Tanggal 4 Mac 2014, saya yang
berada di kolej telah mendapat berita yang menyedihkan melalui SMS daripada
ahli keluarga yang memaklumkan tentang pemergian Atok Timah. Ketika itu masa
ibarat terhenti seketika, dan hanya lafaz Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un yang dapat saya bisikkan
dibibir. Terkilan rasa dihati tidak dapat mengiringi perjalanan terakhirnya,
dan mengucup tangannya buat kali
terakhir. Tangan yang telah memandikan kami adik-beradik semasa bayi ketika
emak masih dalam pantang. Tangan yang menyediakan makanan apabila anak-anak dan
cucu-cucunya datang menziarah. Walaupun Angah hanya dapat menyentuh kaki Maktok
sahaja semasa melawat buat kali terakhir di wad HSAJB pada Ahad lepas, tetapi
Angah takkan lupa kucupan Maktok dipipi setiap kali Angah salam tangan Maktok.
Hasrat Angah supaya Maktok dapat tengok Angah habis
belajar tidak kesampaian, tetapi Angah redha dengan ketentuan Allah. Angah akan
merindui celoteh Maktok setiap kali anak-anak dan cucu datang melawat, Angah
akan merindui lauk ikan pari yang Maktok masakkan , Angah akan rindu kuih
bahulu dan tempeyek yang Maktok selalu buat dulu. Kami sekeluarga sangat
menghargai segala pengorbanan dan jasa Maktok untuk anak-anak dan cucu-cicit,
dan kami doakan agar Maktok tenang di sana. Semoga roh Maktok sentiasa dicucuri
dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.
Al-Fatihah buat:
-Hjh. Fatimah
Bte. Ibrahim-
A.Khairul
1 comment:
This bring tears..its been 22 days since her passing.
May our family members stay strong and united.
Post a Comment