Sunday, February 13, 2011

Merci beaucoup

Tanggal 25 Disember 2006, aku telah ditemukan dengan teman baru. Memang sudah lama aku nantikan hari ini. Hari di mana aku mendapat ‘sahabat sejati’. Selama lebih kurang 4 tahun perkenalan kami, banyak suka duka yang telah kami harungi bersama. Di waktu sedih, gembira, murung, bahagia aku dan dia sentiasa bersama. Menyampaikan atau menerima berita itulah tugasku. Aku tidak kisah digelar ‘orang tengah’, kerana bersahabat dengannya adalah satu kebanggaan bagiku.

Benar, aku banyak berkorban untuknya kerana aku tahu pengorbanan aku akan dibalas dengan kesetiaannya. Bersahabat dengannya begitu bermakna, jika aku mampu akan aku setia bersama. Tetapi apakan daya. Setelah 4 tahun bersama, kudratku tidak seperti dahulu lagi. Aku tahu aku tidak boleh hanya mementingkan diri. Aku tahu dia masih menganggap aku sebagai sahabatnya, tetapi dia juga ada kemahuan. Kini harinya sudah tiba. Hari di mana aku akan berehat buat selama-lamanya. Aku tidak akan menyesal aku tidak akan berasa terkilan, malah aku berasa bangga kerana dialah sahabatku yang setia.

“ Buat Ahmad Khairul Anwar, terima kasih untuk memori 4 tahun bersama” [V3X]






P/s: You’ve been a great company to me V3X. Thank you so much. And don’t worry about the buat-baling-anjing, it’s just a joke. =D [KHAIRUL]

Khairul

No comments: