Monday, February 2, 2015

Wira dan Putri (18)

Wira:

Wira tidak banyak berkata sepanjang perjalanan pulang  pada malam itu. Hanya muzik yang dimainkan di radio yang memecah kesunyian mereka di dalam kereta. Adi memandang Wira yang sedang memandu. Dia tahu sahabat baiknya itu masih dalam keadaan marah walaupun dia tidak menunjukkan kemarahannya. 20 tahun bersahabat dengan Wira, Adi cukup masak dengan perangai Wira. Wira bukanlah seorang yang akan menzahirkan kemarahannya dengan mudah. Wira sendiri sedar akan sikap panas baran yang ada padanya, dan dia sendiri akui bahawa dia perlu mengawal sikap panas barannya itu.

Ya, Wira sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan waktu dulu. Pada awal perkenalan mereka, Adi pernah menyaksikan Wira melepaskan kemarahan dengan agresif sehingga dia pernah menghempaskan kerusi  ke lantai sehingga pecah. Pada ketika itu, Adi sendiri berasa takut untuk berkenal rapat dengan Wira, tetapi lama-kelamaan dia dapat melihat perubahan pada sikap Wira. Wira pernah meluahkan kebimbangan tentang sikap dirinya yang panas baran ketika mereka masih di bangku sekolah menengah. Wira sangat bimbang jika orang lain akan menjauhkan diri darinya atau jika sekiranya dia akan membuatkan orang di sekelilingnya berasa tidak selesa. Nasihat Adi pada ketika itu, sedikit-sebanyak telah membantu Wira,

“Kalau kau nak ubah panas baran kau tu, aku cadangkan kau cubalah baca buku pasal akhlak peribadi Rasulullah, sebab Nabi Muhammad kan semulia-mulia insan.”

Sejak daripada itu, Wira rajin membeli dan membaca buku-buku tentang akhlak peribadi Rasulullah, dan Alhamdulillah sejak dari itu juga terdapat perubahan sikap pada dirinya. Wira tidak lagi akan melepaskan perasaan marahnya dengan mudah. Dia menjadi lebih matang. Jika ada sesuatu yang tidak kena pada matanya atau menyakitkan hatinya, Wira akan mengawal kemarahannya dengan berdiam terlebih dahulu. Wira sedar jika dia berkata-kata atau berbuat sesuatu ketika hatinya masih dalam keadaan tidak tenteram, tindakannya itu nanti akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Kereta Proton Suprima yang dipandu Wira berhenti di persimpangan lampu isyarat. Selepas seketika, Adi memperlahankan suara radio dan mula bertanya kepada Wira,

                “Kau okay tak Wira?”

 Wira masih berdiam diri. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mula bersuara.

“Sorry la Adi. Aku still rasa stress la pasal benda tadi tu. Jom singgah lepak mamak kejap nanti aku cerita.”

                “Okay. Kau nak belanja kan?” Adi cuba berseloroh. Wira hanya menjeling.

                “Ala aku gurau je.”

Putri:

Selepas selesai menemani Seri membeli-belah barang-barang untuk persiapan majlis perkahwinannya, Putri mengajak Seri untuk minum petang di restoran Big Food berdekatan Taman Merdeka.
                “Kenapa nak makan kat situ? Kat area sini kan ada tempat makan.” Seri mengeluh.

                “Iyelah tadi aku dah teman kau shopping, sekarang kau kena la teman aku makan pula.”

Mereka berkunjung ke restoran kegemaran Putri  yang ada menyediakan pelbagai hidangan masakan barat dan tempatan yang laza-lazat. Restoran itu diusahakan oleh pengusaha dari Indonesia dan setiap sajiannya sangat banyak sehingga boleh dikongsikan untuk dua orang makan. Selain daripada masakannya, sebab lain Putri menyukai restoran itu kerana konsepnya yang santai dan eksklusif. Tidak kelihatan seperti restoran biasa dan pada masa yang sama tidak juga kelihatan seperti restoran untuk orang-orang berada. Puteri memesan lamb chop dan pencuci mulut pannacotta sementara Seri memesan hidangan Nasi Kampung.

                “Kau dengan Cik Abang sekarang macam mana?” Seri bertanya kepada Putri.

                “Okay je macam biasa. Baru lepas baik-baik lepas merajuk 2 hari dengan dia.”

                “Hah!? Merajuk pasal apa?” Seri terasa ingin tahu.

“Kau kalau cerita problem pada tunang kau pasal masalah kau dengan orang lain, biasanya dia akan sokong siapa?” Putri mengajukan soalan.

“Selalunya dia setuju je dengan apa yang aku cakap. Takkanlah dia nak menangkan orang lain.”

“Ha selalu kita harap macam tu kan, tapi dengan Wira ni dia lain tau. Dia kalau aku cerita pasal problem aku dengan orang lain, kekadang tu aku rasa respon yang dia bagi tu macam nak menangkan orang tu je. Dia takdela cakap terang-terang yang aku ni salah tapi ayat yang dia selalu cakap kat aku lebih kurang macam ‘cuba awak tengok dari perspektif lain’.”

“Owh, kira macam dia takde belah mana-mana pihak la. Bagi dia kalau kau salah dia akan tegur la, macam tu?”

“Haah.  Tapi kita perempuan kan kalau cerita problem dekat boyfriend, tunang or husband ke, kita macam harap dia akan support kita kan? Tapi Wira dia kata dekat aku,  dia akan be objective kalau aku cerita problem aku pada dia, so dia akan dengar betul-betul and then baru dia bagi comment. Dia cakap ada masa dia akan support aku dan ada masa dia akan tegur, sebab dia nak aku belajar handle problem dengan orang lain.”  Putri berhenti seketika sambil menghirup minumannya. “Tapi masa hari tu, aku memang tengah bad mood tau lepas balik kerja. Malam tu aku call la Wira and cerita semua problem aku pada dia. Macam biasa la respon yang dia bagi , tapi hari tu aku memang dah penat sangat dan stress and aku harap just for once dia boleh support ak,  tapi memang harapan la. Aku kecewa sangat masa tu, dan lepas tu aku dah tak ingat apa yang aku cakap pada dia.”

“Erm. Iye ke.”

Erm macam tu la.Tapi sekarang aku dah okay dah. Minggu depan nanti dia ajak keluar teman dia pergi mana entah. Yeay, dah lama tak dating,”  mood Putri kembali ceria.

“Amboi, bila cakap pasal dating happy nya dia~” Seri mengusik.

Eh, mestilah!”

A.Khairul

1 comment:

ajeem_hazim said...

Cheng! Oitt... hehe jemput singgah blog aku! http://mudrajimdiah.blogspot.cz/ dah mula aktif balik hehe