Thursday, July 9, 2009

Berfikir jauh


Ada kawan kata, “kau ni tak mature la~” lepas tu ada pula yang kata “kau ni matang ea.. macam pakcik-pakcik.” *pelik* Aku pun tak faham apa yang diaorang kisah aku ni matured ke tak. Kalau dah memang orang tu jenis yang 'think one step ahead', nak buat macam mana.. kan anugerah tuhan tu. Aku sangat kagum dengan orang-orang macam ni. Kekadang tu bila kita lepak dgn golongan-golongan yang digelar “cerdik pandai” ni, dengar buah percakapan diaorang yang penuh dengan fakta dan tak kurang juga nas-nas dari Al-Quran... terasa diri ini begitu cetek ilmu didada... Kekadang bila duduk semeja dengan kawan-kawan di kampung, kite dengar mereka ni sembang-sembang... terasa macam diaorang ni cakap-cakap bende yang sama banyak kali, dah selalu sangat dengar.. buhsan...

Dengan ‘cerdik pandai’ ni bila kita nak mencelah macam segan, sebab tak ada ‘fakta’ utk backup apa yang kita nak cakap. Macam kita yg setakat belajar sampai sijil nak lawan hujah dengan orang yg pegang PhD. Lepas tu, dengan kawan kat kampong bila rasa macam nak tegur ape yg diaorang kata tu salah, takut diaorang kecil hati plak “ala~ mentang-mentang la kite belajar tak tinggi...” ini la ayat yang biasa akan kita dengar. Lepas tu kita pula rase serba salah. Aduyai~ Dalam mana-mana keadaan pun, biasanya aku memilih utk tersenyum, diam dan mendengar. Cuma kadang-kadang tu ade juga mencelah sebab nak jaga hati orang and supaya tak bosan.

Tak boleh ke kita ambil yang tengah-tengah dlm hal mcm ni?? Bile borak-borak tu campur-campur la benda yg serius skit and kekadang tu campur la yg lawak-lawak skit, macam tu baru seronok duk sembang, SERONOK dan BERILMIAH. Ala~ macam kite dengar ceramah agama from ustaz-ustaz and ustazah-ustazah yang ‘sporting’, confirm tak ngantuk!!

“Fikir dulu sebelum kata apa-apa, sebab apa yang kita kata tu akan melambangkan peribadi kita” -kata orang-

(yang kat bawah ini tak ada kaitan dengan yang kat atas)

Tadi baru lepas beli lauk kat restoran cina yang jual masakan melayu.. halal dan sedap... Mula-mula nak ambil daging masak kurma’ 6 ketul, lepas tu dia cakap satu ketul RM3... mahalnya... so aku ckp nak 3 ketul je. Aku pernah dengar orang kata kat sesetengah kedai, ade org bkn bumiputra jual harga lain kat bumiputra, tapi kat orang dia lain pulak harga, eh ye ke?? On the way nak balik umah aku terfikir, is it because bumiputra dapat bnyk bantuan from kerajaan, so apa salahnye diorg jual mahal skit dgn bumiputra??? Tak tau plak aku kalu mereka ni fikir macam tu, tapi kalau fikir-fikir balik macam logik juga... Hurm~ entahlah...

"Sekiranya kamu tidak mahu beragama(mengamalkan agama), maka sekurang-kurangnya jadilah orang yang bebas ( berfikir)" - Imam Husein bin Ali-

Khairul

4 comments:

s.e said...

lek ah chang. aku suka borak kosong je. hehehehe

A.KHAIRUL said...

kaw tak termasuk dlm golongan tu kot... ok2 aku rephrase blk ayat aku... aku bab bahasa ni kureng skit... hohoho

Faiz Nadzam said...

borak kosong tu bagus kut chang sebab byk imaginasi. so blood kat brain pn leh flow..hehe

Anonymous said...

Chang, borak je ngan lulusan Ph.D tuh. Paling kurang pun, kalo ko salah dapat ilmu baru. Hehe.
Aku tau sbb aku ada pengalaman...