Lokasi: Melaka Sentral
Waktu: 3.40 PM
Saya tengah duduk menunggu
bas, sambil tu saya guna la iPad untuk dengar lagu dan check inbox untuk
sebarang kerja design baru. Waktu tu nak kata ramai sangat orang, tak ramai
sangat la. Nak kata sikit orang pun tak juga, biasa-biasa je la. Sebelah saya
ada satu keluarga 3 beranak tengah berbual-bual, sebab saya malas nak dengar
perbualan orang lain, tu yang saya sumbat earphone dalam telinga dan
dengar lagu.
Sedang-sedang saya sibuk tengok
screen iPad, saya perasan ada seorang pakcik jalan perlahan-lahan depan saya.
Jadi saya perhatikan la ke mana pakcik tu nak pergi. Dia berhenti dekat dengan
keluarga 3 beranak tu. Dia ada cakap sesuatu kat diorang tapi diorang buat tak
endah sahaja. Muka pakcik tu sedikit kecewa, jadi saya pun tanggalkan earphone
dan tanya pakcik tu,
“Kenapa ya
pakcik?”
“Pakcik
nak tanya, surau kat mana?”
Owh nak ke surau rupanya
pakcik tu, jadi saya pun cakap la kat mana surau dalam Melaka Sentral tu. Walaupun
dah beritahu surau kat mana pakcik tadi masih macam kurang pasti jadi saya pun rasa
baik saya bawak je,
“Takpe pakcik meh ikut saya. Saya tunjukkan.”
Saya ambil beg saya dan pimpin
pakcik tadi pergi ke surau. Sebab saya memang dah biasa jalan laju, baru
beberapa langkah pakcik tadi kata,
“kejap.
Tak larat nak jalan cepat.” Saya pun tanya,
“pakcik
ada masalah jantung ke?” Dia tak menjawab.
“Takpe
pakcik, kita jalan perlahan-lahan. Depan ni je surau.”
Selepas sampai depan surau,
saya pun minta diri dulu sebab bas saya balik JB nak dekat sampai dah. Sempat
la pakcik tu cakap terima kasih. Saya kongsikan cerita ni bukan nak kata yang saya
ni baik, percayalah saya tak baik mana pun. Saya memang selalu suka buat hal
sendiri. Tapi saya kongsikan kisah siri INI CHERITA AKU sebab nak ajak anda
semua supaya ubah persepsi minda tentang perkara negatif apabila ada orang
yang kita tidak kenal minta tolong. Saya sendiri akui kalau orang nak minta
tolong dari segi kewangan memang susah kita nak bagi, tapi sekurang-kurangnya
kalau orang minta tolong tunjuk arah atau nak tanya sesuatu cubalah kita bantu.
Dah la bagi duit pun kedekut, takkan yang macam ni pun nak berkira juga. Sama-sama
kita muhasabah diri dan nilai balik, ada lagi ke rasa prihatin terhadap orang
lain dalam diri ini?
A.Khairul
No comments:
Post a Comment