Monday, February 7, 2011

Wira dan Putri (5)

Wira:

Mereka berbual dengan begitu rancak sekali. Nora menyatakan bahawa dia tahu serba sedikit tentang Wira daripada Adi Putra. Adi Putra selalu bercerita tentang Wira. Wira sewaktu zaman sekolah dahulu agak nakal, tetapi tidak sampai melanggar peraturan kategori berat. Wira mula berasa segan apabila ada orang yang baru dikenali tahu banyak perkara tentang dirinya.

Adi ada bagitahu I, dulu you ada bagi nasihat kat junior you... Tapi I lupa la.”

“Owh yang tu.. Jadi nakal tak apa, tapi jangan jadi jahat. Nakal dan Jahat nampak sama tapi tak serupa

Ha! Yang itu. I tergelak besar bila Adi cakap pasal nasihat you tu. Sebenarnya I tak faham pun apa maksud dia.”

Adi masuk ke dapur membawa pinggan mangkuk yang bertingkat ditangan. Dia memandang Wira dan Nora yang sedang berbual. Adi tersenyum.

Ha Wira! Kalau ya pun terasa hati dengan apa yang aku cakap tadi, janganlah cepat sangat terus masuk gear.”

Mereka berdua memandang Adi. Nora menunjukkan reaksi hairan. Wira hanya menggelengkan kepala supaya Nora mengendahkan sahaja apa yang dikatakan Adi. Kemudian mereka bertiga kembali ke ruang tamu bersama tetamu-tetamu yang lain. Majlis malam itu bukan sahaja untuk meraikan kepulangan Adi Putra. Ia juga dilakukan sekali dengan sambutan ulang tahun Batch Wira dan rakan-rakannya semasa di sekolah menengah. Sebelum pulang, Wira dan Nora bertukar business card.

Nora Binti Ismail

Group Quality Assurance Head

FELDA Sdn. Bhd.

Putri:

Mereka menonton filem pilihan Wira memandangkan hari itu merupakan ulangtahun untuk Wira. Putri yang membayar harga tiket. Wira memilih untuk menonton filem arahan pengarah filem tempatan yang paling dikaguminya, Yasmin Ahmad. Sebelum berkenalan dengan Wira, Putri tidak pernah menonton filem arahan ‘Malaysian Story Teller’ itu. Pada ketika itu Wira mengajaknya menonton filem SEPET. Pada mulanya Putri seperti mahu-tak-mahu sahaja, tetapi setelah menonton filem itu Putri terus jatuh hati dengan setiap karya Yasmin Ahmad.

Selesai menonton wayang, Wira mempelawa Putri untuk makan tengah hari di sebuah restoran Thailand di dalam pusat beli-belah itu. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, mereka berbual-bual tentang filem yang baru ditonton, kemudian tentang pengarah filem tersebut, kemudian mereka membandingkan dengan pengarah tempatan yang lain, dan kemudian dengan pengarah luar Negara pula. Begitulah Wira dan Putri. Daripada satu topic perbualan, mereka akan terbawa-bawa sehingga kepada perkara lain.

Selesai makan, Putri memberi isyarat kepada pelayan tadi. Tiba-tiba suasana di dalam restoran itu menjadi gelap. Dari satu penjuru, seorang pelanggan membawa sebiji kek ke arah Wira dan Putri. Kemudian semua pelanggan di dalam restoran itu menyanyikan lagu selamat ulangtahun kepada Wira. Selepas Wira meniup lilin di atas kek itu, suasana di restoran kembali terang. Baru Wira sedar separuh daripada pelanggan restoran itu merupakan rakan-rakannya.

“macam mana you all boleh ada kat sini?”

“Putri yang call. Dia yang plan semua ni.”

“Laju pula you all semua sampai sini,”

“Wira punya pasal, lampu merah pun kitaorang langgar je tadi.”

Mereka semua tergelak besar. Putri kemudian menyerahkan sebuah kotak hadiah kepada Wira. Wira terus membuka hadiah itu. T-shirt Superman limited edition daripada DC House. Wira tersenyum besar melihat hadiah itu.

“Wow, mana you tahu I memang teringin t-shirt ni? Thanks a lot Putri!!”

Putri hanya tersenyum melihat Wira. Memang betul kata rakan-rakannya yang lain, Wira mempunyai senyuman yang menyenangkan orang apabila melihatnya.

Khairul

No comments: