Picture credit to: www.comingsoon.net
Terasa macam dah lama sangat tak
menulis tentang filem baru di wayang. Bukannya penulis tak ada langsung meluangkan
masa berkunjung ke panggung, cuma kesempatan untuk menulis tu belum ada. Jadi
sementara penulis masih ada kelapangan ini, penulis akan kembali menulis dan
berkongsi cerita di blog Son Of Anwar ini. (senyum)
Untuk makluman anda, penulis
sememangnya seorang peminat tegar cerita superheroes sejak dari kecil
lagi. Kalau tanya paling minat superheroes yang mana? Tak ada jawapan lain,
confirm SUPERMAN. (sengih). Tapi kali ni penulis bukan nak cerita pasal
Superman, penulis nak cerita pasal filem terbaru Avengers. Daripada tahun lepas
lagi, penulis dah tertunggu-tunggu nak tengok
cerita Avengers: Age of Ultron ni kat wayang. Memang dah pasang niat,
habis je MBBS mesti nak tengok cerita ni kat wayang masa hari pertama dia
keluar kat wayang, jadi semalam (23 April 2015: 1205 hours) termakbul juga
hasrat tu.
Secara keseluruhan bagi penulis
filem Age Of Ultron ni memang THORbaik!!! Jalan cerita IRON MANtop!!! Kesan
khas INCREDIBLE HULK!!! Penulis memang tak berapa gemar sangat tengok wayang
malam-malam sebab selalu tertidur kat tengah-tengah jalan cerita, tapi semalam
memang tak terasa mengantuk langsung.
[SPOILER ALERT]
Filem Avengers: Age of Ultron
kali ini berkisahkan tentang peperangan antara pasukan Avengers dengan Ultron
yang merupakan A.I yang dicipta secara tidak sengaja oleh Tony Stark. Prime
Ultron bercita-cita untuk mewujudkan dunia baru yang lebih “baik” dan untuk itu
ia ingin memusnahkan tamadun manusia terlebih dahulu. Menyedari pasukan
Avengers adalah penghalang utama rancangannya, Prime Ultron telah mempergunakan
pasangan kembar yang mempunyai kuasa yang luarbiasa untuk memusnahkan pasukan
Avengers dari “dalam”. Pasangan kembar tersebut akhirnya mengetahui rancangan
jahat Prime Ultron dan bersama-sama dengan pasukan Avengers, mereka menentang
bala tentera Ultron.
Mesej yang paling jelas dalam filem
ini adalah, setiap orang tidak kira sehebat mana pun kita pasti ada kelemahan atau
sejarah lampau yang akan menghantui dirinya. Melarikan diri bukanlah jalan
penyelesaiannya begitu juga jika kita terlalu berfikir tentangnya kerana ia mampu menganggu
perjalanan dan fokus hidup kita. Kita perlu bersedia menerima kesilapan lampau dan
bertindak dengan lebih rasional untuk menentukan masa depan kita. Jangan
biarkan emosi negatif mempengaruhi keputusan yang akan kita buat. Dan yang paling utama, yakinlah bahawa kita tidak berseorangan. Kekecewaan bukanlah penghujungnya, ia adalah satu permulaan yang baru untuk kita.
A.Khairul
No comments:
Post a Comment