Cancer dan tumor?
Pada asasnya cancer dan tumor adalah perkara yang sama,
dalam Bahasa Melayu ia disebut sebagai kanser
atau ketumbuhan. Pada saya penjelasan ini sangat
perlu kerana masih terdapat mereka yang keliru dengan maksud perkataan
tersebut. Apabila berbicara tentang ketumbuhan, ramai orang menganggap ia
adalah sekadar penyakit biasa, bukan kanser.
Apa itu kanser?
Badan manusia terdiri daripada beberapa sistem
(sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem pembiakan, sistem perkumuhan).
Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Setiap organ terdiri daripada
beberapa tisu badan, dan setiap tisu badan terdiri daripada beberapa sel. Kebiasaannya pertumbuhan sel badan adalah terkawal, tetapi
apabila ia sudah hilang kawalan dan tumbuh “sesuka hati” maka itu yang
dipanggil sebagai kanser.
Contohnya penyakit leukemia yang merupakan salah satu kanser sel darah putih yang
disebabkan oleh bilangan sel darah putih yang melebihi normal.
