Thursday, March 22, 2012

Sopan sikit boleh tak?

Beberapa hari lepas (Isnin, 19/03/2012) saya pergi ke Focus Point Seri Alam untuk membetulkan cermin mata saya yang pecah. Saya ke sana dengan abah saya. Apabila kami masuk kedai, saya dan abah disambut oleh seorang pekerja lelaki. Saya pun beritahulah yang saya ni nak betulkan cermin mata. 

Anggaran awal saya setakat tukar cermin sahaja mestilah tak lebih RM100, sebab semasa saya belajar di Seremban dah 2 kali saya ganti cermin, RM90 je kena. Tapi bila saya tanya berapa cajnya, dia kata RM250. Amboi!?

Dekat India jauh lagi murah kot, cepat pun cepat. Yang ini sudah la mahal, lepas tu kena tunggu lebih 2 hari baru dapat. Tu satu benda, ada benda lain lagi yang saya nak kongsi pasal servis dan layanan. Abah saya tanya la, “Kenapa mahal sangat cermin ni, kualiti punya ke?” Katanya cermin nipis sikit memang mahal. Lepas tu dia mula tunjuk katalog, siap kata lagi spect yang dia pakai harganya RM1000++.

Saya bila tengok lelaki tu dah macam ‘kerek’ sikit, saya pun ‘cucuk’ la dia. "Saya buat kat india bingkai Levi’s siap dengan cermin baru RM300++". Maka dia dengan konfidennya pun kata “tu bingkai tak original~”. Amboi!? Saya pun cakap lagi sebelum ni saya buat Levi’s kat Malaysia pun lebih kurang juga harga. Saya tanya dia macam mana nak tahu bingkai original atau tak. Nak tahu apa dia jawab, “saya tahula~” tak meyakinkan langsung!

Sebab abah pun ada hal lain, jadi saya bayar juga la deposit untuk cermin mata tu. Hati terasa ‘bengkak’ dengan layanan yang kurang memuaskan dan sikap ‘kerek’ pekerja lelaki tu. Hari ini (Khamis, 22/03/2012) apabila saya pergi mengambil cermin mata di kedai tersebut, lelaki yang sama menyambut saya. “Eh, mesra plak hari ni,” saya kata dalam hati. Agaknya masa dia betulkan cermin mata saya tu, dia check bingkai saya baru dia tau bingkai saya original, termalu sendiri la tu~  *sengih*. Hari tu sesuka hati kata, bingkai orang tak ori.

Niat saya menulis ni bukan nak menjatuhkan maruah atau perniagaan sesiapa. Saya cuma nak menegur cara layanan atau servis yang diberikan sahaja berdasarkan pengalaman sebenar. Kira macam maklum balas sebagai pelanggan la, sebab kawan saya pun ada komplen benda yang sama di kedai yang sama. Kita ni bila jalankan perniagaan ni, layanan terhadap pelanggan paling utama. Harga murah, servis teruk orang tak kisah sangat. Harga mahal, serbis teruk orang menyampah. Harga murah, servis tip-top orang pun suka. Lagi satu pesanan saya, kita ni nak pakai barang mahal/branded memang la tak salah, tapi janganlah sampai perlekeh orang lain yang pakai barang yang tak-berapa-nak-mahal. Sopan sikit boleh tak?

Khairul

No comments: