Wednesday, June 15, 2011

Creative Mind


Bila duduk berbual dengan budak-budak ni, seronok dengar diorg bercerita "nak buat rumah dalam air" "nak cipta itu, cipta ini". Mereka punya daya imaginasi yang sangat kuat, KREATIF dan juga tak segan untuk kongsi dengan kita. Kita juga suatu masa dahulu sama seperti mereka, punya impian yang pelbagai, bila besar nanti nak jadi itu, jadi ini. Even masa sekolah dulu, kalau masuk pertandingan melukis, tema yang diberi 'rumah idaman' 'malaysia pada tahun 2020' 'egypt in the eyes of children'. Kita pun bukan main syiok lukis itu ini.

Kalau dulu time zaman 'budak hingusan', bila duduk main dengan toys, sure kita ada buat jalan cerita sendiri ala macam dalam cerita Toys Story *senyum*. Siap masukkan batman dalam petisejuk lagi nak bagi nampak real bila lawan dgn Iceman. (Saya cakap sebab saya buat =P) Bila main masak-masak dengan sepupu kat kampung, struggle cari sabut kelapa sebab nak hidupkan api, and then guna la semua sumber alam yang ada nak buat dapur, tempat makan, alas makan (daun pisang bagai). Bila main kereta hotwheels plak, sanggup letak buku, bantal semua bawah carpet sebab nak jadikkan macam bukit bukau. KREATIFnya kita dulu.

But now bila dah besar sikit, nak kata KREATIVITI tu hilang tak juga. Lebih kepada, dikuasai sifat malu (konon-konon matured sangat la tu). Malu untuk menyatakan idea, malu untuk mencuba sesuatu yang baru (I also have this problem sometime). Faktor persekitaran juga mempengaruhi. Kadangkala bila kita bagi idea, takut orang lain gelakkan, takut orang anggap idea kita tak boleh pakai. Tiada konfiden dalam diri. Apa yang kita tidak tahu, hakikatnya orang lain pun rasa macam tu. Kadang-kadang dalam sesetengah perkara, kita perlu terus mencuba walaupun masih belum bersedia sebab di situ kita akan dapat merasakan keseronokkan dalam mengeksplore sesuatu yang baru. Macam zaman kanak-kanak dulu. =D

Teringat dulu pakcik saya pernah terfikir idea nak ubah kontena jadi macam satu bilik siap dengan aircond. Bunyi macam kelakar tapi dia sendiri pernah duduk dalam bilik seperti itu semasa berkhidmat dibawah UN di Anggola. Kalau kita dapat kembalikan pemikiran KREATIF kita tu, sangat seronok bila berkumpul adik-beradik, dgn kawan-kawan bincang idea yang pelbagai. Kalau idea tu kelakar sama-sama gelak, kalau idea boleh pakai sama-sama kita usahakan. Tak rugi mana pun. Tengok contoh orang Jepun, kebanyakkan mereka sangat kreatif dan suka berkongsi apa yang mereka tahu. Saya tahu sebab semasa sekolah rendah dahulu kami sering dijemput datang ke Sekolah Jepun Johore. Kalau tengok filem pun boleh perhati budaya mereka, jangan duk asyik layan leleh air mata je.

Persoalannya macam mana nak jadi kreatif. Kita sebenarnya sangat kreatif cuma tak sedar sahaja. Kreatif tak bermakna perlu pandai design itu ini. Macam ayah saya bila dia duduk rumah bosan-bosan, dia mula bertukang. Tahu-tahu dah siap satu box radio kayu. Cadangan saya adalah, bila idea kreatif tu datang terus buat paling tak pun tulis dulu idea tu dekat mana-mana (tapi sebaik-baiknya terus buat) good things shouldn't be delayed. Tengok rancangan tv yang boleh trigger idea macam national geographic channel, kalau kecik-kecik dulu saya selalu sahaja tengok Arts Attack.

Nasihat terakhir saya, kreativiti ini perlukan kesabaran. Bukan semua orang boleh berjaya dengan sekali cuba, dan jangan bagi alasan "I have no patience". As a Muslim kesabaran itu sebahagian daripada Iman. So, teruskan mecuba kerana daripada situ kita akan jadi lebih baik. Till my next post. Think creative. Be creative.

Khairul

No comments: