22-24hb Februari 2013, saya
berpeluang bejumpa dengan kawan-kawan rapat daripada SDAR. Mini reunion je, tak
ramai pun. Asalnya ingatkan dapat berkumpul
5 orang, tapi bila sampai tarikh yang dijanjikan cuma dapat berkumpul 3
orang sahaja, saya, Atif dan Paan. Aniq dan Mat Ker tak dapat nak datang atas
beberapa sebab yang tak dapat nak dielakkan. Takpelah mungkin lain kali boleh
berjumpa lagi, masing-masing dah duduk dekat-dekat, nak jumpa bila-bila masa roger je yang lain. *senyum*
Kali terakhir saya berjumpa
dengan Atif adalah 3 tahun lepas dan Paan 2 tahun lepas, jadi boleh kata rindu
habis la *gelak* (tiada maksud tersirat). Macam biasa, bila dah lama tak
berjumpa tak sah kalau tak cerita balik kisah-kisah lama masa zaman sekolah
dulu, sakit perut gelak berdekah-dekah #IniSemuaSalahAtif. Entah kenapa, setiap
kali berjumpa mesti kitorang pergi ke MidValley (datang jauh-jauh jumpa dekat
mall!!??), main bowling (atif dah banyak improve) dan tengok wayang. Ingatkan
hari tu nak bergerak ke lowyatt tapi bila hari dah petang, masing-masing mata
dah berat jadi kitorang pun balik Bangi lepas makan tengah hari, sampai ada
yang terlentok-lentok dalam komuter masa balik. *berdekah*
Malam tu kitorang lepak sekali
dengan kawan-kawan paan dekat mamak, main bowling (LAGI!!??) dan lepas tu gerak
ke Bukit Ampang yang mana saya baru pertama kali sampai. Tak buat apa pun kat
situ, cuma duduk-duduk sembang-sembang sambil tengok pemandangan malam *cantik*.
Esoknya, kitorang lepas makan tengah hari terus bergerak ke Putrajaya jumpa
kawan-kawan matrik saya pula. Terima kasih la Atif sanggup datang jauh bawak
moto daripada Ipoh semata-mata untuk mini reunion ni. Bila dah berjumpa kerja
asyik makan aje kitaorang ni, agaknya memang dah genetic budak SDAR kuat makan
kot hehehe. Hopefully next mini reunion dapat pergi vacation kat mana-mana dengan diorang ni, masa tu jangan ada yang makin "mengembang" sudahla.
*senyum*
“WE ARE BROTHERS, BOND NOT BY
BLOOD, BUT BY MEMORIES”
A.Khairul
No comments:
Post a Comment