Post kali ini, aku nak cherita pasal pengalaman raya tahun ni. Seronok danhappening!!!Walaupun malam raya tak ada kat kampung, tapi kita orang satu family still dapat balik kampung Majidee (sebelah mak) dan Segamat (sebelah abah). Memang puas la makan masak rending ketupat semua al-maklum la tahun lepas raya ala kadar je.
Adat la bila orang belajar jauh balik beraya semua orang tanya “macam mana dekat sana?”. Bila orang tanya macam tu, aku pun tak tahu sangat nak cakap apa. Sebab nak cherita pasal cuaca, dekat tempat aku belajar tu lebih kurang macam Malaysia. Pasal makanan dekat India memang tak susah nak cari yang halal. Lepas tu ada la aku cherita-cherita pengalaman masa traveldalam India hari tu. Kalau yang kurang ‘enak’ dekat India pun aku cuma cakap driver dekat sana semua memang berani mati dan pasal ‘public toilet’ diorang. *hehehe*
Tahun ni Alhamdulillah aku berkesempatan nak berjalan raya dengan kawan-kawan sekolah rendah dan matrik johor yang memang lama tak jumpa. Ada beberapa hari tu memang aku tak dapat join kawan-kawan sekolah rendah aku nak pergi beraya sebab sebelah paginya dah janji nak jumpa kawan-kawan matrik. Masa ni la aku sedar tentang pentingnya prioritize and decision making. Bila ada clash date dgn rancangan lain, nak jaga hati semua orang bukan senang. So aku cakap dengan kawan sekolah rendah aku, aku akan beraya dengan diorang sebelah malamnya, sebab niat asal memang nak berjumpa dengan kawan lama pun jadi still dapat jumpa diorang la walaupun tak dapat berkonvoi sama-sama.
“niat asal memang nak berjumpa dengan kawan lama”
Raya ke-9 punya cherita. Selamat sudah kakak aku bertunang. Majlis pada hari tu pun berjalan lancer dan memang meriah macam kenduri kahwin pun ada. *sengih* Aku pula jadi tukang ambil gambar dengan ‘camera besar’. Belajar-belajar sikit cara nak guna, tapi nak bawa ke India tak dapat kot. Petangnya ada open house pula. Tersangat la ramai orang yang datang sampai tak menang tangan. Kawan-kawan dari sekolah rendah dgn 10 kereta, kawan matrik pun ada, kawan sama universiti pun datang. Bila ada peluang jumpa kawan-kawan macam ni memang seronok, Cuma satu la yang sedikit terkilan. Raya kali ni tak sempat nak jumpa kawan-kawan SDAR. InsyaAllah tahun depan aku balik, aku jumpa korang. Untuk kawan-kawan yang sempat beraya bersama-sama tahun ni terima kasih banyak-banyak. Kurang lebih mana-mana aku wakil kawan-kawan lain minta ampun maaf. Jumpa lagi trip ke tioman nanti. =)
Khairul
No comments:
Post a Comment