Wednesday, May 30, 2012

Movie Pick of The Month (16)



War Horse is a 2011 epic war film directed by Steven Spielberg. It is an adaptation of the 1982 children's novel of the same name, by British author Michael Morpurgo. The film was nominated for six Academy Awards including Best Picture, two Golden Globe Awards and five BAFTAs.

Review:

War Horse is a great movie. Basically the main character of this film is the horse named Joey, by which you’ll be experiencing the adventure of Joey during the First World War. Nonetheless Steven Spielberg managed to portray all the good values in the movie admirably. Don’t hold your manly tears guys. *smile* However there’s a few scenes which I think a bit prejudice towards the Germans. They’re like whatever good things the Germans do, in the end fate will not favor them. Overall I give this movie 3.7/5 for the great storyline, the good values, and of course the horse. 

Khairul

Monday, May 28, 2012

Kanser dan Ketumbuhan (Bhg. 2)

Mengenal pasti tanda awal kanser sangat penting kerana ia dapat membantu pemilihan rawatan yang sesuai sekaligus mengurangkan risiko sel kanser merebak ke bahagian lain tubuh badan. Terdapat beberapa simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser. Suka untuk saya maklumkan di sini bahawa simptom-simptom yang dinyatakan bukan khusus untuk penyakit kanser semata-mata. Untuk sebarang kepastian anda dinasihatkan berjumpa dengan doctor.

Simptom
 
Darah, pendarahan semasa membuang air, batuk berdarah, muntah berdarah atau pendarahan secara tiba-tiba daripada mana-mana bahagian badan. Ketumbuhan, kebanyakkan orang kadangkala menyedari atau dapat merasakan sesuatu yang keras muncul dengan tiba-tiba pada mana-mana bahagian badan seperti leher, perut, lengan, kaki, dan payudara. Kenal pasti jika ada sebarang perubahan secara tiba-tiba pada tanda lahir seperti saiznya semakin membesar, berlaku pendarahan atau pun kemunculan  banyak tahi lalat baru sekitar tahi lalat yang sedia ada. Luka atau ulcer, terutamanya luka atau ulcer yang tidak sembuh-sembuh setelah sekian lama. Sebarang bengkak sama ada yang menyebabkan rasa sakit atau tidak untuk satu jangka masa panjang perlu juga dicurigai. Simptom-simptom awal lain yang boleh dikaitkan dengan kanser adalah:

Sunday, May 20, 2012

Kanser dan Ketumbuhan (Bhg. 1)

Cancer dan tumor?

Pada asasnya cancer dan tumor adalah perkara yang sama, dalam Bahasa Melayu ia disebut sebagai kanser atau ketumbuhan. Pada saya penjelasan ini sangat perlu kerana masih terdapat mereka yang keliru dengan maksud perkataan tersebut. Apabila berbicara tentang ketumbuhan, ramai orang menganggap ia adalah sekadar penyakit biasa, bukan kanser.

Apa itu kanser?

Badan manusia terdiri daripada beberapa sistem (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem pembiakan, sistem perkumuhan). Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Setiap organ terdiri daripada beberapa tisu badan, dan setiap tisu badan terdiri daripada beberapa sel. Kebiasaannya  pertumbuhan sel badan adalah terkawal, tetapi apabila ia sudah hilang kawalan dan tumbuh “sesuka hati” maka itu yang dipanggil sebagai kanser. Contohnya penyakit leukemia yang merupakan salah satu kanser sel darah putih yang disebabkan oleh bilangan sel darah putih yang melebihi  normal.

Thursday, May 17, 2012

Do It Anyway

Today in the OPD, I stumbled upon Mother Theressa's "anyway" poem. What a beautiful poem.

Mother Teresa – Do It Anyway

People are often unreasonable, illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough; 
Give the world the best you’ve got anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.

Wednesday, May 9, 2012

Anologi Durian



Buah durian boleh mengisi perut. Jarang-jarang ada, sebab durian buah bermusim.

Ada orang suka sangat buah durian. Sanggup naik kereta jalan jauh nak pi cari durian.

Ada orang sangat tak suka buah durian. Bau buah durian je pun dah rasa nak muntah.

Ada orang suka sangat pun tak, benci pun tak. Kalau tak menyusahkan orang lain untuk cari durian dia pun pergi la. Kalau tak boleh makan buah durian, dapat makan pengat durian, cendol durian pun boleh.

Masing-masing ada citarasa tersendiri. Yang suka buah durian makanlah sepuas-puasnya, tak perlu nak gaduh dengan orang yang lain cita rasanya. Begitu juga sebaliknya.

Khairul

Sunday, May 6, 2012

Black n White


Sekadar mencuba sesuatu yang baru. Gambar-gambar yang telah diedit dengan tema "hitam putih". Hanya menyerlahkan warna subjek utama yang ingin dipamerkan dalam gambar. Unik.
 
Khairul

Tuesday, May 1, 2012

Mewarisi Mukjizat Terbesar

Al-Quran, The Book of Life. Mukjizat paling agung yang diberikan kepada insan bernama Muhammad Bin Abdullah untuk disampaikan kepada umat manusia. Kitab yang didalamnya tersimpan banyak pengajaran dan panduan untuk manusia. Ia adalah Kalam Allah, Tuhan yang mencipta segala-galanya, yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi.

Saya percaya sebagai seorang Muslim kita tahu dan sedar akan hakikat semua itu, tetapi adakah kita betul-betul ‘mengangkat’ dan ‘menjunjung’ Al-Quran setimpal dengan kedudukannya? Adakah kita membacanya setiap hari? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Setahun sekali atau hanya pada bulan Ramadhan sahaja? Adakah kita ada cuba untuk memahami ayat-ayat Al-Quran yang kita baca?