Friday, March 11, 2011

Movies Pick of The Week (9)




Merong Mahawangsa and The Fighter

Yesterday I went to Jusco Tebrau City to look for new reading material and also to watch satu dua filem. I was there from 11.30am till 10.30pm. What the heck!!?? Rilek2 let me story first la. First thing that I did when I got there, I bought 5 movie tickets (Merong Mahawangsa). Then beli-belah tingkap. After complete one round, I took a break and end up at HARRIS bookstore. I bought one book entitle Uswatun Hasanah. After Dzuhur prayer, I lepak at food court located on the top floor (bought a drink and read some books).

3.30pm I decided to take a break, then I went back to the TGV counter with the intention to watch 127 hours. I have no luck with that because the earliest show was at 6.00pm, so I go for The Fighter (Mark Wahlberg, Christian Bale and Amy Adams). The movie was a bit slow I yawn several times (hahaha), still there’s a message in the movie. Lot of conflicts between Dicky and his family, girlfriends, ex-wife, friends and the urge to pursue his dream to be the world champion in welterweight class.

8.15pm it’s Merong Mahawangsa time. I missed the first 30 minutes of the movie since my friends showed up late. Hahaha. What about Merong Mahawangsa (MM)? I think it’s a great movie. The cinematography was great, KRU can do much better in the future. I like all the fighting scenes, the stunts and all (they look real). As much that I expected it to be an inspiring movie like The Gladiator, kurang lawak atau dialog Merong yang macam ini “I thought I said one at a time” masa scene berlawan dekat tepi pantai sebab bagi saya dialog tu macam tak perlu je. Tak tahulah kalau memang sejak dari dahulu lagi keturunan Melayu ada sense of humor yang macam tu. Overall MM is a must watched movie. KRU CGI effect is getting better and better, the costumes and environment were awesome. Sebuah filem tempatan yang saya rasa boleh mendapat tempat di peringkat antarabangsa jika diberi peluang. Have fun watching it!!!

Khairul

Wednesday, March 9, 2011

The more, The merrier


Last Friday evening was my sister solemnization ceremony. Yes my sister is married already. Bila someone in the family dah kahwin, apa jadi dengan saiz keluarga tu? Kalau yang kahwin lelaki dia akan bawa orang baru, maknanya bertambah besar la keluarga tu kan. But if your sister getting married she’ll follow her husband, so the family getting smaller la kan. Is that how it works? Hahaha. Silly me.

Before this the fact that my sister is getting married makes me feel nervous. Kakak den yang nak kahwin den pula sibuk-sibuk nervous. Don’t ask me why because I can’t explain it. Syndrome-kakak-nak-kahwin maybe. Apa-apa pun I just want to see my sis happy.

To Along and Fee (abang long) selamat menempuh alam berumah tangga. Semoga perkahwinan ini akan diberkati dan berkekalan hingga ke syurga. Jadikanlah ikatan perkahwinan itu sebagai satu jalan untuk menambah amal dan pahala. InsyaAllah.

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

-Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah dengan Ali bin Ali Talib-

Khairul

Wednesday, March 2, 2011

Wira dan Putri (6)

Wira:

Sudah agak lama Wira tidak pulang ke kampung menjenguk ibu bapa dan adiknya. Sudah menjadi rutin Wira untuk pulang ke kampong setiap kali tiba hujung minggu. Tetapi sudah dua minggu dia tidak pulang kerana terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan yang tidak dapat dielaknya.

Perjalanan memandu kereta selama 4 jam langsung tidak meletihkan Wira. Suara penyampai stesen radio sentiasa menemaninya dan kadang-kala Wira akan tertawa sendirian dengan lawak spontan penyampai radio yang bertugas. Hari itu hujan turun dengan lebat sekali sepanjang perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan. Teringat Wira akan pesan rakan baiknya sebelum dia bertolak tadi.

“Pandu kereta tu elok-elok sikit Wira, jangan nak cepat sampai je.”

“Yela, yela.... Macam makcik-makcik la kau ni Adi.”

Wira memperlahankan pemanduannya. Dipasangkan lampu kereta sebagai langkah berjaga-jaga. Sebelum tiba di kampungnya, Wira berhenti seketika di sebuah masjid yang baru siap dibina untuk menunaikan Solat Asar.

“ Sementara niat di hati nak berhenti sembahyang masjid, baik aku berhenti dulu,” gumam Wira sendirian.

Dia teringat akan kata-kata daripada sebuah buku agama yang mengatakan, “sekiranya sudah ada niat yang baik di dalam hati, jangan dilengah-lengahkan lagi. Tetapi sekiranya ada niat jahat di dalam hati lengah-lengahkanlah, moga kita terlupa akan niat jahat tersebut. Wira memerhatikan suasana di dalam masjid itu. Seperti kebanyakkan masjid di tempat lain, golongan veteran yang banyak hadir untuk mengimarahkan rumah Allah itu.

Selesai solat, Wira meneruskan perjalanan ke kampung halaman yang lebih kurang dalam 10 minit perjalanan. Sesampai di rumah ibu bapanya, kelihatan adiknya sedang sibuk membantu ayahnya yang sudah tua tetapi masih bertenaga membersihkan halaman rumah. Wira membunyikan hon kereta. Ibunya menjenguk dari tingkap dapur. Terpalit senyuman manis di wajah ibu tua itu.

Putri:

Putri sedang sibuk mengendalikan segala urusan untuk jamuan tahunan syarikatnya. Ini adalah kali pertama dia dilantik menjadi the person In charge bagi sebuah majlis penting. Kebanyakkan tetamu jemputan yang hadir adalah eksekutif-eksekutif daripada syarikat-syarikat besar. Kenyataan itu menambahkan lagi tekanan kepada Putri. Walaubagaimana pun Putri bijak menyalurkan tekanan itu ke arah yang lebih positif.

“Ya, ini adalah peluang untuk aku menunjukkan kebolehanku menguruskan program besar dengan jayanya!”

Putri memang dikenali oleh rakan sekerjanya sebagai seorang yang ­happy-go-lucky. Sikapnya itu membuatkan dia mudah didekati oleh rakan sepejabat. Putri juga seorang yang sangat tegas dan teratur. Bagi sesetengah orang yang tidak mengenalinya mungkin beranggapan dia seorang yang cerewet, tetapi itulah Putri. Dia bagaikan seorang ‘Puteri’ yang dibesarkan dengan segala tatacara, adab santun dan pelbagai peraturan. Putri yang lemah-lembut tetapi tegas.

Seperti yang dijangkakan, majlis pada malam itu berlangsung dengan jayanya. Putri dipuji oleh pihak atasannya dan juga daripada rakan-rakan sekerjanya. Tema tradisional yang dicadangkannya menarik perhatian pelabur-pelabur daripada luar Negara. Segala puji bagi Tuhan empunya alam, segala komen negatif yang diterimanya sebelum ini telah terbukti silap pada malam itu.

“Saya rasa dengan memperkenalkan konsep tradisional dalam persembahan dan masakan di hotel itu nanti akan menarik minat tetamu yang datang tentang keunikkan Malaysia terutama dari luar Negara. Kalau kita panggil persembahan jazz atau mana-mana ­band dan hidangkan masakan western apa gunanya? Semua itu kan mereka boleh dapat di Negara mereka sendiri?” Putri memberi cadangan.

Khairul

Monday, February 21, 2011

Sorry, No jokes here...


I feel really disappointed with myself. I can't breath. I feel like crying. I just want to go home.

Khairul

Sunday, February 13, 2011

Merci beaucoup

Tanggal 25 Disember 2006, aku telah ditemukan dengan teman baru. Memang sudah lama aku nantikan hari ini. Hari di mana aku mendapat ‘sahabat sejati’. Selama lebih kurang 4 tahun perkenalan kami, banyak suka duka yang telah kami harungi bersama. Di waktu sedih, gembira, murung, bahagia aku dan dia sentiasa bersama. Menyampaikan atau menerima berita itulah tugasku. Aku tidak kisah digelar ‘orang tengah’, kerana bersahabat dengannya adalah satu kebanggaan bagiku.

Benar, aku banyak berkorban untuknya kerana aku tahu pengorbanan aku akan dibalas dengan kesetiaannya. Bersahabat dengannya begitu bermakna, jika aku mampu akan aku setia bersama. Tetapi apakan daya. Setelah 4 tahun bersama, kudratku tidak seperti dahulu lagi. Aku tahu aku tidak boleh hanya mementingkan diri. Aku tahu dia masih menganggap aku sebagai sahabatnya, tetapi dia juga ada kemahuan. Kini harinya sudah tiba. Hari di mana aku akan berehat buat selama-lamanya. Aku tidak akan menyesal aku tidak akan berasa terkilan, malah aku berasa bangga kerana dialah sahabatku yang setia.

