Wednesday, March 2, 2011

Wira dan Putri (6)

Wira:

Sudah agak lama Wira tidak pulang ke kampung menjenguk ibu bapa dan adiknya. Sudah menjadi rutin Wira untuk pulang ke kampong setiap kali tiba hujung minggu. Tetapi sudah dua minggu dia tidak pulang kerana terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan yang tidak dapat dielaknya.

Perjalanan memandu kereta selama 4 jam langsung tidak meletihkan Wira. Suara penyampai stesen radio sentiasa menemaninya dan kadang-kala Wira akan tertawa sendirian dengan lawak spontan penyampai radio yang bertugas. Hari itu hujan turun dengan lebat sekali sepanjang perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan. Teringat Wira akan pesan rakan baiknya sebelum dia bertolak tadi.

“Pandu kereta tu elok-elok sikit Wira, jangan nak cepat sampai je.”

“Yela, yela.... Macam makcik-makcik la kau ni Adi.”

Wira memperlahankan pemanduannya. Dipasangkan lampu kereta sebagai langkah berjaga-jaga. Sebelum tiba di kampungnya, Wira berhenti seketika di sebuah masjid yang baru siap dibina untuk menunaikan Solat Asar.

“ Sementara niat di hati nak berhenti sembahyang masjid, baik aku berhenti dulu,” gumam Wira sendirian.

Dia teringat akan kata-kata daripada sebuah buku agama yang mengatakan, “sekiranya sudah ada niat yang baik di dalam hati, jangan dilengah-lengahkan lagi. Tetapi sekiranya ada niat jahat di dalam hati lengah-lengahkanlah, moga kita terlupa akan niat jahat tersebut. Wira memerhatikan suasana di dalam masjid itu. Seperti kebanyakkan masjid di tempat lain, golongan veteran yang banyak hadir untuk mengimarahkan rumah Allah itu.

Selesai solat, Wira meneruskan perjalanan ke kampung halaman yang lebih kurang dalam 10 minit perjalanan. Sesampai di rumah ibu bapanya, kelihatan adiknya sedang sibuk membantu ayahnya yang sudah tua tetapi masih bertenaga membersihkan halaman rumah. Wira membunyikan hon kereta. Ibunya menjenguk dari tingkap dapur. Terpalit senyuman manis di wajah ibu tua itu.

Putri:

Putri sedang sibuk mengendalikan segala urusan untuk jamuan tahunan syarikatnya. Ini adalah kali pertama dia dilantik menjadi the person In charge bagi sebuah majlis penting. Kebanyakkan tetamu jemputan yang hadir adalah eksekutif-eksekutif daripada syarikat-syarikat besar. Kenyataan itu menambahkan lagi tekanan kepada Putri. Walaubagaimana pun Putri bijak menyalurkan tekanan itu ke arah yang lebih positif.

“Ya, ini adalah peluang untuk aku menunjukkan kebolehanku menguruskan program besar dengan jayanya!”

Putri memang dikenali oleh rakan sekerjanya sebagai seorang yang ­happy-go-lucky. Sikapnya itu membuatkan dia mudah didekati oleh rakan sepejabat. Putri juga seorang yang sangat tegas dan teratur. Bagi sesetengah orang yang tidak mengenalinya mungkin beranggapan dia seorang yang cerewet, tetapi itulah Putri. Dia bagaikan seorang ‘Puteri’ yang dibesarkan dengan segala tatacara, adab santun dan pelbagai peraturan. Putri yang lemah-lembut tetapi tegas.

Seperti yang dijangkakan, majlis pada malam itu berlangsung dengan jayanya. Putri dipuji oleh pihak atasannya dan juga daripada rakan-rakan sekerjanya. Tema tradisional yang dicadangkannya menarik perhatian pelabur-pelabur daripada luar Negara. Segala puji bagi Tuhan empunya alam, segala komen negatif yang diterimanya sebelum ini telah terbukti silap pada malam itu.

“Saya rasa dengan memperkenalkan konsep tradisional dalam persembahan dan masakan di hotel itu nanti akan menarik minat tetamu yang datang tentang keunikkan Malaysia terutama dari luar Negara. Kalau kita panggil persembahan jazz atau mana-mana ­band dan hidangkan masakan western apa gunanya? Semua itu kan mereka boleh dapat di Negara mereka sendiri?” Putri memberi cadangan.

Khairul

No comments: