala mungkin terasa berat tetapi dengan melepaskan perasaan itu, insyaAllah hati kita akan lebih tenang. Sebagaimana anak-anak merupakan ujian untuk ibu bapa, ibu bapa juga adalah ujian untuk anak-anak. Buat semua ibu bapa muda diluar sana sama-sama kita tanamkan azam untuk buat yang terbaik bagi anak-anak kita kerana sesungguhnya sangat beruntung orang yang mana hari ini lebih baik daripada semalam. Jika dulu kita hidup susah, kita pastikan generasi anak cucu kita tak melalui kesusahan yang sama.

A.KHAIRUL

Thursday, February 1, 2024

Mulakan Akaun Saving / Pelaburan Anak-Anak Sekarang

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Hari ini saya ingin berkongsi satu tips atau saranan yang pada saya perlu diambil perhatian oleh setiap ibu bapa di luar sana. Mungkin akan ada sesetengah individu yang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai topik ini, tetapi as adult mari kita raikan perbezaan pendapat secara matang. Cerita dia bermula apabila si isteri membuka cerita tentang beruntungnya orang yang ibu bapa berharta dan tak berkira untuk beri pada anak-anak. Dalam pada itu dia juga ada kawan yang ibu bapanya memang berada, tetapi si anak tidak mahu bergantung harap pada duit ibu bapa.

Sebab saya dah jadi BAPAK, jadi saya lebih fokus pada 2 sudut pandangan yang berbeza sebagai ibu bapa.

1) Adakah kita masih akan bantu anak-anak dari segi kewangan apabila mereka sudah besar dan bekerja? ATAU

2) Anak-anak perlu belajar kumpul harta sendiri daripada kosong?

Friday, April 7, 2023

Kahwin awal atau kumpul aset dahulu?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya percaya persoalan di atas pasti akan timbul untuk mana- mana anak muda yang masih, tengah atau pun baru habis belajar. Secara jujurnya tidak ada jawapan yang betul dan salah. Nak kahwin awal pun tiada masalah nak kahwin lambat pun tiada masalah. Nak bekerja supaya ada rumah dan kereta, tolong mak ayah dulu baru berkahwin pun boleh, nak berkahwin dan bina kekayaan bersama-sama pun boleh. Kerana tidak kira apa keputusan yang kita buat faktor utama kebahagiaan kita adalah diri kita sendiri. 

Sebab apa saya kata diri kita sendiri adalah faktor utama kebahagiaan kita, kerana latar belakang kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Berhenti bandingkan “kebahagiaan” orang lain yang dikongsikan di platform social media dengan diri kita sendiri. Berhenti berasa ketinggalan ataufear of missing out (FOMO)Kita perlu ukur baju di badan sendiriSetiap daripada kita ada matlamat, prinsip dan priority hidup yang berbeza-beza. Malah antara adik-beradik pun mempunyai prinsip hidup yang berbeza oleh itu, rancang kehidupan kita berdasarkan prioriti dan matlamat dalam kehidupan kita. 

Saya mula mendirikan rumah tangga sebaik sahaja tamat program ijazah perubatan pada usia 27 tahun. Pada waktu itu saya masih belum bekerja, belum punya motosikal, kereta atau pun rumah. Duit untuk berkahwin pun saya kumpul daripada kerja2 graphic design dan simpanan yang saya buat sewaktu zaman belajar plus dibantu sedikit oleh kakak. Mesti akan ada yang berkata, kenapa menggatal nak kahwin awal kalau belum mula kerja? Hal ini kerana PRIORITI saya pada waktu itu adalah untuk memulakan keluarga sebelum umur 30 tahun. Dah jodoh ada di depan mata, duit hantaran pun dah mencukupi, jadi apa lagi yang nak ditunggu? Saya tidak risau tentang pendapatan kerana pada waktu itu lepasan perubatan kebiasaannya akan memulakan perkhidmatan selepas 3-4 bulan tamat pengajian di university. Saya bernikah pada penghujung Julai dan mula bekerja pada bulan Ogos tahun yang sama.   

Saya percaya ada individu yang PRINSIPNYA perlu ada rumah dan kenderaan dulu, baru rasa betul-betul stabil dan ready untuk berkeluarga. Tahniah jika ada mampu untuk sediakan semua itu sebelum berkahwin kerana itu akan memudahkan bagi pasangan anda, tetapi bagi saya itu bukan jaminan kebahagiaan. Saya dan isteri, kami sudah pun berbincang tentang hal ini daripada sebelum berkahwin lagi dan kami bersetuju untuk bermula dengan tiada apa-apa. Saya sangat bersyukur kedua-dua belah keluarga menghormati pendirian kami. Kerana apa yang penting pada saya is the journey, susah senang kami akan harungi bersama, itu adalah prinsip rumah tangga kami. 

Kini usia perkahwinan kami hampir 8 tahun, sejujurnya memang langit tidak selalu cerah untuk 5 tahun yang pertama. Kami pernah tersilap perancangan, tersilap pelaburan sehingga perlu bantuan daripada keluarga, tetapi saya tidak pernah menyesal keputusan saya untuk berkahwin awal. Pada saya 5 tahun pertama itu banyak mengajar kami tentang makna perhubungan dan pengurusan keluarga, dan daripada situ kami baiki kekurangan dan cara kami mengurus rumah tangga. Cabaran dan kesulitan dalam alam rumah tangga itu bukanlah bermakna kegagalan, tetapi kegagalan itu berlaku apabila kita lari daripada cabaran dan kesulitan yang timbul. 

Saya percaya kebanyakan yang memilih untuk memiliki asset terlebih dahulu punya alasan mereka yang tersendiri. Mungkin itu yang terbaik untuk mereka supaya mereka lebih stabil dan bijak mengurus kewangan terutama bagi mereka yang duduk di Kawasan bandar. Sekali lagi saya ingatkan rancang kehidupan kita berdasarkan prioriti dan matlamat dalam kehidupan kita. Jika prioriti kita adalah untuk berkhidmat kepada  ibu bapa dahulu, teruskan dan jangan rasa tertekan melihat kawan- kawan yang berkahwin awal kerana PRIORITI anda dan mereka berbeza. Jika kita nekad untuk mengumpul asset sebelum berkahwin bagi menjamin masa depan keluarga dan anak-anak, teruskan kerana itu PRINSIP kehidupan anda. Antara perkara yang mematang dan mendewasakan kita adalah membuat keputusan besar dalam kehidupan, dan menghadapi apa jua dugaan yang datang atas keputusan yang dibuat. Tidak kira apa jua pilihan kita, sentiasa bertawakal kepada Allah kerana dialah sebaik-baik perancang. 

A.Khairul 


Friday, March 25, 2022

Aquarium Air Masin "Salt Water Aquarium": Hobi Orang Kayangan?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Untuk coretan kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu hobi yang baru saya ceburi kurang daripada setahun tetapi telah mendapatkan hasil yang sangat positif dan memuaskan hati. Saya percaya kebanyakan orang apabila terdengar tentang hobi saltwater aquarium, perkara pertama yang terlintas difikiran mereka adalah tentang kos. Saya faham, kerana saya sendiri mempunyai tanggapan sebegitu ketika mula-mula ingin bermula dengan hobi yang menarik ini.

Daripada pembacaan dan penyelidikan saya tentang hobi ini, memang kebanyakan video dan forum mencadangkan orang yang baru ingin berkecimpung didalam hobi ini supaya bermula dengan akuarium besar. Hal ini kerana parameter air memainkan peranan yang sangat penting dalam hobi ini. Secara teori, semakin besar saiz akuarium, semakin kecil perubahan parameter air, maka lebih tinggi kebarangkalian saltwater aquarium anda untuk berjaya. Namun masalah utama untuk bermula dengan akuarium bersaiz besar adalah kos yang sangat mahal.

Saya pernah bertanya tentang kit permulaan untuk saltwater aquarium di kedai berdekatan dan anggaran kos untuk akuarium bersaiz 2 kaki adalah RM800-900 untuk akuarium sahaja, dan ini tidak termasuk lampu “high class” yang dianggar RM1500, dosing pump RM1300, protein skimmer dan lain-lain. Jika mengambil kira kesemua peralatan dan hidupan untuk akuarium bersaiz 2 kaki, anda memerlukan lebih kurang RM3k- RM5k untuk memulakan hobi ini!!! (memang kayangan betul ni!!)

Disebabkan memang sudah lama berjanji dengan anak- anak untuk membela Nemo di rumah, saya tekad untuk bermula (baca ber-eksperimentasi) dengan akuarium bersaiz kecil walaupun peratusan kegagalan sangat tinggi untuk orang baru seperti saya. Tidak dinafikan pada 3 bulan pertama saya mengalami banyak kesukaran dan terpaksa bermula semula dari awal lebih dari 3 kali, antaranya disebabkan oleh jangkitan parasite (paling mencabar) dimana semua ikan saya tidak tahan lebih daripada 3 hari. Kedua adalah disebabkan oleh parameter air yang tidak stabil menyebabkan batu karang tidak kembang dan akhirnya mati, dan akhir sekali disebabkan oleh masalah peralatan yang rosak ketika kami sekeluarga pergi bercuti.

Saya hampir putus asa apabila sudah gagal banyak kali, namun atas sokongan isteri tersayang saya cuba untuk bermula semula, dan alhamdulillah kini pico saltwater aquarium saya berjaya bertahan 4 bulan tanpa sebarang kematian ikan mahu pun batu karang. Disini saya ingin kongsikan tips yang saya gunakan supaya lebih ramai orang boleh menikmati hobi ini dengan kos yang lebih rendah dan kejayaan yang tinggi.

Monday, May 10, 2021

COVID-19: LELAH

LELAH. Itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan dan luahkan melihat kepada keadaan yang melanda negara “Tanah Tumpahnya Darah Ku” ini. Pada awal kita sama-sama berjuang membendung penularan wabak COVID-19, video tentang negara kita tular di laman YouTube. Saya percaya setiap rakayat Malaysia pasti berasa sangat bangga dan terharu pada ketika itu. Kita setanding malah lebih baik daripada kebanyakan negara maju pada peringkat awal wabak ini melanda negara kita.

Namun bak kata pepatah, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. KITA ALPA, KITA TAMAK, KITA LUPA DIRI. Selepas 4 bulan berjuang dan pada ketika rakyat baru boleh bernafas, kita laksanakan PRU SABAH. Maka berduyun-duyunlah jentera pilihan raya daripada setiap parti politik turun padang ditambah dengan penduduk Sabah yang pulang untuk mengundi. Natijahnya, kini kita kembali kepada keadaan awal malah lebih teruk lagi.

Jika peringkat awal PKP dilaksanakan, orang awam masih lagi boleh mematuhi arahan kerana terdapat bantuan moratorium, simpanan kecemasan atau harta yang boleh digadaikan, namun setelah PKP 2.0 dan 3.0 bagaimana dengan daya tahan hidup rakyat? Tiada lagi moratorium, tiada lagi barang untuk digadai tetapi masih memerlukan perbelanjaan untuk keperluan harian

Dari pandangan orang awam pada ketika ini, pada saya mereka sudah tidak endah dengan statistik COVID dan sebagainya daripada KKM, MKN atau mana-mana Menteri. Kerana apa? Kerana pegawai dan kakitangan kerajaan gaji mereka masih berjalan sepanjang tempoh COVID ini, namun tidak bagi kakitangan swasta dan yang bekerja sendiri. Ada diantara mereka yang  terpaksa diberhentikan kerja dan hilang mata pencarian, hal ini menjadikan mereka lebih terdesak

Dari pandangan anggota kesihatan dan pemerintah, mereka bimbang dengan kadar penyebaran wabak ini dan dalam pada masa yang sama keberlangsungan sektor ekonomi. Apa yang paling dikhuatari oleh pihak kesihatan adalah jika bilangan kes terus meningkat dan kapasiti kita sudah berada di tahap ‘nazak”, tidak mustahil kita akan jadi seperti negara India di mana petugas kesihatan mereka tidak dapat menampung kesemua pesakit COVID yang datang ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Pada ketika ini kita perlu kembali kepada matlamat asal kita, ELAKKAN PENULARAN WABAK. Ahli politik tanpa mengira pembangkang dan pemerintah perlu duduk berbincang secara fizikal atau maya untuk mencari solusi terbaik untuk rakyat dan negara. Jika perlu lockdown menyeluruh seperti PKP 1.0, pastikan ia dibuat dengan terperinci dengan mengambil kira keperluan hidup rakyat. Orang awam juga perlu mengawal emosi dan rasa amarah mereka demi kemaslahatan masyarakat dan keluarga mereka sendiri.

Jangan kita ambil mudah jangkitan COVID -19 ini hanya kerana kita sudah ‘lali’ dengan laporan statistic harian daripada DG KKM. Jika ada peluang berjumpa dengan pesakit COVID yang pernah dimasukkan ke ICU, tanyakanlah kepada mereka betapa ngeri dan takutnya disaat untuk menarik nafas yang mudah pun terasa sukar. Hendak bercakap pun susah. Berapa kerap kita mengatakan rasa syukur kepada Allah atas nikmat udara untuk bernafas sepanjang kita hidup, Allahuakhabar. Kami petugas kesihatan yang merawat pesakit covid sendiri berasa sedih dan pilu melihat keadaan pesakit yang semakin merosot dari hari ke hari. Jadi sekali lagi saya pesan, janganlah ambil mudah hanya kerana

Bukan ahli keluarga kita yang bertarung di wad-wad COVID.

Bukan ahli keluarga kita yang terlantar memenuhi katil-katil ICU COVID.

Bukan ahli keluarga kita yang meninggal dunia kerana COVID.

Semoga Allah berikan petunjuk dan ilham kepada kita dalam mengharungi dugaan daripada wabak COVID-19 ini.

Dr A.KHAIRUL

 

 

Saturday, May 16, 2020

PENDIDIK: Jasamu Dikenang Hingga Akhir Hayat.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam itu meinggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakannya.” – SAHIH MUSLIM

Bersempena dengan sambutan Hari Guru dalam tempoh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan) pada tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman saya bersama dengan golongan pendidik semenjak dari zaman tadika hingga la ke sekarang. Pengalaman yang sedikit sebanyak membentuk peribadi saya pada hari ini.


Sunday, May 10, 2020

COVID-19: Musibah Atau Peluang Muhasabah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

Diawal tahun 2020, masyarakat dunia telah diuji. Pandemik wabak COVID-19 menyaksikan penularan virus yang pada awalnya bermula di satu daerah di Wuhan, China berlaku dengan sangat mendadak sehingga merebak ke seluruh pelusuk dunia dalam masa yang sangat singkat. Tidak dinafikan wabak COVID-19 ini sememangnya memberi kesan kepada emosi dan ekonomi yang mendalam terhadap majoriti masyarakat dunia. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) kebanyakan perniagaan terpaksa diberhentikan, pergerakan menjadi terhad, tiada window shopping, tiada lepak-lepak di mamak, tiada majlis kenduri-kendara yang boleh dianjurkan, tiada sembang-sembang di pasar-pasar seperti kebiasaanya.

Kita dapat lihat berbagai respons daripada setiap lapisan masyarakat, malah setiap kerajaan negara turut mengeluarkan polisi yang berbeza-beza. Namun sebagai individu, apakah tindakan kita terhadap situasi yang melanda ini? Di sini, kita ada pilihan sama ada untuk menjadi individu yang positif atau pun yang negatif, dan perlu diingatkan disini bahawa walaupun pilihan dibuat adalah atas dasar indivdu namun kesannya tetap akan melibatkan orang disekeliling. Sikap pentingkan diri sendiri tidak patut ada dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat kerana kita semua saling berkait antara satu sama lain.

Antara luahan negatif masyarakat
#1. Ekonomi terhenti, tiada punca pendapatan
Kerajaan ada memberikan bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional, moratorium, dan terdapat banyak NGO yang bergerak untuk menghulurkan bantuan. Jika ada 6 sekeluarga mampu bertahan perbelanjaan bulanan dengan hanya RM500, mengapa kita tidak boleh? Duit bantuan yang diterima itu seharusnya digunakan untuk membeli barang keperluan asas, bukannya untuk berjoli online shopping barang yang bukan-bukan. Hakikatnya boros itu adalah pilihan sendiri. Kini kerajaan telah membenarkan sektor ekonomi untuk beroperasi, patuhilah SOP yang dikeluarkan kerana wang boleh dicari namun nyawa yang pergi tiada ganti.

#2. Bosan, berat badan bertambah
Bertambah berat badan akibat daripada kurang bersenam dan kerap makan itu adalah silap kita sendiri. Itu hanyalah alasan untuk bermalasan semata-mata. Tiada sebarang halangan untuk bersenam atau melakukan aktiviti baru di rumah. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga seperti mengemas rumah, belajar resipi baru, bermain bersama anak-anak, mengajar anak-anak, bercucuk tanam, membaca, menari, membuat seni dan bermacam-macam lagi aktiviti. Bak kata pepatah nak seribu daya, taknak seribu dalih.

#3. Keganasan rumah tangga bertambah
Suami isteri bergaduh, anak-anak yang menjadi mangsa. Pada waktu PKP inilah kita sepatutnya mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga, mengenal dan memahami perangai mereka dengan lebih dekat. Baiki hubungan yang rengang akibat kesibukan bekerja, bukannya mencari salah setiap masa. Baiki komunikasi antara suami isteri dan anak-anak.

#4. Menyalahkan orang lain
Perkara dah berlaku, apa pun puncanya masyarakat dunia perlu ambil iktibar daripada wabak COVID-19 ini. Menyalahkan pihak lain tidak akan memutar balik masa, tidak dapat menghidupkan kembali yang sudah pergi. Pada ketika ini, menyelesaikan masalah lebih utama daripada menunding jari. 

Pilihlah untuk bersikap positif, lihat gambaran lebih luas
#1. Kita kenal siapa kawan, siapa lawan
Pada ketika wabak ini melanda Cina pada awalnya, dunia menyindir kerajaan Cina. Walaupun WHO telah mengisytiharkan ia sebagai satu wabak pandemik, terdapat sesetengah pemimpin barat dan rakyat mereka masih ego dan mengambil mudah pendapat pakar kesihatan dunia. Natijahnya, lihatlah bilangan kes yang meningkat naik secara mendadak. Tidak kurang juga di Malaysia dimana para petugas kesihatan menyatakan terdapat sesetengah pesakit yang meminta layanan istimewa dan tidak menghormati kakitangan barisan hadapan yang bertugas. Selain itu, dalam tempoh kesukaran ini jugalah kita dapat lihat, siapa kawan, siapa lawan, siapa yang ikhlas menghulur bantuan, dan siapa yang tamak mengambil kesempatan.

#2. Kadar kematian akibat kemalangan berkurang
Mungkin orang awam tidak sedar akan perubahan ini, tetapi bagi kami petugas kesihatan memang jelas kadar kematian dan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya adalah sangat rendah dalam tempoh PKP ini dilaksanakan. Namun sebaik sahaja, PKP dilonggarkan telah ada berita kematian yang disebabkan oleh pemandu mabuk.

#3. ALLAH adalah sebaik-baik pentadbir
Banyak laporan dari jabatan alam sekitar di seluruh dunia yang menyatakan bahawa, indeks pencemaran udara menurun dalam tempoh kuarantin, begitu juga sungai-sungai di bandar-bandar turut menjadi lebih bersih. Keadaan ini seolah-olah Bumi yang kita duduki ini diberi peluang untuk “berehat dan merawat” daripada segala macam pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia selama ini. Subhanallah.

#4. Peluang mengamalkan Sunnah Nabi S.A.W dan amal jariah
Akhir sekali, sebagai Muslim kita sedia maklum besar ganjarannya jika mengamalkan sunnah Nabi S.A.W. Duduk kuarantin di rumah juga adalah salah satu sunnah Nabi. Jaga kesihatan diri, sunnah Nabi. Menolong isteri menguruskan urusan rumah tangga juga sunnah Nabi. Bergurau senda dengan isteri, anak-anak dan cucu pun salah satu amalan Nabi. Mungkin dalam tempoh PKP ni duit poketnya kurang, tetapi insyaALLAH pahala amalannya bertambah, sesungguhnya pahala amalanlah sebaik-baik bekalan di akhirat kelak

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada wabak yang sedang melanda ini dan juga bersempena dengan bulan Ramadhan, kita jadikan ia sebagai permulaan untuk memperbaiki diri dan masyarakat dalam mengamalkan norma-norma hidup baru yang lebih baik. Yang baik itu semuanya dari Allah, sebarang kekurangan dalam penulisan ini adalah atas kekhilafan diri saya sendiri sebagai manusia biasa.

Dr A. Khairul

Saturday, March 7, 2020

Betul, kami doktor, bukan Tuhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, LagI Maha Mengasihani

Sebagai seorang pengamal perubatan moden, saya percaya dan yakin ramai doktor-doktor di luar sana dan di Malaysia secara khususnya pernah berdepan dengan bermacam-macam ragam pesakit. Ada pesakit dan ahli keluarga yang sangat terbuka dan sedia menerima rawatan yang ditawarkan, dan ada pula yang sangat skeptikal dengan perubatan moden lantas keluar kenyataan seperti,

1- “Kalau saya ambil ubat atau buat pembedahan ini, CONFIRM boleh baik ke?”

2- “Doktor pun tak boleh beri  jaminan 100% boleh sembuh, takpelah saya tak nak operation, saya nak berubat luar”

Sebagai seorang doktor yang beragama Islam, sangat menyedihkan apabila mendengar kata-kata seperti itu datang daripada orang Islam sendiri. Apabila mendapat persoalan seperti itu daripada pesakit tidak kira bangsa dan agama, secara umumnya kami para doktor akan menerangkan kepada pesakit potensi untuk sembuh berdasarkan statistik dan pengalaman kami. Sebagai doktor yang beragama Islam, saya dan rakan-rakan hanya boleh menasihatkan pesakit tentang rawatan yang kami berikan adalah sebagai satu usaha bagi membantu pesakit untuk pulih. Yang menyembuhkan setiap penyakit itu hanyalah Allah. Selain daripada itu, motivasi diri pesakit juga memainkan peranan dalam proses rawatan tidak kira sama ada melalui pengambilan ubat, fisioterapi atau pun pembedahan.

Jadi jika terdapat pesakit yang mengatakan “Doktor bukan tuhan!!!” betul, kami bukan Tuhan yang boleh memberi jaminan 100% penyakit yang dialami boleh sembuh, tetapi Islam mengajar untuk setiap apa yang kita inginkan perlu ada USAHA, DOA, DAN TAWAKAL. Dan saya yakin, tidak ada doktor yang waras mahu pesakitnya bertambah sakit, dan rawatan yang kami tawarkan tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai salah satu usaha kami untuk membantu. Sungguhpun dengan teknologi perubatan moden, doktor berpengalaman yang merawat, dan motivasi pesakit yang sangat tinggi, kami tetap tidak dapat memberi jaminan 100% penyakit itu akan sembuh, kerana sekali lagi saya ingin ingatkan Allah adalah sebaik-baik penyembuh.

“Kalau macam tu doktor, tak payahlah ambil ubat atau buat operation. Saya berubat luar dan berdoa sahajalah.”

Secara peribadi, saya berpegang kepada firman Allah,

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui”
-Surah An-Nahl ayat 43-

 “Usaha” yang pesakit pilih untuk rawatan adalah hak pesakit itu sendiri, kami sebagai pengamal perubatan moden akan memberikan pilihan rawatan mengikut kesesuaian beserta dengan pro and cons bagi setiap rawatan yang ada. Hal ini kerana ada sesetengah pesakit, lebih cenderung kepada perubatan tradisional, seperti ayurvedic, bomoh tulang dan sebagainya. Hujah yang diberikan pesakit-pesakit, “ini pun kira usaha jugalah doktor. Doktor mungkin pakar perubatan moden, tapi depa ni “pakar” perubatan tradisional.”

Beza perubatan moden dan tradisional, perubatan moden adalah berdasarkan bukti dan kajian saintifik selama bertahun-tahun dengan berjuta-juta kes yang dirawat. Manakala bagi sesetengah perubatan tradisional, sesetengah daripadanya adalah tidak bertauliah dan tiada bukti dan kajian saintifik yang kukuh serta hanya berdasarkan testimoni dan hebahan mulut semata-mata. Jadi terpulang kepada empunya badan dan keluarga untuk memilih rawatan yang mana. Adakah anda ingin meletakkan risiko kesihatan dan nyawa pada rawatan perubatan moden yang melalui pelbagai proses saintifik, atau anda lebih yakin pada rawatan tradisonal berdasarkan cakap-cakap orang dan kepercayaan semata-mata? Sekali lagi pilihan di tangan setiap pesakit dan ahli keluarga, kerana kami para doktor juga adalah manusia biasa yang hanya menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah, kami bukan Tuhan.

Dr A.Khairul

Friday, October 18, 2019

Don't force your kids to become doctor

In the name of Allah, the Most Gracious and Merciful

Few weeks back I posted one of my concerns regarding modern parents in my twitter account, and looking at the comments, I can see mixed response concerning the issue that I posted.

Modern parents please tell this to your kids. Doctor is not a secure job anymore in Malaysia. Tak ada lagi istilah, lepas habis medical school terus start kerja jadi doktor. The trend now is ada yang menganggur almost a year after getting the MBBS. -Dr Ahmad Khairul-

Some of the comments, accused me of trying to demotivate our students from pursuing degree in medicine, some accused me of talking b***s***. Nevertheless, there are others who agreed and understand the message I’m trying to say to current day parents and students.

First of all, I just want to clarify that I have no intention to discourage anyone from pursuing their dream to become a doctor. If you really have the strong desire to become a doctor and ready to face all the challenges during the journey, you are more than welcome to join the healthcare profession. However, if you feel ‘goyang’ after read my statement, I pray hard that God will guide you my friend.

During my childhood time about 20 years ago (I’m 30 years old this year BTW), we always get this kind of advice from our parents, teachers, aunties and uncles in the family, “jadilah doktor, lepas habis belajar senang terus dapat kerja kerajaan, gaji pun boleh tahan” or “ambillah Engineering, senang cari kerja, gaji besar” . Doctor was considered as one of the glamorous professions during that time (and today also I think?).  Those advices might be relevant during that time, but I don’t think it is equally relevant in our current day setting. This is the reality in our country nowadays either you like it or not.

Saturday, April 6, 2019

Workplace Enemies

In the name of Allah, the Most Gracious and Merciful

Assalamualaikum people. Today I just want to share this thought of mine that has been bothering me once in a blue moon ever since the beginning of my career, and I just wonder if you ever feel the same in your life. I work in a medical profession, a public servant to be more accurate. As much as cliche it can be, I believe every person in this profession either the doctors, nurses, medical assistants have a strong genuine desire to help other people when they choose this path in the beginning .

If base on experience I am still green in this profession, but personally speaking I cannot denied that there are certain things in the system that bothering me, I called it workplace enemies. Things like bureaucracy policy and the blaming culture which somehow affect the way we deliver our service, and when we unable to deliver our service as expected by the public, there you go COMPLAINTS.

I'll give you an example, I was trained in tertiary hospital and back there we will try to finish our elective cases for operation even if it already passed our normal working hours (8am-5pm). I'm not talking about 1 hour extra, sometimes up to 5 extra hours. But in certain hospitals, it only 4.15pm with one simple case left they already cancel the case because of  NO OT TIME. One team say "It is not our fault for cancelling the case, you drag to much time from the previous case," another team say"I'm sorry sir (patient), it is not us who want to cancel your case today."

Another example, usually when a foreigner without insurance coverage come to government hospital emergency department, they need to pay first before any procedure can be done (x-rays, toilet and suturing, blood investigations). Just imagine if a foreigner came with multiple laceration wounds limb deformity from an accident, unfortunately there is no family members around and he had no cash with him. We can only clean the wound and cover it with bandage while waiting for someone to come and pay for the x-rays and other procedure. As a result, there is a delay in treatment and higher risk of infected wound.

These are some examples of emotional stress that the healthcare providers in government sector have to face every day. In the beginning we do have a great feeling of empathy to the patients, but when you do the "right" thing like doing the procedure even though patient unable to pay, later on when they do the audit, the respective doctor will be responsible for the treatment cost. When you have to face this kind of bureaucracy repeatedly, slowly the empathy inside you will die and after some time you become a robot in the healthcare system. 

We need to address this thing properly, because if those working at the front line become demotivated it will affect the whole system. If you ask me, I think the higher up need to listen to the front liner more often, and the front liner must have a positive attitude when delivering the service. As for me, I try my best to keep my motivation on the right path, if things become out of control that is when I will take a break and go for a short vacation or drive back to see my parents. I alone can't do much about changing the whole system. We need a significant paradigm shift from bottom to the top for us to become better at delivering service. Yes it is difficult, but it is not impossible.

Dr A Khairul


Sunday, January 27, 2019

I'm Back, Hello 2019!!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


What's up people!!! I am back into writing again. This time much wiser and educational InsyaAllah*smile*. SubhanAllah, bertahun rasanya sudah tidak menulis di dalam blog sonofanwar ini. Rasa seperti perlu meminta maaf pada diri sendiri kerana gagal berikan komitmen dalam penulisan blog selepas mula bekerja. Maafkan saya wahai diri yang lalu, alasan sibuk bekerja bukanlah satu sebab yang kukuh untuk membiarkan blog ini berdebu didalam sarang.

Untuk comeback penulisan kali ini, saya memilih untuk memulakannya dengan bercerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan saya sepanjang beberapa tahun lepas. Bila fikir-fikir balik, eh macam banyak pula benda nak diceritakan. Daripada saya bertunang, kemudian berkahwin, bekerja sebagai doktor pelatih, mendapat anak sulung, cubaan untuk berniaga, latihan doktor siswazah, mendapat anak kedua sampailah ke sekarang.

Tujuan saya menulis sama juga seperti dahulu, untuk berkongsi pengalaman dan pada masa yang sama untuk kita sama-sama muhasabah diri tentang cara kita melalui kehidupan seharian kita. Untuk anda yang membaca, doakan supaya saya mampu untuk kembali istiqamah dalam penulisan blog InsyaAllah. Itu saja setakat ini, hingga ke posting seterusnya. 

Dr A.Khairul



Thursday, May 17, 2018

PRU14: Malaysia Memilih

Picture credited to: HRJOE Photography


 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hari ini genap 1 minggu Pakatan Harapan mengetuai kerajaan baru Malaysia selepas  memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lalu. Ini merupakan sejarah baru buat Malaysia setelah hampir 60 tahun negara ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional, akhirnya pada PRU14 Rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan hak mereka dan memilih kerajaan yang baharu. Terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan jika kita ingin berbicara tentang politik, tetapi seperti majoriti Rakyat Malaysia yang lain saya memilih pendekatan politik matang dan bukannya berdasarkan emosi atau kepentingan peribadi semata-mata.

Kekalahan Barisan Nasional dan parti komponennya dalam PRU14 baru-baru ini jelas membuktikan bahawa Rakyat Malaysia dan orang muda khususnya sudah lebih matang dan agresif dalam memilih calon untuk mewakili suara mereka. Jika dilihat kembali pada keputusan PRU13 yang lalu, sokongan kepada BN mula menurun apabila bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi (132) berkurangan jika dibandingkan dengan PRU12 (139 kerusi parlimen). Hal ini boleh dikaitkan dengan kebangkitan golongan muda khususnya mereka yang lahir pada tahun 90an yang mula mengundi kali pertama pada PRU13. Kemungkinan pada waktu itu, tidak semua daripada mereka yang lahir pada tahun 90an mendaftar sebagai pengundi kerana masih balajar dan sebagainya, namun pada PRU14 jumlah golongan muda yang keluar mengundi mungkin berlipat kali ganda. Oleh yang demikian parti yang dapat mengeluarkan manifesto yang memenuhi aspirasi golongan muda, maka merekalah yang akan mendapat sokongan penuh daripada golongan muda.

WAKE-UP CALL UNTUK BARISAN NASIONAL

Monday, November 13, 2017

Rahsia keputusan cemerlang dalam SPM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Tidak dinafikan peperiksaan SPM adalah peperiksaan yang paling mendebarkan untuk setiap pelajar di Malaysia, namun ini tidak bermakna peperiksaan lain seperti UPSR dan PT3 tidak bermakna. Debaran yang dirasai bagi calon-calon SPM lebih mendalam kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bergantung pada keputusan yang akan diperoleh itu nanti.

Kembali pada tajuk utama, bagaimana untuk mendapat 10A dalam peperiksaan SPM. Saya tujukan tip-tip ini khas untuk ibu bapa dan adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar terutamanya peperiksaan SPM. Sila baca sampai habis dan hadamkan mesej yang ingin saya sampaikan.

Tuesday, August 15, 2017

Menjaga Kesihatan Adalah Ibadah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam 2 tahun pengalaman saya bekerja di hospital, saya telah bertemu dengan berbagai-bagai jenis ragam pesakit dan keluarga pesakit. Dalam pemerhatian saya kebanyakkan daripada rakyat Malaysia masih lagi kurang kesedaran tentang penjagaan kesihatan, terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi (hypertension), dan sakit jantung (heart disease).

Banyak kemasukkan pesakit ke wad boleh dielakkan jika mereka mengambil ubat seperti yang dinasihatkan dan mengamalkan pemakanan seperti yang telah disarankan. Dukacitanya, masyarakat kita masih ramai yang makan ubat ikut selera sendiri dan mengambil mudah dari aspek pemakanan.

Alasan yang sering diberi adalah, “kalau ambil ubat kencing manis lama-lama nanti buah pinggang rosak” “Saya tak ada rasa sakit buat apa makan ubat darah tinggi Doktor.” “Saya cuba ambil produk XYZ, depa kata boleh bagi baik sakit saya Doktor”. Tuan Puan, adakah anda Tuan Puan tahu punca Tuan Puan boleh dapat penyakit kencing manis & darah tinggi? Salah satu penyumbangnya adalah kerana KURANG PENJAGAAN DARI SEGI PEMAKANAN.

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Hadis riwayat muslim)
"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" (Surah al-A'raf:31)

Tujuan doktor bagi ubat dan nasihat pemakanan dan kesihatan adalah untuk mengawal masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi Tuan Puan agar tidak bertambah teruk dan MENIMBULKAN KOMPLIKASI YANG LAIN, seperti rosak buah pinggang, stroke, jantung tersumbat dan sebagainya. Kerisauan tentang kesan sampingan ubat, pada hakikatnya akan terjadi kalau Tuan Puan tidak mengikut nasihat doctor. Oleh sebab itu doctor di Klinik Kesihatan/ swasta akan memberi temu janji mengikut tarikh tertentu untuk memantau keadaan kesihatan Tuan Puan dalam pada masa yang sama memastikan Tuan Puan mengikut nasihat kesihatan yang telah diberikan seperti PENJAGAAN PEMAKANAN, SENAMAN dan sebagainya.

Jika bacaan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi Tuan Puan dalam keadaan baik, tiada masalah untuk doctor MENGURANGKAN BILANGAN UBAT YANG DIAMBIL SECARA BERPERINGKAT, dengan syarat Tuan Puan perlu mengikut arahan pemakanan ubat seperti yang disarankan. Apa yang paling menyedihkan, terdapat sesetengah pesakit lebih percaya kepada produk komersial lain yang tiada bukti saintifik dan kajian menyeluruh tentang keberkesanannya berbanding ubat-ubatan hospital yang terbukti berkesan dari segi saintifik dan kajian klinikal.

Lebih mendukacitakan ada sesetengah pesakit sanggup membuang bekalan ubatan yang diberikan dek kerana lebih percaya pada produk sampingan. Ini jelas menunjukkan masyarakat kita masih lagi tidak tahu menghargai penjagaan kesihatan dan MENGAMBIL MUDAH TENTANG PENYAKIT “BIASA” YANG MEREKA HIDAPI KERANA ADANYA BANTUAN SUBSIDI KERAJAAN UNTUK UBAT-UBATAN. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini, adakah masyarakat kita akan lebih peka tentang penjagaan kesihatan jika kita perlu mananggung sendiri segala kos perubatan?

Sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat bermula dari sekarang, dan hargailah nikmat tubuh badan yang sihat yang telah Allah berikan. Sesungguhnya menjaga kesihatan itu juga adalah satu ibadah.


DR A. KHAIRUL

Friday, August 5, 2016

WE DOCTORS ARE HUMAN TOO

In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

I have been working as a health care provider for almost a year now. So how was it? Like many other things in life, I believe there will always be up and down in everything. Whatever we do, where ever we go, we will experience this phase, the only difference is the working environment and social support.

Before I started working as a house-officer, I heard lots of people say, working as a doctor, you will have no life. Most of the time you will be at the hospital with patients. I even heard people told me this one "fact" saying that doctors have a high divorce rate in Malaysia (this need to be confirmed) because they worked so hard till they have no or little time with their family.

I'm a bit skeptical about all those "facts", because I've seen doctors, specialist and even consultants who can still have a good family time even though they worked more than 70 hours per week. I keep asking myself, how in this world do they manage balancing their personal life and work as a doctor? How come there are doctors who can live happily with their family while there there are other group of doctors who had to end their marriage?

After sometimes I realized, it is not about the duration of time they spend with their family, but the reason this group of doctor manage to keep their family together because they have a good family support. A family that understand and respect their profession as a health care provider.


Friday, July 24, 2015

Private Excursion: Grand Lexis Port Dickson


I went to this place with my family last year in December. At first my uncles plan for a trip to Indonesia, then I suggest for us to go to this place since it's in Malaysia, so we can cut cost on air travel. 

We reached there around 2pm, but since our rooms were not ready yet, they let us to wait at the pirate bar and provided us with free refreshment (sandwiches, nuggets and juice). Around 4pm, our rooms were ready. The rooms were quite a distance actually and it was raining that day, luckily they do provide free shuttle service for the guests to their rooms, so we don't have to carry our bags.

Let's talk about the room now. We booked 4 garden villas with private swimming pool. As we entered the room, oh my goodness!!! I was so excited. Spacious room, with 2 queen size beds, dry kitchen, wooden floor and a private swimming pool. Totally worth with the price!!!

Most people like to go for shopping during vacation but for me, I prefer to do physical activities, chill out enjoy the beautiful scenery. Grand Lexis PD do meet my ideal place for private vacation. You can do lots of activities there. We can enjoy any of these facilities (have to pay) like archery, beach volleyball, kids playground, bicycle rental service, gymnasium, and my favorite The Segway.

Their breakfast buffet was nice. If you want to dine-in somewhere else no need to worry, there are few restaurants nearby, and if you just too lazy to move around there's always room service, just pick up the phone and place your order.

All in all, if you are looking for a place to take your family for a short trip where your wife and daughters (Muslim especially) can take a dip in the swimming pool in private, I do recommend Grand Lexis PD. I know the cost per night a bit expensive, but still affordable for common people. If you really intend to bring your family for vacation to this place, I suggest to start saving from now. Then let your family know that you have worked hard all year long planning for the vacation. They will surely appreciate your effort!!! InsyaAllah, di mana ada kemahuan, pasti ada jalan.

May you and your family will always be blessed under Allah guidance.

A.Khairul

Monday, July 13, 2015

Movie Pick of The Week (21) #JurassicWorld

Picture credit to: http://static1.squarespace.com

This is the most recent movie that I watched in the cinema which I think a month back before Ramadhan. Well, this is one of the movies that I put in my must-watch-list for this year. Should I tell you that I'm a big fan of Jurassic Park franchise. I have been following the movie franchise since the video tape era. Haven't heard about video tape? Wow, you childhood must be boring. Hahahaha (Just kidding) 

The only reason I like Jurassic Park, The Lost World: Jurassic Park, Jurassic Park 3 and Jurassic World is, it gave me the feeling of "I wish a park like this will exist one day!" I was very impressed when I watched Jurassic Park for the first time. I really thought they were real!!! Yeah, it can be kinda scary being chased by the raptor, but you can't deny the adrenaline rush out of excitement from the adventure and those surreal CGI dinosaurs images in the film. I wish there will be another Jurassic Park film in the future. You must watch this film guys, SERIOUSLY!!!

A.Khairul

Wednesday, July 8, 2015

Ini Cherita Aku: Cherita Tiga

“Kentang Goreng Burger King”

Lokasi: Hadapan Burger King Seri Alam
Waktu: 3.45 PM

Petang tu saya akan balik ke Melaka dengan bas dari Larkin Sentral. Kebetulan ada individu yang sudi untuk menghantar saya ke Larkin, kami berjanji untuk berjumpa di hadapan Burger King Seri Alam. Sementara menunggu, tetiba perut terasa lapar jadi saya pun masuk ke dalam restoran Burger King tu untuk membungkus makanan. Sekurang-kurangnya nanti dah sampai Melaka tak payah la nak keluar makan lagi.

Selepas dah beli makanan saya pun keluar dari Burger King, sambal-sambil tu saya makan la sikit kentang goreng yang ada. Tengah-tengah saya berdiri tunggu kawan, tetiba saya didatangi oleh seorang Pak Cik berbangsa Cina. Dia datang kepada saya dan bertanya,

                “Adik, mintak sikit makan boleh?”

                “Boleh, boleh. Uncle ambil semua fries ni, saya tak makan sangat pun.”

                “Okay. Okay (tertunduk-tunduk). Thank you ah.”

Saya perhatikan sahaja dia berlalu pergi selepas itu. Dia tidak datang kepada saya untuk meminta duit, tetapi dia datang kepada saya untuk meminta sedikit makanan. Saya dapat merasai kejujuran dia sebab itu saya tidak berfikir panjang untuk memberi. Pemberian saya pada masa itu tidak banyak, dan mungkin itu bahagian rezeki dia yang Allah berikan kepadanya melalui saya.

Dalam perjalanan ke Larkin saya terfikir. Sungguh cantik aturan Allah. DIA telah menunjukkan sifat ehsanNya kepada kami berdua. DIA memberi saya peluang untuk bersedekah dan dalam pada masa yang sama, DIA memberikan rezeki kepada hambanya tanpa mengira agama dan bangsa. Dengan hanya sebungkus kentang goreng, dua jiwa berasa tenteram dan bahagia.

A.Khairul