Pernah rasa tak apabila kita
terbaca tentang pengalaman hidup orang lain atau ada orang berkongsi dengan
kita pasal pengalaman hidup dia, kita rasa macam “Eh, sama la macam aku!!!” “Benda
ni pun pernah terjadi kat aku dulu.” Perkara ini pernah beberapa kali
terjadi pada penulis. Dan ada masanya apabila kita baca tentang pengalaman hidup
sesetengah orang lain kita akan rasa sebaliknya, “Tak sangka ada orang hidup
macam ni” “Untunglah parents boleh bagi kereta sebab dapat 8A”
Dan seperti kebanyakkan orang
lain, penulis suka belajar daripada pengalaman hidup orang lain. Tetapi kita perlu
ingat bahawa setiap individu latar belakang hidup mereka tidak semuanya sama.
Ada orang hidupnya senang sejak dilahirkan sehinggalah ke dewasa. Ada orang
hidupnya susah dari kecil hingga besar. Ada orang hidupnya susah semasa kecil
dan apabila dewasa barulah dapat merasai kesenangan dan ada pula yang hidupnya
senang semasa kecil dan apabila dewasa hilang segala kesenangan itu. Penulis
sudah katakan diawal tadi bahawa latar belakang hidup semua orang tidak sama,
tetapi tidak bermakna tidak ada antara kita yang mempunyai pengalaman hidup
yang hampir-hampir sama, ibarat saiz
baju.
Hal yang sama juga perlu kita
pertimbangkan apabila kita ingin mengambil pengajaran daripada pengalaman hidup
orang lain. Bukan semua pengalaman hidup orang lain sesuai dengan cara kita.
Kesilapan kebanyakkan daripada kita adalah apabila kita fikir bahawa semua
kaedah yang orang lain gunakan sesuai dengan cara kita. Sebagai contoh, kita
mengalami masalah kemurungan kerana sikap pasangan kita yang panas baran.
Adakah kita akan mengambil tips daripada individu pertama yang bahagia yang
tidak pernah berdepan dengan orang yang panas baran setiap hari, atau kita akan
meminta tips daripada individu kedua, juga bahagia yang pasangannya juga
merupakan seorang yang panas baran? Sudah tentu pilihan yang terbaik adalah
mengambil nasihat daripada individu kedua kerana dia mempunyai pengalaman yang
hampir sama dengan kita, sama saiz.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Terdapat banyak kisah yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran dan
hadith, yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Dialah Allah, Tuhan yang mengatur “sistem saiz”
pengalaman hidup dan tidaklah Dia menjadikan manusia itu berbeza-beza melainkan
untuk kita saling mengenali dan mempelajari antara satu sama lain. Kita perlulah
bijak dalam membuat penilaian hidup agar kaedah dan pilihan yang kita buat itu
akan mendekatkan kita pada Allah dan seterusnya menjadikan hidup kita lebih
positif. Sama-samalah kita mengamalkan Solat Istikharah setiap kali
mengambil apa-apa keputusan kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat
rujukan. Semoga penulisan ini akan sentiasa menjadi peringatan untuk
penulis sendiri dan juga para pembaca. Sama-sama kita pilih baju ikut saiz
badan.
A.Khairul
No comments:
Post a Comment