Kelmarin adik perempuan hantar pesanan, "angah, online oovoo, mak rindu." Tersentuh hati bila saya membaca mesej yang dihantar, walaupun baru seminggu lebih tidak menelefon rumah. Sekarang ni di rumah adik-beradik semua ada kecuali saya, ditambah lagi ipar pun ada sama, meriah sungguh rumah.
Begitulah situasinya apabila anak-anak sudah membesar. Memang jarang-jarang dapat kumpul bersama semenjak kami adik-beradik masuk ke sekolah berasrama. Kalau ada seorang yang balik bercuti, yang lain kadang-kadang ada program lain di tempat belajr. Kemudian apabila semua sekali dah balik ke tempat belajar tinggal lah mak, abah, along, dan Danial. Hari-hari biasa apabila abah dan along kerja, mak dan Danial berdua je la ada di rumah.
Saya berfikir, ada hikmah Danial hadir dalam keluarga kami dengan jarak umur yang sangat jauh antara dia dan Syira, 9 tahun bezanya. Perancangan Tuhan. Semasa Danial lahir, saya masih dalam darjah 6, Along di asrama dan Syira dalam darjah 3. Tuhan tahu anak-anak Pn. Saadah dan En. Anwar akan belajar jauh suatu hari nanti dan mungkin pada masa itu mak abah akan kesunyian, maka Dia hadirkan Danial dalam keluarga kami untuk menjadi penghibur, pengubat rindu kami sekeluarga. Tidaklah mak dan abah rasa sunyi di rumah.
Mungkin coretan ini hanya tanggapan saya semata-mata, namun itu sudah memadai bagi saya kerana ia membuatkan saya sentiasa bersyukur dan ingat kepada Allah di atas segala nikmat kurniaan kasih sayangNya kepada kami sekeluarga, Thank you Allah. *smile*
"Ya Allah ampunkanlah dosa kami, murahkanlah rezeki kami, tanamkan sifat kasih sayang dan penyabar didalam diri kami, jauhkan kami daripada sifat takbur dan bongkak, peliharalah kami daripada segala macam bentuk fitnah dan berkatilah kami di dunia dan akhirat."
Khairul
No comments:
Post a Comment