Thursday, February 27, 2014

Going Freelance: SOA creativearts


Pada tanggal 13 January 2014, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya telah membuka akaun facebook untuk kerja sambilan saya sebagai freelance graphic designer. Alhamdulillah setakat ini, saya telah mendapat beberapa orang pelanggan tetap disamping berjaya memenangi pertandingan rekaan graphic design pada peringkat antarabangsa. Saya melihat perkembangan terbaru ini sebagai satu peluang untuk saya memanfaatkan hobi saya dalam membuat rekaan graphic design, di samping dapat mengasah bakat dan merasai pengalaman menguruskan “perniagaan” sendiri. Semoga SOA creativearts bakal menjadi salah satu titik permulaan yang positif bagi saya dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim professional. Jika anda atau kenalan anda memerlukan perkhidmatan graphic designer, anda boleh cuba menghubungi saya melalui facebook page SOA creativearts. Saya sangat menghargai sokongan daripada anda semua.


“Choose to be awesome. Whatever your talent is, pursue it relentlessly. 
Do something to make it work”

A. Khairul

No comments: