Sunday, April 22, 2012

Wira dan Putri (13)

Wira:

Malam itu Wira leka mengimbau peristiwa silam di dalam hidupnya. Bermula dari pertemuan di restoran Indonesia itulah mereka berempat berazam memulakan perniagaan restoran. Dia, Adi Putra, Iskandar dan Irfan. Kini perniagaan mereka sudah berusia hampir 4 tahun dan mempunyai cawangan di Teluk Danga, Taman Dato’ Onn dan Senibong Curve. Restoran mereka begitu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kota. Selain itu terdapat beberapa orang rakan lama Wira yang turut membantu menguruskan restoran-restoran mereka. Kini Wira dan rakan-rakannya sudah boleh tersenyum kerana usaha keras mereka sudah menampakkan hasilnya. Perniagaan untuk berbakti kepada masyarakat. Restoran eksklusif bertaraf antarabangsa dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.

Wira menyusur disepanjang jalan Charles Floquet untuk pulang ke hotel penginapannya. Kelihatan beberapa orang wanita dalam lingkungan 20-an sedang menunggu pelanggan mereka di tepi jalan. Perasaan Wira tiba-tiba teringatkan keluarganya di kampong, abah, emak dan adik-beradiknya. Tangannya mencapai telefon bimbit yang tersimpan di kocek belakang seluarnya. Gambar keluarganya sentiasa menjadi wallpaper telefon bimbitnya setiap kali dia mengembara jauh. Ustazahnya pernah berpesan semasa bersekolah di asrama dahulu,

“Kita, kalau tengok muka mak ayah dengan senyuman pun boleh dapat pahala. Pergi mana-mana bawa gambar mak ayah.”

Sebuah senyuman terukir dibibirnya tatkala dia menatap gambar keluarganya. Di dalam hati Wira berdoa, “Ya Allah, kau peliharalah keselamatan keluargaku selama mana peninggalanku. Peliharalah mereka daripada sebarang bahaya dan bencana. KepadaMu lah aku berserah. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung.”

Wira mempercepatkan langkahnya. Dia ingin berehat awal malam ini kerana keesokkan harinya dia perlu berjumpa dengan beberapa orang pelabur asing yang berminat untuk berkerjasama dengan Anak Malaya Group. Sesampai di pintu hotel, Wira di sapa oleh penjaga di situ,

Bonne soirée monsieur, comment va le soir ur?”
“C’est bon, je vous remercie d’avoir pose Jerome.”
“Bonne nuit, monsier.”
“Bonne nuit, Jerome.”

Putri :

Pagi itu, Putri tidak jadi untuk pulang ke kampung. Hasrat untuk memberitahu emaknya tentang perihal perbualannya dengan Wira semalam terpaksa di tangguhkan. Dia perlu berjumpa dengan Seri kerana sahabat baiknya itu ingin meminta sedikit pertolongan.

‘Kau nak minta aku teman pergi mana ni Seri ?’
‘Teman aku nak beli hadiah untuk birthday anak buah la. Lepas tu aku nak ajak kau pergi satu restoran yang baru buka. Orang kata sedap.’

Baru sahaja Putri ingin mengatakan sesuatu, Seri sudah bertanya.

‘Dah call Wira ? ‘

Putri hanya mengangguk sambil tersenyum. Kemudian dia berkongsi intipati perbualannya semalam dengan Seri.

‘Wow, congratulations Putri,’ Putri hanya tersenyum.

‘Tapi kan, kau okay ke dengan long distance relationship ni ?’

‘Tu la kan, ramai orang cakap susah kalau ada long distance relationship ni. Setakat ni aku rasa okay je. Kitorang selalu juga contact guna skype, so bila-bila rasa nak berbual kitorang guna skype je. Lagi pun Wira ni straight forward cakap. Kalau dia busy sangat dia akan kata dia busy atau tak reply langsung text aku. Teruk kan.’ Putri tertawa kecil. Seri turut sama gelak kecil.

‘Tapi setakat ni kalau aku ada problem bila aku beritahu dia, dia akan reply. Kalau dia busy pun, dia akan reply bila dah malam sikit ke or the next morning. Selalunya dia akan bagi sms dulu suruh ambil wudhu, solat, baca Quran, doa kat tuhan. Bila dia free dia akan dengar la problem aku.’

‘Untungla, ada orang nak dengar masalah dia,’ Seri bergurau. Putri tersenyum.

Kereta yang dipandu Seri menyusur masuk ke tempat meletak kenderaan di One Utama. Kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia dengan jumlah kedai yang lebih daripada 700 buah di dalamnya. Puas mereka berdua meronda-ronda di bangunan New Wing. Putri hanya mengikut sahaja kemana Seri membawanya pergi, sempat juga dia window shopping. Jika ada barang yang berkenan di hati, Putri akan memasukkannya kedalam senarai things that I want. Mudah untuk dia nanti bila sudah mampu untuk membeli atau apabila ada yang bertanya ‘nak hadiah apa ?’

Khairul  

No comments: