Wednesday, November 21, 2012

We will definitely miss you




ABANG…
Dari kecil lagi saya teringin nak rasa ada seorang big brother, sebab tu bila along kenalkan Bang Fee kepada kami sekeluarga, saya teruja sangat. Memang BIG brother betul-betul, hehehe. Akhirnya ada juga abang yang boleh ajak lepak keluar kedai mamak malam-malam.

DENGAN KAMI…
Bang Fee memang peramah orangnya. Baik, bertimbang-rasa, penyabar, caring, senang cerita Bang Fee memang ada ciri-ciri seorang abang yang sejati. Tak pernah sekali pun saya dengar Bang Fee tinggikan suara, even masa tengah drive. A very down to earth type of person, Bang Fee memang boleh mesra dengan semua orang. Bila kitorang adik-beradik kumpul bersama, kami memang suka sakat-menyakat satu sama lain gurau-gurau orang kata, tapi of course la Bang Fee yang selalu menang. Ada je benda yang dia nak “bahan” kitorg. Bang Fee selalu kata kitorg ni kelakar, padahal dia lagi kelakar sebenarnya *senyum*. Saya dan adik saya, Syira tak kisah pun kalau gurau-gurau dengan Bang Fee sebab kami memang suka gelak-gelak. Lagi pun, dengan kakak saya Bang Fee memang layan dia dengan baik sangat-sangat. Dia memang sangat-sangat romantic daripada apa yang saya lihat dan dengar. 

DENGAN SAYA…
Disebabkan saya tak selalu ada di rumah, memang jarang dapat lepak-lepak dengan Bang Fee. Tapi bila Bang Fee ada di rumah memang lain suasana dia, kehadirannya menceriakan family kami. Sayangnya saya hanya berpeluang merasai nikmat mempunyai seorang abang  untuk seketika sahaja. Takkan saya lupakan saat-saat saya luangkan masa bersama Bang Fee. Kami pernah balik berdua semasa saya masih lagi belajar di Seremban, itulah kali pertama kami berbual panjang bersama. Semasa saya belajar di India Bang Fee dan kawannya lah yang datang menjemput saya di airport tengah-tengah malam, ambil saya di TBS pukul 3 pagi, tapi Bang Fee sikit pun tak merungut. Dia siap ajak saya lepak minum-minum kat kedai mamak lagi.

Kalau dulu-dulu, saya selalu keluar main bowling sorang, kekadang je dengan abah, main PS sorang2, tapi apabila along dah nikah dengan Bang Fee saya rasa seronok sebab dah ada geng kat rumah tu. Kalau naik kereta dengan Bang Fee memang tak pernah bosan walaupun tak pasang radio sebab Bang Fee rajin ajak sembang. Macam-macam benda la kami sembangkan daripada benda serius sampai ke benda-benda kecik yang kelakar. Yes, saya memang selesa bila bercerita dengan Bang Fee sebab dia tak pernah judge sesiapa pun walaupun sometimes saya dan dia tak sama pendapat. Malah, dia banyak bagi nasihat, cerita pengalaman dan opinion dia pada saya. Dialah salah satu sumber inspirasi saya. Saya mula menulis “Wira dan Putri” juga adalah kerana Bang Fee, selepas membaca one of the short stories written by him.

GURAUAN TERAKHIR…
Hari sabtu 17 November 2012, pagi itu someone told me to change my profile picture di facebook. Saya memang jarang-jarang ber’facebook’, tapi entah macam mana pagi itu saya terasa “takpe la tukar profile picture ni.” Selepas saya tukar avatar di facebook, Bang Fee la orang pertama yang comment, kemudian kami bersembang di facebook, sakat-menyakat dengan adik saya Syahirah yang sedang belajar di Birmingham. Semasa kami bersembang tengah hari itu, Bang Fee sempat bertanya kepada saya “bila nak balik JB?”. Saya takkan lupa kata-kata terakhirnya dalam perbualan kami di facebook tengah hari itu, “maner ader… Ini maksudnya korang sentiasa ada difikiran,”

18 NOVEMBER 2012…
Lebih kurang pukul 9.10am saya terima panggilan telefon daripada mak. Suara mak sedih. Saya dah rasa tak sedap hati apabila mendengar suara mak macam tu, perlahan-lahan mak kata “Angah…. Abang Fee dah tak ada… Abang Fee jatuh~” Saya terdiam. Kemudian saya terdengar suara abah “Angah, Bang Fee dah tak ada.” Terus saya cakap dengan abah saya nak balik JB hari tu juga. Semasa mengemas barang, memang saya berdoa pada Allah, “Ya Allah, kau mudahkanlah perjalanan aku untuk pulang ke rumah.” Alhamdulillah, ada kawan yang telah menolong menghantar saya ke stesen bas. Apabila saya sampai sahaja di stesen bas dalam pukul 10am, memang sudah ada bas yang nak bergerak ke JB pada waktu itu. Sepanjang perjalanan di dalam bas, saya tak dapat menahan air mata yang mengalir apabila menerima sms ucapan takziah daripada seorang kawan. Ya, saya benar-benar menangis. Sukar untuk saya terima berita mengejut itu, I thought over our conversation last Saturday in facebook over and over again. Saya tatap wajah Bang Fee dalam gambar family yang memang saya jadikan wallpaper pada handphone. Air mata mengalir tak henti-henti. Pada pukul 1.00pm saya sampai di Larkin, pada waktu itu sudah ada bas ke Masai yang baru nak bergerak, Alhamdulillah saya tak perlu tunggu.

Semasa ingin melintas jalan besar di depan rumah, saya masih berharap yang saya tersalah dengar berita pagi tadi. Apabila tiba di persimpangan masuk ke rumah, saya lihat sudah ada banyak kereta dan pintu pagar rumah sudah terbuka luas. Langkah saya semakin pantas begitu juga air mata yang tidak dapat ditahan. Saya masuk ke dalam rumah, sebaik sahaja saya melihat wajah mak dan abah, I broke down in tears. Saya letak barang saya dan terus dengan along bersama-sama dengan jiran sebelah bergerak ke hospital. Di dalam kereta saya cuba tabahkan diri untuk along. Saya pandang wajah along, matanya bengkak tapi kakak kesayangan saya tenang. Sesampai di hospital, kami menunggu untuk keputusan post mortem. Ketika berjalan masuk untuk menguruskan jenazah, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sebaknya hati ini melihat insan yang kita kenal  dan sayang terbaring kaku. Perasaannya tidak sama seperti mana ketika saya melihat prosedur itu ketika belajar. Berbeza sama sekali. Saya, abah, dua orang bapa saudara dan kawan-kawan rapat bang Fee sama-sama membantu memandikan dan mengkafankan jenazah. Kemudian Bang Fee disolatkan di masjid taman kami selepas Asar. Saya menangis dalam solat. Selesai solat, kami sekeluarga, saudara jauh-dekat, kenalan-kenalan rapat, jiran tetangga, bos-bos kakak saya dan abang fee sama-sama mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, penghormatan buat insan yang kami sayang. 

WE WILL DEFINITELY MISS YOU…
Kitorang satu family akan sentiasa merindui abang, gurauan abang, ketawa abang. Angah rindu abang. Tak puas rasanya angah duduk berbual dengan abang. Apa pun angah bersangka baik dengan Allah. Angah tahu, Bang Fee dah tunaikan tanggungjawab Bang fee sebagai anak, abang, adik, suami dan pendidik dengan baik. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Bang Fee di sana. Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu kerana Engkau telah menemukan kami dengan Insan bernama Hanafee Bin Abdul Rahman. Kami redha atas ketentuan Mu Ya Allah. Kau tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga kami dapat bertemu dengannya kembali di hadapan Mu kelak, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. Maha Penyayang.

Al-fatihah
Allahyarham Hanafee Bin Abdul Rahman (1985-2012)
Beloved son, brother, husband, teacher

A.KHAIRUL

4 comments:

Anonymous said...

harap bersabar yea dgn pemergian abang kesayangan, semoga Allah tempat kan arwah dlm kalangan org yg beriman,

Scentlady's Blog,Your Perfume Consultant and Business Motivator said...

yes..he is definitely a wonderful customer too...my heart breaks,to know he is gone...help your sis go thru this..May he,deceased be with the pious ones...

Anonymous said...

adik suh ssbrina kuatkn smngat ek

Anonymous said...

mula kenal dia tahun 2001....sahabat terbaik selamanya...