Thursday, April 23, 2015

Movie Pick of The Week (21) #AvengersAgeOfUltron

Picture credit to: www.comingsoon.net

Terasa macam dah lama sangat tak menulis tentang filem baru di wayang. Bukannya penulis tak ada langsung meluangkan masa berkunjung ke panggung, cuma kesempatan untuk menulis tu belum ada. Jadi sementara penulis masih ada kelapangan ini, penulis akan kembali menulis dan berkongsi cerita di blog Son Of Anwar ini. (senyum)

Untuk makluman anda, penulis sememangnya seorang peminat tegar cerita superheroes sejak dari kecil lagi. Kalau tanya paling minat superheroes yang mana? Tak ada jawapan lain, confirm SUPERMAN. (sengih). Tapi kali ni penulis bukan nak cerita pasal Superman, penulis nak cerita pasal filem terbaru Avengers. Daripada tahun lepas lagi, penulis dah tertunggu-tunggu nak tengok  cerita Avengers: Age of Ultron ni kat wayang. Memang dah pasang niat, habis je MBBS mesti nak tengok cerita ni kat wayang masa hari pertama dia keluar kat wayang, jadi semalam (23 April 2015: 1205 hours) termakbul juga hasrat tu.

Secara keseluruhan bagi penulis filem Age Of Ultron ni memang THORbaik!!! Jalan cerita IRON MANtop!!! Kesan khas INCREDIBLE HULK!!! Penulis memang tak berapa gemar sangat tengok wayang malam-malam sebab selalu tertidur kat tengah-tengah jalan cerita, tapi semalam memang tak terasa mengantuk langsung.


[SPOILER ALERT]

Tuesday, April 14, 2015

One journey ends, a new one is waiting



(In the name of Allah, The Most Gracious, and The Most Merciful)

Alhamdulillah, all praise to Allah. After all those years of struggling, those moments of ups and downs, those moments when I cried in silent, those moments when I questioned myself “why I choose this path?”, those moments when I felt nauseous because of too much of reading, those moments of being scolded in front of the patient, those moments when we were chased out of the ward, and many more of those experiences which I’ll never forget. Every bit of those experiences was really worth it the moment you see the word PASS after your name.

I must say the path of being a doctor is not easy, but I am very lucky to receive all the supports from my family especially my mom, my close friends, my group mates, and my fiancé who is very understanding. They were there when I’m feeling down, they were there when I was having a bad time, they were there to remind me about the main reason why I choose this path, and they don’t judge me when I’m at my worst. Last but not the least, I would like to thank all my lecturers for all their advice and guidance throughout these years. I am feeling blessed for having them in my life. Thank you Allah. Thank you so much for blessing me much more than I deserve.

Menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad. This is not the end. I still have lots more to learn, I still have lots more to gain. I wish all the best to my fellow friends in the future. May Allah will always guide us to be a better physician not only for the sake of Islam but also for the sake of this ummah. InsyaAllah.


A.Khairul

Monday, February 2, 2015

Wira dan Putri (18)

Wira:

Wira tidak banyak berkata sepanjang perjalanan pulang  pada malam itu. Hanya muzik yang dimainkan di radio yang memecah kesunyian mereka di dalam kereta. Adi memandang Wira yang sedang memandu. Dia tahu sahabat baiknya itu masih dalam keadaan marah walaupun dia tidak menunjukkan kemarahannya. 20 tahun bersahabat dengan Wira, Adi cukup masak dengan perangai Wira. Wira bukanlah seorang yang akan menzahirkan kemarahannya dengan mudah. Wira sendiri sedar akan sikap panas baran yang ada padanya, dan dia sendiri akui bahawa dia perlu mengawal sikap panas barannya itu.

Ya, Wira sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan waktu dulu. Pada awal perkenalan mereka, Adi pernah menyaksikan Wira melepaskan kemarahan dengan agresif sehingga dia pernah menghempaskan kerusi  ke lantai sehingga pecah. Pada ketika itu, Adi sendiri berasa takut untuk berkenal rapat dengan Wira, tetapi lama-kelamaan dia dapat melihat perubahan pada sikap Wira. Wira pernah meluahkan kebimbangan tentang sikap dirinya yang panas baran ketika mereka masih di bangku sekolah menengah. Wira sangat bimbang jika orang lain akan menjauhkan diri darinya atau jika sekiranya dia akan membuatkan orang di sekelilingnya berasa tidak selesa. Nasihat Adi pada ketika itu, sedikit-sebanyak telah membantu Wira,

“Kalau kau nak ubah panas baran kau tu, aku cadangkan kau cubalah baca buku pasal akhlak peribadi Rasulullah, sebab Nabi Muhammad kan semulia-mulia insan.”

Saturday, January 31, 2015

Ini Cherita Aku: Cherita Dua

Lokasi: Melaka Sentral
Waktu: 3.40 PM

Saya tengah duduk menunggu bas, sambil tu saya guna la iPad untuk dengar lagu dan check inbox untuk sebarang kerja design baru. Waktu tu nak kata ramai sangat orang, tak ramai sangat la. Nak kata sikit orang pun tak juga, biasa-biasa je la. Sebelah saya ada satu keluarga 3 beranak tengah berbual-bual, sebab saya malas nak dengar perbualan orang lain, tu yang saya sumbat earphone dalam telinga dan dengar lagu.

Sedang-sedang saya sibuk tengok screen iPad, saya perasan ada seorang pakcik jalan perlahan-lahan depan saya. Jadi saya perhatikan la ke mana pakcik tu nak pergi. Dia berhenti dekat dengan keluarga 3 beranak tu. Dia ada cakap sesuatu kat diorang tapi diorang buat tak endah sahaja. Muka pakcik tu sedikit kecewa, jadi saya pun tanggalkan earphone dan tanya pakcik tu,

“Kenapa ya pakcik?”

“Pakcik nak tanya, surau kat mana?”

Owh nak ke surau rupanya pakcik tu, jadi saya pun cakap la kat mana surau dalam Melaka Sentral tu. Walaupun dah beritahu surau kat mana pakcik tadi masih macam kurang pasti jadi saya pun rasa baik saya bawak je,

            “Takpe pakcik meh ikut saya. Saya tunjukkan.”

Saya ambil beg saya dan pimpin pakcik tadi pergi ke surau. Sebab saya memang dah biasa jalan laju, baru beberapa langkah pakcik tadi kata,

“kejap. Tak larat nak jalan cepat.” Saya pun tanya,

“pakcik ada masalah jantung ke?” Dia tak menjawab.

“Takpe pakcik, kita jalan perlahan-lahan. Depan ni je surau.”

Selepas sampai depan surau, saya pun minta diri dulu sebab bas saya balik JB nak dekat sampai dah. Sempat la pakcik tu cakap terima kasih. Saya kongsikan cerita ni bukan nak kata yang saya ni baik, percayalah saya tak baik mana pun. Saya memang selalu suka buat hal sendiri. Tapi saya kongsikan kisah siri INI CHERITA AKU sebab nak ajak anda semua supaya ubah persepsi minda tentang perkara negatif apabila ada orang yang kita tidak kenal minta tolong. Saya sendiri akui kalau orang nak minta tolong dari segi kewangan memang susah kita nak bagi, tapi sekurang-kurangnya kalau orang minta tolong tunjuk arah atau nak tanya sesuatu cubalah kita bantu. Dah la bagi duit pun kedekut, takkan yang macam ni pun nak berkira juga. Sama-sama kita muhasabah diri dan nilai balik, ada lagi ke rasa prihatin terhadap orang lain dalam diri ini?

A.Khairul


Friday, October 10, 2014

Ini Cherita Aku: Cherita Satu

Penulis mendapat peluang untuk menggunakan kereta kakak penulis selama seminggu di Melaka beberapa bulan lepas. Pada hari tu, penulis dalam perjalanan balik dari Hospital Melaka pada waktu tengah hari yang panas dan masih memakai white coat. Ketika menghampiri lampu isyarat berdekatan bangunan Majlis Agama Islam Melaka, penulis ternampak seorang pakcik ini sedang melambai-lambai tangan cuba untuk menahan kereta yang lalu-lalang, tetapi tidak ada satu kereta pun yang berhenti. Nak dijadikan cerita, hati penulis terdetik untuk memberhentikan kereta dan menyapa pakcik tersebut,

“Ya Pak Cik, kenapa ya?”

“Pak Cik nak tumpang mintak tolong hantar depan tu boleh tak? Kaki pakcik kebas, tak larat nak jalan jauh.”

Dalam keadaan cuaca yang panas terik dan kakinya yang sakit, tanpa berfikir panjang  penulis pun mempelawa Pak Cik tu menumpang kereta. Dalam perjalanan yang singkat kami sempat berbual. Rupa-rupanya Si Pak Cik baru lepas pergi ke Majlis Agama Islam Melaka untuk membuat permohonan bantuan zakat. Sebelah kakinya sudah dipotong akibat sakit Diabetes. Mungkin akan ada orang yang kata, “tak takut ke bagi orang tak kenal tumpang kereta, kan ada kes orang kena rompak pasal tu.”  Sejujurnya, penulis pun ada terfikir tentang itu, tetapi entah bagaimana pada hari itu memang terdetik hati ni untuk memberhentikan kereta dan menumpangkan pakcik itu. Sesungguhnya Allah-lah yang memegang hati-hati manusia. Suatu hari nanti, jika ada ahli keluarga penulis yang memerlukan pertolongan, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan mereka pula.


A.Khairul

Saturday, July 26, 2014

P2S1: Medical Competency Exam (2)

For PS21 the college gave us one week study break before the exam, but depends on your last postings if the faculty in charge conducts the end posting exam earlier, you can get extra one week of study break. For the P2S1 exam there are 2 components, theory part which comprises the 120 MCQ questions and 5 Modified Essay Questions, and for the clinical part it comprises 10 OSCE stations and 1 long case.

Day 1, we sat for the MEQ papers which cover 5 subjects, Medicine, Surgery, OBG, Pediatric, and Community Medicine. For each subject there are 5 parts and the format is, they will project the questions using PowerPoint slide on the white screen in the hall and you have to answer the questions within the time limit of 5-7 minutes. When the time is up, the slide will change automatically and you have to put your answer paper for that part in a box and use a new paper for the second part of the question, in other words you cannot change your answer once the slide has changed.

Day 2, we had the 120 MCQ questions. We have to sit for a period of 2 hours answering 120 MCQ questions that cover all subjects from medicine, surgery, OBG, pediatric, orthopedic, psychiatry, ENT, ophthalmology and also community medicine, not to mention we were not allowed to go out from the hall during that 2 hours period. It was mentally and physically exhausting.

Day 3, first day of the clinical part of the exam. We start with OSCE stations. For OSCE usually it comprises either active station or passive station or it can be a combination of both active and passive. For active station, you have to perform a clinical examination skill to a patient or mannequin, and for the passive station you have to write the answer on the paper. They can give you an X-ray, ECG, a picture, partogram or even a video and you have to write down your findings and answer few questions related to the item being given. During the OSCE we probably didn’t do well in one of the stations and it is important for us not to be carried away with that and continue fresh for the next station. That is why we have to be mentally prepared for that.

The last day was our long case. Before the day of exam, I believe most of us cannot sleep well that night. So many things to cover for the long case, so many things to memorize, you will feel anxious, nauseated, palpitation and everything that will make you feel uncomfortable. At one time, I said this to myself “that’s enough, I have do my part and now I leave everything to Allah.” I went into my room took wudhu,  pray for 2 rakaats and pull myself to bed and hope when I woke up the next day, I’ll be in a positive mind and attitude. Alhamdulillah, I got a pediatric case even though I was not confident enough with the case, but the patient and his mother was very cooperative providing me with all the information that I need. When I presented the case, I tried to do it as calm as possible like I was presenting a case during our regular day, and personally I think that is the key to present a good long case for exam. I did learnt a lot from this exam, and will continue to learn more and do well in the future.


A.Khairul

Friday, May 30, 2014

Analogi: Pilih Baju Ikut Saiz Badan

Pernah rasa tak apabila kita terbaca tentang pengalaman hidup orang lain atau ada orang berkongsi dengan kita pasal pengalaman hidup dia, kita rasa macam “Eh, sama la macam aku!!!” “Benda ni pun pernah terjadi kat aku dulu.” Perkara ini pernah beberapa kali terjadi pada penulis. Dan ada masanya apabila kita baca tentang pengalaman hidup sesetengah orang lain kita akan rasa sebaliknya, “Tak sangka ada orang hidup macam ni” “Untunglah parents boleh bagi kereta sebab dapat 8A”

Dan seperti kebanyakkan orang lain, penulis suka belajar daripada pengalaman hidup orang lain. Tetapi kita perlu ingat bahawa setiap individu latar belakang hidup mereka tidak semuanya sama. Ada orang hidupnya senang sejak dilahirkan sehinggalah ke dewasa. Ada orang hidupnya susah dari kecil hingga besar. Ada orang hidupnya susah semasa kecil dan apabila dewasa barulah dapat merasai kesenangan dan ada pula yang hidupnya senang semasa kecil dan apabila dewasa hilang segala kesenangan itu. Penulis sudah katakan diawal tadi bahawa latar belakang hidup semua orang tidak sama, tetapi tidak bermakna tidak ada antara kita yang mempunyai pengalaman hidup yang  hampir-hampir sama, ibarat saiz baju.