Wira:
Malam itu Wira leka mengimbau
peristiwa silam di dalam hidupnya. Bermula dari pertemuan di restoran Indonesia
itulah mereka berempat berazam memulakan perniagaan restoran. Dia, Adi Putra,
Iskandar dan Irfan. Kini perniagaan mereka sudah berusia hampir 4 tahun dan
mempunyai cawangan di Teluk Danga, Taman Dato’ Onn dan Senibong Curve. Restoran
mereka begitu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kota. Selain
itu terdapat beberapa orang rakan lama Wira yang turut membantu menguruskan
restoran-restoran mereka. Kini Wira dan rakan-rakannya sudah boleh tersenyum
kerana usaha keras mereka sudah menampakkan hasilnya. Perniagaan untuk berbakti
kepada masyarakat. Restoran eksklusif bertaraf antarabangsa dengan harga yang
berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.