“ Buat Ahmad Khairul Anwar, terima kasih untuk memori 4 tahun bersama” [V3X]






P/s: You’ve been a great company to me V3X. Thank you so much. And don’t worry about the buat-baling-anjing, it’s just a joke. =D [KHAIRUL]

Khairul

Monday, February 7, 2011

Wira dan Putri (5)

Wira:

Mereka berbual dengan begitu rancak sekali. Nora menyatakan bahawa dia tahu serba sedikit tentang Wira daripada Adi Putra. Adi Putra selalu bercerita tentang Wira. Wira sewaktu zaman sekolah dahulu agak nakal, tetapi tidak sampai melanggar peraturan kategori berat. Wira mula berasa segan apabila ada orang yang baru dikenali tahu banyak perkara tentang dirinya.

Adi ada bagitahu I, dulu you ada bagi nasihat kat junior you... Tapi I lupa la.”

“Owh yang tu.. Jadi nakal tak apa, tapi jangan jadi jahat. Nakal dan Jahat nampak sama tapi tak serupa

Ha! Yang itu. I tergelak besar bila Adi cakap pasal nasihat you tu. Sebenarnya I tak faham pun apa maksud dia.”

Adi masuk ke dapur membawa pinggan mangkuk yang bertingkat ditangan. Dia memandang Wira dan Nora yang sedang berbual. Adi tersenyum.

Ha Wira! Kalau ya pun terasa hati dengan apa yang aku cakap tadi, janganlah cepat sangat terus masuk gear.”

Mereka berdua memandang Adi. Nora menunjukkan reaksi hairan. Wira hanya menggelengkan kepala supaya Nora mengendahkan sahaja apa yang dikatakan Adi. Kemudian mereka bertiga kembali ke ruang tamu bersama tetamu-tetamu yang lain. Majlis malam itu bukan sahaja untuk meraikan kepulangan Adi Putra. Ia juga dilakukan sekali dengan sambutan ulang tahun Batch Wira dan rakan-rakannya semasa di sekolah menengah. Sebelum pulang, Wira dan Nora bertukar business card.

Nora Binti Ismail

Group Quality Assurance Head

FELDA Sdn. Bhd.

Putri:

Mereka menonton filem pilihan Wira memandangkan hari itu merupakan ulangtahun untuk Wira. Putri yang membayar harga tiket. Wira memilih untuk menonton filem arahan pengarah filem tempatan yang paling dikaguminya, Yasmin Ahmad. Sebelum berkenalan dengan Wira, Putri tidak pernah menonton filem arahan ‘Malaysian Story Teller’ itu. Pada ketika itu Wira mengajaknya menonton filem SEPET. Pada mulanya Putri seperti mahu-tak-mahu sahaja, tetapi setelah menonton filem itu Putri terus jatuh hati dengan setiap karya Yasmin Ahmad.

Selesai menonton wayang, Wira mempelawa Putri untuk makan tengah hari di sebuah restoran Thailand di dalam pusat beli-belah itu. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, mereka berbual-bual tentang filem yang baru ditonton, kemudian tentang pengarah filem tersebut, kemudian mereka membandingkan dengan pengarah tempatan yang lain, dan kemudian dengan pengarah luar Negara pula. Begitulah Wira dan Putri. Daripada satu topic perbualan, mereka akan terbawa-bawa sehingga kepada perkara lain.

Selesai makan, Putri memberi isyarat kepada pelayan tadi. Tiba-tiba suasana di dalam restoran itu menjadi gelap. Dari satu penjuru, seorang pelanggan membawa sebiji kek ke arah Wira dan Putri. Kemudian semua pelanggan di dalam restoran itu menyanyikan lagu selamat ulangtahun kepada Wira. Selepas Wira meniup lilin di atas kek itu, suasana di restoran kembali terang. Baru Wira sedar separuh daripada pelanggan restoran itu merupakan rakan-rakannya.

“macam mana you all boleh ada kat sini?”

“Putri yang call. Dia yang plan semua ni.”

“Laju pula you all semua sampai sini,”

“Wira punya pasal, lampu merah pun kitaorang langgar je tadi.”

Mereka semua tergelak besar. Putri kemudian menyerahkan sebuah kotak hadiah kepada Wira. Wira terus membuka hadiah itu. T-shirt Superman limited edition daripada DC House. Wira tersenyum besar melihat hadiah itu.

“Wow, mana you tahu I memang teringin t-shirt ni? Thanks a lot Putri!!”

Putri hanya tersenyum melihat Wira. Memang betul kata rakan-rakannya yang lain, Wira mempunyai senyuman yang menyenangkan orang apabila melihatnya.

Khairul

Friday, February 4, 2011